PERKOBF Negeri JOHOR

Directions Contact the business

PERKOBF Negeri JOHOR Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia Cawangan Negeri Johor

🇲🇾 PERKOBF BAWA SUARA KONTRAKTOR BUMIPUTERA DALAM SESI LIBAT URUS BELANJAWAN 2027Assalamualaikum dan salam sejahtera.30 ...
30/09/2026

🇲🇾 PERKOBF BAWA SUARA KONTRAKTOR BUMIPUTERA DALAM SESI LIBAT URUS BELANJAWAN 2027

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

30 September 2026 | Kementerian Kewangan Malaysia, Putrajaya

PERKOBF Malaysia telah mengambil bahagian dalam Sesi Libat Urus Belanjawan 2027 bersama YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, serta YB Senator Datuk Amir Hamzah Azizan, Menteri Kewangan II.

Sesi yang berlangsung pada 30 September 2026, jam 2.00 petang hingga 4.00 petang ini menjadi ruang penting untuk PERKOBF menyampaikan pandangan dan suara kontraktor Bumiputera, khususnya golongan kontraktor G1/Kelas F.

Perkobf Malaysia telah diwakili oleh:

🔹 Encik Tukiman Radion
Presiden PERKOBF Malaysia

🔹 Encik Khairul Arifin Kayjay
Naib Presiden 1 PERKOBF Malaysia

Dalam sesi libat urus tersebut, PERKOBF telah mengetengahkan beberapa perkara utama yang memberi kesan secara langsung kepada kelangsungan kontraktor kecil Bumiputera, antaranya:

1️⃣ ISU UTAMA – PAKSAAN KENAIKAN GRED
PERKOBF menyuarakan kebimbangan terhadap keperluan kenaikan gred secara paksaan serta memohon supaya perkara ini diteliti dengan mengambil kira kemampuan kewangan, kapasiti, pengalaman dan keadaan sebenar kontraktor G1.

2️⃣ MENAIKKAN HAD NILAI KERJA
Cadangan supaya had nilai kerja kontraktor G1 disemak dan dinaikkan selaras dengan peningkatan kos serta keadaan semasa industri pembinaan.

3️⃣ TAMBAHAN BAJET PROJEK TAHUN 2027
Memohon pertambahan peruntukan bagi projek-projek tahun 2027 yang dapat membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan kepada kontraktor kecil Bumiputera.

4️⃣ JADUAL KADAR HARGA (JKH)
Cadangan supaya Jadual Kadar Harga dikaji dan diselaraskan dengan kos semasa bahan binaan, tenaga kerja, pengangkutan serta kos operasi.

Penyertaan PERKOBF dalam sesi ini mencerminkan komitmen persatuan untuk terus membawa suara dan kepentingan kontraktor Bumiputera ke peringkat pembuat dasar, melalui pendekatan yang berhemah, konstruktif dan berasaskan realiti industri.

Semoga segala pandangan dan cadangan yang telah disampaikan mendapat perhatian sewajarnya serta dapat dipertimbangkan dalam penyediaan Belanjawan 2027.

Terima kasih kepada pihak Kementerian Kewangan Malaysia atas ruang dan kesempatan yang diberikan kepada PERKOBF untuk menyampaikan suara kontraktor Bumiputera.

PERKOBF MALAYSIA

BERSATU MENCAPAI WAWASAN 🇲🇾

KENYATAAN MEDIAPERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA KELAS F (PERKOBF) MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHORMENYOKONG KENYATAAN YB DA...
14/09/2026

KENYATAAN MEDIA
PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA KELAS F (PERKOBF) MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI JOHOR

MENYOKONG KENYATAAN YB DATUK HAJI PANDAK AHMAD BERHUBUNG ISU KONSESI DAN PELUANG KONTRAKTOR BUMIPUTERA DI JOHOR

JOHOR BAHRU, 14 SEPTEMBER 2026 – Persatuan Kontraktor Bumiputera Kelas F Malaysia (PERKOBF Malaysia), Cawangan Negeri Johor menyambut baik dan menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan YB Datuk Haji Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri Kota Iskandar, berhubung isu sistem konsesi, kaedah pemberian kerja, kadar harga kerja serta tempoh pembayaran yang memberi kesan langsung kepada kelangsungan kontraktor Bumiputera tempatan di negeri Johor.

