Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia

Call Directions Website

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia bertanggungjawab kepada pengurusan, perancangan, perlindungan dan pembangunan kawasan Hutan Simpanan Kekal (HSK).

Hubungi kami: Hotline 1-800-88-5776 atau 03-26164488
https://linktr.ee/jpsmofficial Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) adalah salah satu jabatan di bawah Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Malaysia dan terdiri daripada Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia, 11 Jabatan Perhutanan Negeri dan 33 Pejabat Hutan Daerah di seluruh Semenanjung Malaysia.

28/10/2026

𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗔𝗪𝗔𝗡 𝗖𝗔𝗞𝗔𝗣 “𝙊𝙉 𝙏𝙃𝙀 𝙒𝘼𝙔”...... 😆

Pernah tak dengar ayat keramat “𝘰𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺”, tapi sebenarnya..... masih sibuk selak fail di pejabat. Enjin kereta dah panas, barang dah siap, lokasi dah semak. Tinggal nak gerak saja. 🚗💨

Bila ditanya, jawabnya penuh yakin, “kejap lagi sampai!”. Korang mesti ada kawan yang selalu guna ayat keramat ni kan? Cuba 𝘵𝘢𝘨 kawan korang tu. 🤭

Apa-apa pun, kali ini memang kena “𝘰𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺” ke Pahang, sebab pelbagai aktiviti menarik menanti anda menerusi dua acara anjuran Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) pada minggu ini.

📌 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗼𝘀𝗶𝘂𝗺 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲
🗓 29 - 30 Oktober 2026
📍 Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang
🎥 Saksikan siaran langsung menerusi laman sosial rasmi JPSM

📌 𝗙𝗶𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗮𝗻 & 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲
🗓 30 Oktober – 1 November 2026
⏰ 10.00 pagi – 10.00 malam
📍 Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang

🎬 Jom sama-sama saksikan gelagat mereka! Orang Kuantan dan kawasan sekitarnya, dah boleh mula rancang perjalanan dan “𝘰𝘯 𝘵𝘩𝘦 𝘸𝘢𝘺" ke sana! ✨

"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"






TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

🌿𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜, 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗖𝗕𝗘𝗧 𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚27–28 Oktober 2026 | Kuantan, ...
28/10/2026

🌿𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗔𝗦𝗔 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜, 𝗠𝗘𝗠𝗣𝗘𝗥𝗞𝗨𝗞𝗨𝗛 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔𝗦𝗔𝗠𝗔 𝗦𝗧𝗥𝗔𝗧𝗘𝗚𝗜𝗞 𝗕𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡𝗚𝗨𝗡𝗔𝗡 𝗖𝗕𝗘𝗧 𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗘𝗥𝗔𝗡𝗚𝗞𝗔𝗡𝗚

27–28 Oktober 2026 | Kuantan, Pahang – Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) bersama rakan strategik, Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), telah menganjurkan Sesi Libat Urus Bersama Jawatankuasa Rhodong Rimba Jerangkang dan Pihak Berkepentingan bagi Projek Pembangunan Model Ekopelancongan Berasaskan Komuniti (CBET) di Taman Eko Rimba (TER) Jerangkang, Kuantan, Pahang.

Program yang berlangsung di Pusat Latihan JAKOA Paya Bungor ini memberi tumpuan kepada pemerkasaan komuniti, pembangunan produk ekopelancongan serta perkongsian maklumat dan kepakaran antara agensi bagi menyokong pembangunan Model CBET di TER Jerangkang. Melalui penglibatan komuniti Kampung Paya Rambutan dan Kampung Paya Bungor serta pelbagai agensi berkepentingan, program ini menjadi platform untuk mengenal pasti keperluan, potensi dan peluang kerjasama ke arah pembangunan ekopelancongan yang mampan serta mampu menjana ekonomi setempat.

