17/12/2025
“Ayah baru keluar ICU.
Soalan pertama dia tanya bukan pasal sakit…
tapi macam mana nak jadi AFFILIATE?”
Dengan suara masih lemah, ayah cakap:
“Boleh ka ajar ayah buat affiliate?
Ayah mau cari duit tambahan.”
Bukan sebab bosan.
Bukan sebab suka-suka.
Sebab bil rawatan dah cecah RM150,000.
Ada Takaful.
Tapi annual limit sudah habis.
ICU memang selesai.
Tapi rawatan belum.
Ubat belum.
Follow-up belum.
Dan masa inilah,
seorang ayah yang sepatutnya fokus sembuh
masih fikir:
“Macam mana mau tolong keluarga.”
Ramai orang fikir,
asal ada medical card — selamat.
Hakikatnya,
bila annual limit tak cukup,
penyakit belum sembuh
tapi perlindungan sudah berhenti.
Masa itu,
yang sakit bukan badan saja.
Emosi satu rumah ikut runtuh.
Ini bukan cerita untuk takutkan orang.
Ini cerita untuk sedarkan.
Penyakit besar jarang datang sekali.
Rawatan jarang habis dalam setahun.
Dan sakit… tak tunggu kita bersedia.
Kalau hari ini kita sihat,
tolong jangan berkira pilih perlindungan.
Sebab kita tak mahu,
suatu hari nanti,
kita baru keluar ICU
tapi masih terpaksa tanya:
“Apa lagi yang aku boleh buat untuk cari duit?”
Annual limit bukan sekadar angka.
Ia ketenangan.
Ia ruang untuk sembuh tanpa rasa bersalah.