Kenyataan tersebut telah disampaikan oleh YB Datuk Haji Pandak Ahmad ketika beliau merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) yang berlangsung di Wisma PKMM Negeri Johor.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor melihat kenyataan yang dibangkitkan oleh YB Datuk Haji Pandak Ahmad sebagai satu suara yang amat signifikan dalam memperjuangkan kepentingan dan kelangsungan kontraktor Bumiputera, khususnya kontraktor berskala kecil yang menjadi sebahagian penting daripada ekosistem industri pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur di negeri Johor.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor berpandangan bahawa perkara yang dibangkitkan bukan sekadar berkaitan peluang mendapatkan kerja, malah turut melibatkan kelangsungan operasi, aliran tunai dan keupayaan kontraktor Bumiputera berskala kecil untuk terus bertahan dalam industri pembinaan serta penyelenggaraan infrastruktur asas.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor memahami cabaran yang dihadapi oleh kontraktor yang perlu mendahulukan kos tenaga kerja, bahan binaan, pengangkutan, jentera dan pelbagai perbelanjaan operasi, sedangkan bayaran bagi kerja yang telah disiapkan mengambil tempoh yang panjang. Keadaan ini boleh memberikan tekanan kewangan yang besar kepada kontraktor kecil yang mempunyai modal kerja serta kemampuan kewangan yang terhad.

CABUTAN UNDI SEBAGAI SALAH SATU KAEDAH YANG LEBIH TELUS DAN INKLUSIF

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor turut menyokong cadangan agar kaedah cabutan undi kerja diperluaskan bagi kerja-kerja yang bersesuaian, khususnya kerja berskala kecil dan kurang teknikal.

Kaedah cabutan undi yang dilaksanakan secara teratur, terbuka serta berasaskan kriteria kelayakan yang jelas berupaya memberikan peluang yang lebih luas kepada kontraktor berdaftar dan layak. Pada masa yang sama, kaedah ini dapat mengurangkan persepsi bahawa peluang kerja hanya tertumpu kepada pihak tertentu.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor tidak menolak pelaksanaan proses tender terbuka. Walau bagaimanapun, bagi kerja-kerja kecil yang bersesuaian, mekanisme cabutan undi boleh dijadikan salah satu instrumen tambahan bagi memastikan pengagihan peluang kerja yang lebih seimbang, telus dan inklusif.
30 PERATUS KERJA UNTUK KONTRAKTOR BUMIPUTERA TEMPATAN
PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor turut menyokong cadangan agar sekurang-kurangnya 30 peratus kerja yang bersesuaian diberikan kepada kontraktor Bumiputera atau kontraktor tempatan yang berdaftar serta memenuhi syarat yang ditetapkan.

Kerja-kerja seperti penyelenggaraan jalan dan longkang, pembinaan pagar serta tembok, pembaikan kecil bangunan, kerja awam dan penyelenggaraan infrastruktur asas merupakan bidang yang telah lama diceburi oleh kontraktor Bumiputera tempatan. Golongan ini juga mempunyai pengalaman serta kepakaran dalam melaksanakan kerja-kerja berkenaan.

Peluang tersebut wajar disediakan secara lebih tersusun agar pembangunan pesat Johor tidak hanya dinikmati oleh syarikat berskala besar, tetapi turut menjadi pemangkin kepada pengukuhan ekosistem kontraktor Bumiputera tempatan.

PEMBANGUNAN JOHOR PERLU MEMBERI MANFAAT KEPADA KONTRAKTOR TEMPATAN

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor berpandangan bahawa pembangunan pesat negeri Johor, termasuk pelaburan berskala besar, pembangunan industri dan pusat data, sewajarnya mewujudkan rantaian manfaat ekonomi yang lebih luas kepada pemain industri tempatan.

Kontraktor Bumiputera Johor tidak menuntut keistimewaan tanpa kelayakan. Sebaliknya, kami mengharapkan ruang, peluang dan sistem penyampaian kerja yang adil, supaya kontraktor yang mempunyai kelayakan, pengalaman serta kemampuan dapat turut mengambil bahagian dalam pembangunan negeri.

Sehubungan itu, PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor menyeru Kerajaan Negeri Johor dan semua agensi berkaitan agar terus membuka ruang dialog bersama persatuan-persatuan kontraktor bagi meneliti perkara-perkara berikut:

i. Kaedah pemberian kerja yang lebih telus dan inklusif;
ii. Perluasan penggunaan kaedah cabutan undi bagi kerja-kerja yang bersesuaian;
iii. Penetapan sasaran peratusan kerja kepada kontraktor Bumiputera dan kontraktor tempatan;
iv. Semakan kadar harga kerja agar lebih selaras dengan kos semasa;
v. Usaha mempercepatkan tempoh pembayaran kepada kontraktor; dan
vi. Penglibatan kontraktor Bumiputera tempatan dalam rantaian bekalan serta peluang pembangunan berskala besar di Johor.