🤝 𝗕𝗲𝗿𝘀𝗮𝗺𝗮 𝗺𝗲𝗺𝗽𝗲𝗿𝗸𝗮𝘀𝗮 𝗸𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗸𝗮𝗻 𝗲𝗸𝗼𝗽𝗲𝗹𝗮𝗻𝗰𝗼𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗧𝗘𝗥 𝗝𝗲𝗿𝗮𝗻𝗴𝗸𝗮𝗻𝗴 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗹𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶 𝘂𝗻𝘁𝘂𝗸 𝗴𝗲𝗻𝗲𝗿𝗮𝘀𝗶 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝘁𝗮𝗻𝗴. 🌳

Sumber: Bahagian Ladang Hutan & Perlindungan Hutan dan Bahagian Perancangan dan Ekonomi Hutan

"HUTAN LESTARI, RAKYAT SEJAHTERA"






TransformasiPerhutanan
CBET
TERJerangkang
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

28/10/2026

🌿 𝟮 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗠𝗘𝗡𝗨𝗝𝗨 𝗙𝗜𝗘𝗦𝗧𝗔 𝗣𝗘𝗥𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡𝗔𝗡 & 𝗞𝗢𝗠𝗨𝗡𝗜𝗧𝗜 𝟮𝟬𝟮𝟲! ⏳

Debaran kian terasa! Hanya tinggal 2 hari sahaja lagi sebelum tirai 𝗙𝗶𝗲𝘀𝘁𝗮 𝗣𝗲𝗿𝗵𝘂𝘁𝗮𝗻𝗮𝗻 & 𝗞𝗼𝗺𝘂𝗻𝗶𝘁𝗶 𝟮𝟬𝟮𝟲 dibuka! Jangan lepaskan peluang untuk meluangkan masa berkualiti bersama keluarga sepanjang 3 hari acara berlangsung.

Antara pengisian dan aktiviti menarik yang menanti anda:

📌 Demonstrasi Seni & Kraf: Saksikan keunikan pembuatan kraf tangan daripada bahan semula jadi serta demonstrasi cantingan batik warisan.

📌 Pertandingan & Hadiah Lumayan: Uji bakat dan kreativiti anda menerusi Pertandingan Gubahan Rimba, Pertandingan Teka Biji Benih Meranti Tembaga, serta Pertandingan Mewarna khas buat si cilik!

📌 Reruai Pameran & Jualan: Terokai info perhutanan serta dapatkan pelbagai produk hasil rimba di ruang pameran interaktif.

📌 Sembang Rimbawan: Hayati perkongsian santai dan kisah-kisah menarik di lapangan daripada warga rimbawan jemputan.

Simpan tarikh dan pastikan anda hadir beramai-ramai:
📅 30 Oktober hingga 1 November 2026 (Jumaat – Ahad)
⏰ 10.00 pagi hingga 10.00 malam
📍 Kuantan City Mall, Kuantan, Pahang

🎉 Tunggu apa lagi? Ajak keluarga, rakan-rakan, dan jiran tetangga untuk memeriahkan fiesta istimewa ini. Jumpa anda di Kuantan City Mall! 🛻💨

"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"






TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

28/10/2026

𝗣𝗥𝗢𝗚𝗥𝗔𝗠 𝗠𝗘𝗠𝗔𝗦𝗬𝗔𝗥𝗔𝗞𝗔𝗧𝗞𝗔𝗡 𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗞𝗘 𝗔𝗥𝗔𝗛 𝗞𝗘𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜𝗔𝗡 𝗘𝗞𝗢𝗡𝗢𝗠𝗜 𝗕𝗜𝗥𝗨: 𝗦𝗘𝗠𝗣𝗘𝗡𝗔 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗢𝗡𝗦𝗘𝗥𝗩𝗔𝗦𝗜 𝗘𝗞𝗢𝗦𝗜𝗦𝗧𝗘𝗠 𝗣𝗔𝗬𝗔 𝗟𝗔𝗨𝗧 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗠𝗘𝗟𝗔𝗞𝗔 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟲

