Sekretariat KULN

Sekretariat KULN MARTABAT BANGSA GEMILANG Tujuan penubuhan Kelab ini adalah bertumpu menyatukan masyarakat Melayu dan para pelajar yang bermastautin di sana.

Sejarah Penubuhan Kelab UMNO Luar Negara

Berdasarkan simpanan badan sejarah Arkib UMNO, Kelab UMNO Luar Negara pertama kali dikesan penubuhannya ialah pada 1956 di New York, Amerika Syarikat. Bagaimanapun sejarah penubuhan Kelab UMNO yang terawal didokumentasikan dengan terperinci dikenalpasti mula bergerak aktif secara sistematik di United Kingdom pada 1968. Pada 1970 p**a, beberapa Kelab UMNO m

ula ditubuhkan dengan tujuannya menyatukan masyarakat Melayu serta pelajar yang ramai melanjutkan pelajaran atau bertugas di sana ketika itu. Dari sini, Kelab-Kelab UMNO Luar Negara mula bertambah p**a ke negara-negara lain dengan matlamat dan tujuan sebagai pusat tumpuan pelajar serta masyarakat Melayu. Berikutan bilangan pelajar dan masyarakat Melayu yang terus meningkat melanjutkan pelajaran atau bertugas di luar negara; UMNO telah memberikan tanggungjawab seorang Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk memantaunya di bawah Jawatankuasa Hal Ehwal Khas Pelajar Luar Negara. Pada mulanya Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Tan Sri Megat Junid Megat Ayob. Selepas itu, p**a disandang oleh Dato’ Seri Mohd Shafie Haji Apdal, dan kini Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek. Daripada 32 Kelab sehingga Oktober 2010, Kelab UMNO kini mencapai jumlah 73 kelab yang meliputi 23 negara di seluruh dunia serta lebih 15,000 ahli. Malahan banyak lagi Kelab UMNO telah membuat permohonan penubuhan khususnya di Eropah seperti di Jerman, Perancis, Switzerland dan di mana sahaja adanya ramai pelajar Melayu sejak kebelakangan ini. Ia jelas satu perkembangan mantap keyakinan umat Melayu terhadap UMNO bukan sahaja dalam negara tetapi juga mereka yang berada di luar negera. Kelab UMNO Luar Negara kini mempunyai Sekretariatnya sendiri untuk menguruskan kegiatan Kelab-Kelab UMNO di seluruh dunia yang berpejabat di Suite 3.2, Aras 5 Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur. Ia juga kini telah dibentuk mengikut zon-zonnya tersendiri untuk membolehkan pengawasan dan penyaluran maklumat yang berkesan serta bersepadu.

08/06/2016

Program Sahur On The Road Assalamualaikum dan salam sejahtera semua! KUSBY akan mengadakan program Sahur On The Road pada hari jumaat malam sabtu pagi (11/6/2016) ini jadi pada sesiapa yang berminat untuk turut serta aktiviti mulia ini sila berkumpul di kos pengkol pada pukul 11pm untuk taklimat lan...

02/03/2016

Mahasiswa M'sia di Mesir dijemput hadir pd sesi ramah mesra bersama YB di Kaherah hari Khamis 3 Feb

via http://twitter.com/PPUMOnline PPUM Online Khairy Jamaluddin Sekretariat KULN

15/01/2016

Perhatian Pelajar Malaysia di Jakarta!! Berikutan berlakunya pengeboman di jalan MH Thamrin Jakarta Pusat, para pelajar Malaysia dinasihatkan untuk menjauhi kawasan tersebut dan sentiasa berjaga-jaga dan sentiasa menitikberatkan keselamatan diri. Jika anda kebetulan berada di kawasan tersebut sila i…

15/01/2016

Bandung E Games Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada warga Surabaya. Attention All Gamers!!! Kelab UMNO Bandung akan mengadakan Bandung E Games pada 5, 6, 7 MAC 2016. NOW ARE YOU EXCITED?! Butiran adalah seperti berikut: * Games yang dipertandingkan adalah FIFA dan DOTA 2. Untuk FIFA: hanya…

13/01/2016

Derma Kilat Kelab UMNO Sheffield Badan Perhubungan Negara UK has recently received news of a devastating crime from Kelab UMNO Sheffield (KuSheff). While having dinner with a group of friends, a house was broken into and several items were recorded missing including passports, tv, laptops, iphones a…

13/01/2016

Tertanya-tanya bagaimana mahu menyertai aktiviti-aktiviti yang bakal diadakan oleh Kelab Umno Korea? Selamat pagi semua! Kami akan sentiasa memastikan anda semua dimaklumkan melalui laman facebook dan twitter kami. Tapi sebelum itu, anda semua perlu menjadi sebahagian daripada keluarga K*K dengan me…

19/10/2015

LEBIH 2000 PELAJAR MALAYSIA, INDONESIA & THAILAND MENYERTAI MEDAN GAMES 2015 MEDAN 18 OKT 2015 – Para pelajar Malaysia di luar negara khususnya Kelab UMNO Luar Negara (KULN) disarankan terus memainkan peranan cemerlang bukan sahaja sebagai Duta Kecil Malaysia tetapi juga Asean. Ini sejajar dengan p…

24/08/2015

Majlis Amanat Hari Kebangsaan 2015 Bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan 2015, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015 mempersilakan tuan/puan ke majlis Amanat Hari Kebangsaan 2015 Jemputan khas dari SKMM dan KKMM ini khusus buat mahasiswa dalam dan luar…

29/07/2015

KABINET MALAYSIA 2015 Tahniah diucapkan kepada senarai anggota kabinet baru yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Diharap barisan kabinet baru dapat memperkukuhkan jentera UMNO dalam menghadapi PRU14. Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Jawatankuasa Tertinggi Kelab UMNO Luar Negara y…

Address

Suite 3. 2, Aras 5, Menara Dato' Onn, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur
50480

Telephone

03-4044 6312

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sekretariat KULN posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Sekretariat KULN:

Share