PENGHARGAAN KEPADA KEPIMPINAN PKMM NEGERI JOHOR

Dalam kesempatan ini, PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kepimpinan Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Johor (PKMMNJ) atas kesudian menjemput PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor untuk turut hadir dalam Mesyuarat Agung Tahunan Ke-29 PKMMNJ yang berlangsung di Wisma PKMM Negeri Johor.
PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor amat menghargai keterbukaan dan semangat kebersamaan yang dizahirkan oleh kepimpinan PKMMNJ dalam menghimpunkan suara serta pandangan pemain industri Bumiputera.

Kami percaya bahawa perpaduan, kesepaduan dan kerjasama antara persatuan-persatuan kontraktor Bumiputera amat penting dalam memastikan isu dan aspirasi kontraktor dapat diketengahkan secara lebih tersusun, berfakta dan berkesan kepada pihak kerajaan.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor berharap hubungan baik serta kerjasama strategik antara PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor dan PKMMNJ akan terus diperkukuh demi kepentingan kontraktor Bumiputera serta kemajuan industri pembinaan di negeri Johor.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor percaya bahawa kontraktor Bumiputera yang kukuh akan turut menyumbang kepada pengukuhan ekonomi negeri.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor sekali lagi merakamkan penghargaan kepada YB Datuk Haji Pandak Ahmad, Ahli Dewan Negeri Kota Iskandar, atas keprihatinan dan keberanian beliau dalam membawa suara kontraktor Bumiputera ke perhatian umum.

PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor bersedia untuk terus bekerjasama dengan Kerajaan Negeri Johor, agensi-agensi teknikal, PKMMNJ serta semua pihak berkepentingan bagi mencari penyelesaian terbaik demi memastikan pembangunan Johor terus maju, inklusif dan memberikan manfaat kepada kontraktor Bumiputera tempatan.

“PELUANG YANG ADIL, KONTRAKTOR LEBIH BERDAYA SAING, JOHOR TERUS MAJU.”

PERSATUAN KONTRAKTOR BUMIPUTERA KELAS F (PERKOBF) MALAYSIA
CAWANGAN NEGERI JOHOR
14 SEPTEMBER 202

14/08/2026
Assalamualaikum dan salam sejahtera.PERKOBF Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih ...
24/07/2026

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

PERKOBF Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang atas jemputan kepada PERKOBF Negeri Johor untuk hadir sebagai pemerhati bagi Kerja Cabutan Undi Fasa 2 bagi kerja-kerja penyelenggaraan di sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang.

PERKOBF Negeri Johor telah diwakili oleh Tuan Haji Zaabah bin Hj Kassim, Timbalan Yang Dipertua PERKOBF Negeri Johor dalam sesi cabutan undi yang telah diadakan pada 23 Julai 2026.

PERKOBF Negeri Johor amat menghargai inisiatif dan keterbukaan pihak PPD Pasir Gudang dalam melaksanakan proses cabutan undi secara telus dan teratur serta melibatkan pihak persatuan sebagai pemerhati. Inisiatif seumpama ini amat dihargai, dipuji dan wajar dijadikan contoh dalam usaha memastikan proses perolehan dan agihan kerja dilaksanakan dengan penuh integriti, adil dan berakauntabiliti.

Semoga hubungan baik dan kerjasama antara PPD Pasir Gudang dan PERKOBF Negeri Johor akan terus diperkukuhkan demi manfaat kontraktor Bumiputera serta kelancaran pelaksanaan kerja-kerja penyelenggaraan sekolah di daerah Pasir Gudang.

Syabas dan tahniah kepada PPD Pasir Gudang atas inisiatif yang sangat baik ini.

PERKOBF Negeri Johor
Memperkasa Kontraktor Bumiputera, Memartabatkan Integriti dan Ketelusan

UCAPAN TAHNIAHSetinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Tuan Ir Ts Mohamad Fazli Salleh atas pelantikan sebagai Penger...
18/07/2026

UCAPAN TAHNIAH

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YB Tuan Ir Ts Mohamad Fazli Salleh atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Infrastruktur dan Komunikasi Negeri Johor bagi Sesi 2026–2031.

Semoga amanah yang diberikan dapat digalas dengan penuh dedikasi, kebijaksanaan dan integriti dalam memacu pembangunan infrastruktur, pengangkutan serta sistem komunikasi yang lebih mampan demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat Negeri Johor.