26 Oktober 2026 (Isnin): Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) melalui Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan (BLH) dengan kerjasama Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPN Melaka) telah menganjurkan 𝗣𝗿𝗼𝗴𝗿𝗮𝗺 𝗠𝗲𝗺𝗮𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝗸𝗮𝘁𝗸𝗮𝗻 𝗛𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗣𝗮𝘆𝗮 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗞𝗲 𝗔𝗿𝗮𝗵 𝗞𝗲𝗹𝗲𝘀𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝗻 𝗘𝗸𝗼𝗻𝗼𝗺𝗶 𝗕𝗶𝗿𝘂: 𝗦𝗲𝗺𝗽𝗲𝗻𝗮 𝗦𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁𝗮𝗻 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗼𝗻𝘀𝗲𝗿𝘃𝗮𝘀𝗶 𝗘𝗸𝗼𝘀𝗶𝘀𝘁𝗲𝗺 𝗣𝗮𝘆𝗮 𝗟𝗮𝘂𝘁 𝗣𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴𝗸𝗮𝘁 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 𝗧𝗮𝗵𝘂𝗻 𝟮𝟬𝟮𝟲 bertempat di Hutan Simpan Paya Laut Sebatu, Merlimau, Jasin, Melaka.

Program telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Hj. Roslan bin Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar dan Perancangan) dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Samsu Anuar bin Nawi, Pengarah Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan, YBrs. Encik Khirun Nizam bin Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Melaka, Yang Berusaha Tuan Muhammad Zahirruddin bin Mohd Zahari, Yang Dipertua Jasin serta Yang Berusaha Tuan Nor Zaki bin Md Nor, Pengarah SWCorp Melaka. Seramai 200 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Melaka (JPN Melaka), kakitangan SWCorp, mahasiswa universiti serta pelajar sekolah telah menyertai program. Sebanyak 200 anak pokok Bakau Minyak telah ditanam bersempena program ini.

Penganjuran sesi ini adalah bertujuan mewujudkan kesedaran awam melalui pendekatan CEPA serta menggalakkan penglibatan pelajar sekolah, penuntut universiti, komuniti setempat serta pelbagai agensi dalam usaha pemeliharaan dan pemuliharaan hutan paya laut dan pesisiran pantai negara. Di samping itu, program ini berperanan memperkasakan pemahaman terhadap kepentingan ekosistem pesisiran pantai sebagai aset penting negara yang menyokong agenda kelestarian ekonomi biru.

Sumber: Bahagian Ladang Hutan dan Perlindungan Hutan

"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"










🌿  𝟭 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗢𝗦𝗜𝗨𝗠 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 📊Hanya berbaki 1 hari sahaja lagi sebelum persidangan ilmiah dan waca...
28/10/2026

🌿 𝟭 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗢𝗦𝗜𝗨𝗠 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 📊

Hanya berbaki 1 hari sahaja lagi sebelum persidangan ilmiah dan wacana dasar yang melibatkan warga perhutanan membuka tirainya di Kuantan, Pahang!

Simposium ini akan membincangkan masa depan khazanah hijau negara menerusi pembentangan 20 kertas kerja merangkumi tadbir urus hutan mampan, penglibatan komuniti, pemuliharaan biodiversiti, serta aplikasi teknologi pintar.

Maklumat Simposium:
📅 29 – 30 Oktober 2026
📍 Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang

Kehadiran adalah terhad kepada peserta berdaftar, namun anda semua dijemput untuk sama-sama menyaksikan 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗼𝘀𝗶𝘂𝗺 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 secara dalam talian menerusi saluran Media Sosial Rasmi JPSM pada 30 Oktober 2026 (Jumaat), jam 10.50 pagi 📡✨

"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"






TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

27/10/2026

Kredit : Buletin TV9

27/10/2026

Kredit : Buletin TV3

27/10/2026

🎬 𝙋𝙊𝙑: 𝗕𝗜𝗟𝗔 𝗞𝗘𝗥𝗝𝗔 𝗗𝗘𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗚𝗘𝗡-𝗭, 𝗧𝗘𝗚𝗨𝗥 𝗦𝗜𝗞𝗜𝗧 𝗗𝗔𝗛 𝗠𝗘𝗥𝗔𝗝𝗨𝗞 𝗠𝗘𝗠𝗕𝗔𝗪𝗔 𝗗𝗜𝗥𝗜! 😂

Kasihan Abu, niat nak ikut pergi Pahang tapi kuota terhad p**a. Bila kena tegur sikit terus berdrama air mata! Nasib baik bos pandai memujuk, teh tarik ais dan nasi ayam punya penangan! 🍗🧋

Walaupun tak dapat hadir secara fizikal, namun anda bersama Abu boleh tonton 𝘭𝘪𝘷𝘦 di platform media sosial rasmi JPSM ya. Simpan tarikh ini dan sama-sama saksikan siaran langsung 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗼𝘀𝗶𝘂𝗺 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 seperti ketetapan berikut:

🗓 𝟯𝟬 𝗢𝗸𝘁𝗼𝗯𝗲𝗿 𝟮𝟬𝟮𝟲 (𝗝𝘂𝗺𝗮𝗮𝘁)
⏰ 𝟭𝟬.𝟰𝟬 𝗽𝗮𝗴𝗶
📱 𝗠𝗲𝗱𝗶𝗮 𝘀𝗼𝘀𝗶𝗮𝗹 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 𝗝𝗣𝗦𝗠

🎥 Jom tonton sampai habis! Jangan lupa 𝘓𝘪𝘬𝘦, 𝘚𝘩𝘢𝘳𝘦 & 𝘊𝘰𝘮𝘮𝘦𝘯𝘵!

"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"






TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

🌿  𝟮 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗢𝗦𝗜𝗨𝗠 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 📊Hanya berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum persidangan ilmiah dan waca...
27/10/2026

🌿 𝟮 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗟𝗔𝗚𝗜 𝗣𝗘𝗠𝗕𝗨𝗞𝗔𝗔𝗡 𝗧𝗜𝗥𝗔𝗜 𝗦𝗜𝗠𝗣𝗢𝗦𝗜𝗨𝗠 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 📊

Hanya berbaki 2 hari sahaja lagi sebelum persidangan ilmiah dan wacana dasar yang melibatkan warga perhutanan membuka tirainya di Kuantan, Pahang!

Simposium ini akan membincangkan masa depan khazanah hijau negara menerusi pembentangan 20 kertas kerja merangkumi tadbir urus hutan mampan, penglibatan komuniti, pemuliharaan biodiversiti, serta aplikasi teknologi pintar.

Maklumat Simposium:
📅 29 – 30 Oktober 2026
📍 Hotel Grand Darul Makmur, Kuantan, Pahang

Kehadiran adalah terhad kepada peserta berdaftar, namun anda semua dijemput untuk sama-sama menyaksikan 𝗦𝗶𝗮𝗿𝗮𝗻 𝗟𝗮𝗻𝗴𝘀𝘂𝗻𝗴 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗣𝗲𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗻𝘂𝘁𝘂𝗽𝗮𝗻 𝗦𝗶𝗺𝗽𝗼𝘀𝗶𝘂𝗺 𝗝𝗣𝗦𝗠 𝟮𝟬𝟮𝟲 secara dalam talian menerusi saluran Media Sosial Rasmi JPSM pada 30 Oktober 2026 (Jumaat), jam 10.50 pagi 📡✨

"𝗛𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗟𝗘𝗦𝗧𝗔𝗥𝗜, 𝗥𝗔𝗞𝗬𝗔𝗧 𝗦𝗘𝗝𝗔𝗛𝗧𝗘𝗥𝗔"






TransformasiPerhutanan
NetZeroCarbon2050
SDG2030
taatsetia
fyp

Address

Jalan Sultan Salahuddin
Kuala Lumpur
50480

Opening Hours

Monday 07:30 - 17:30
Tuesday 07:30 - 17:30
Wednesday 07:30 - 17:30
Thursday 07:30 - 17:30
Friday 07:30 - 17:30

Telephone

+60326164488

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Nearby recruitment companies