Ikhlas daripada:

Tuan Haji Zahrul-lail bin Hj Ab Moez
Timbalan Presiden PERKOBF Malaysia
merangkap
YDP PERKOBF Johor

Serta AJK & Ahli PERKOBF Johor

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA (AJK) PERKOBF MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR KALI KE-01/2026–202914 Julai 2026 | Pejabat PER...
14/07/2026

MESYUARAT AHLI JAWATANKUASA (AJK) PERKOBF MALAYSIA CAWANGAN NEGERI JOHOR KALI KE-01/2026–2029

14 Julai 2026 | Pejabat PERKOBF Negeri Johor, Pontian

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Mesyuarat Ahli Jawatankuasa (AJK) PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor Kali Ke-01/2026–2029 yang menghimpunkan barisan kepimpinan baharu bagi membincangkan hala tuju serta perancangan strategik persatuan untuk sesi 2026–2029.

Antara agenda utama mesyuarat ialah pelantikan Pengerusi-Pengerusi Daerah serta Pengerusi-Pengerusi Biro bagi memperkukuhkan struktur organisasi dan memperkemaskan gerak kerja PERKOBF Negeri Johor di seluruh negeri.

Setinggi-tinggi ucapan tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah dipilih semasa Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor, serta kepada semua Pengerusi Daerah dan Pengerusi Biro yang telah dilantik dalam mesyuarat ini.

Semoga amanah yang diberikan dapat dipikul dengan penuh integriti, komitmen dan semangat kebersamaan demi memperkasakan kontraktor Bumiputera Kelas F di Negeri Johor serta memartabatkan PERKOBF sebagai sebuah persatuan yang dihormati dan disegani.

Marilah kita berganding bahu, memperkukuhkan perpaduan dan terus berkhidmat demi kepentingan seluruh ahli serta pembangunan industri pembinaan di Negeri Johor.

Tahniah dan selamat menjalankan amanah kepada seluruh barisan kepimpinan PERKOBF Malaysia Cawangan Negeri Johor sesi 2026–2029.

"BERSATU MEMPERKASA KONTRAKTOR BUMIPUTERA"

12/07/2026
30/06/2026

Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi PERKOBF Malaysia Sesi 2026-2029

📌 MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN PERKOBF MALAYSIA KALI KE-1323 Jun 2026 | Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala LumpurAlhamdulil...
24/06/2026

📌 MESYUARAT PERWAKILAN TAHUNAN PERKOBF MALAYSIA KALI KE-13

23 Jun 2026 | Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

Alhamdulillah, Mesyuarat Perwakilan Tahunan (MPT) PERKOBF Malaysia Kali Ke-13 telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana penuh harmoni, profesional dan semangat perpaduan warga kontraktor Bumiputera seluruh negara.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, dengan kehadiran barisan kepimpinan serta tetamu kehormat antaranya Sr Ahmad Farin Abdul Wahid (Ketua Eksekutif CIDB Malaysia), Tuan Azman Ibrahim (Ketua Pengarah PKK ), Dato' Dr. Kairus Maznan (Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kerja Raya Malaysia ), Tuan Tukiman Radion (Presiden Perkobf Malaysia), Tuan Muhamed Amir bin Aziz (Naib Presiden 1), Tuan Khairul Arifin bin Sabri (Naib Presiden 2) serta Puan Junida Hani Jamaludin (Setiausaha Agung PERKOBF Malaysia).

Dalam ucapan perasmian, YB Menteri Kerja Raya telah menyentuh mengenai kajian semula mekanisme kenaikan gred kontraktor, khususnya bagi memastikan proses peningkatan gred dilaksanakan secara lebih adil, berasaskan keupayaan sebenar, prestasi dan kesiapsiagaan kontraktor. Beliau turut menegaskan bahawa sebarang pelaksanaan yang melibatkan kenaikan gred secara paksa perlu diteliti secara menyeluruh agar tidak membebankan kontraktor, terutama kontraktor Bumiputera dan perusahaan kecil yang masih dalam fasa pengukuhan kapasiti.

PERKOBF Negeri Johor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada YB Menteri Kerja Raya Malaysia, pihak CIDB Malaysia, PKK Malaysia, Kementerian Kerja Raya serta seluruh barisan kepimpinan PERKOBF Malaysia atas komitmen berterusan dalam memperjuangkan kebajikan dan pembangunan kontraktor Bumiputera.

Sekalung tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada semua Perwakilan dan Pemerhati yang hadir dari seluruh negara atas komitmen, disiplin serta sumbangan idea yang membina demi memperkukuhkan hala tuju persatuan dan industri pembinaan negara.

Semoga segala keputusan dan resolusi yang dicapai menjadi pemangkin kepada kemajuan PERKOBF serta memperkasakan kontraktor Bumiputera ke arah yang lebih cemerlang.

"BERSATU MENCAPAI WAWASAN"








Address

No. 22 Jalan Kalong 1
Johor Bahru
81200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERKOBF Negeri JOHOR posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PERKOBF Negeri JOHOR:

Shortcuts

Share