Nikah di Selatan Thailand

Nikah di Selatan Thailand Berkhidmat untuk bernikah kahwin di selatan thailand Bagi mereka yang tidak mempunyai pasport, pasport yang paling murah berharga RM200 untuk tempoh 5 tahun.

Dokumen untuk Perkahwinan di Thailand 2017

Kad Pengenalan

Pasport atau Pas Sempadan
Pasport hendaklah mempunyai baki tempoh sah tak kurang dari 6 bulan dari tarikh memasuki Siam. Pas sempadan hanya boleh dipohon oleh penduduk Perlis, Kedah, Kelantan dan tiga daerah di Utara Perak. Penduduk lain di Perak dan penduduk negeri-negeri lain perlukan pasport antarabangsa. Mereka yang dikenakan sekatan

perjalanan (disebabkan muflis, sekatan PTPTN atau lain-lain) tidak dibenarkan untuk membuat pasport atau pas sempadan. Semak status sekatan perjalanan di sini. Bagi janda/balu:
Bawa surat kematian suami atau surat cerai yang asal. Kalau baru bercerai dan belum menerima surat cerai, tunggu sehingga dapat surat cerai sebelum perkahwinan di Thailand. Majlis Agama Islam di Thailand tidak akan menikahkan tanpa surat cerai/kematian suami yang asal. Pastikan juga tempoh iddah sudah tamat. MAIS menggunakan tempoh 3 bulan 10 hari untuk iddah bagi perempuan yang bercerai, bukan 3 kali suci. Tunggu tempoh yang lebih panjang diantara dua itu. Pemegang Permit Kerja:
Warga asing pemegang permit kerja di Malaysia tak layak mendapat surat pengesahan dari Konsulat Malaysia, tapi boleh nikah di Thailand. Kalau boleh, tunggu sampai permit kerja dah tamat tempoh dan warga asing berkenaan menggunakan visa pelawat sahaja. Bagi polis atau tentera:
Sebaik-baiknya dapatkan kebenaran bertulis dari jabatan masing-masing dulu. Konsulat Malaysia tidak akan mengeluarkan surat pengesahan nikah selepas nkah di Thailand bagi polis dan tentera. Bagi warga negara asing (bukan dari ASEAN):
Semak dari Kedutaan Siam, tak kira di Malaysia atau di negara asal mereka, sama ada mereka perlu mendapatkan visa dari Kedutaan Siam sebelum memasuki Siam. Kegagalan berbuat demikian memungkinkan mereka tidak dibenarkan memasuki Siam. Hubungi kami di malaysia :
+60 13-404 2000
Thailand
+66616204399
+66847487195

ที่อยู่

Sadao

เว็บไซต์

แจ้งเตือน

รับทราบข่าวสารและโปรโมชั่นของ Nikah di Selatan Thailandผ่านทางอีเมล์ของคุณ เราจะเก็บข้อมูลของคุณเป็นความลับ คุณสามารถกดยกเลิกการติดตามได้ตลอดเวลา

ติดต่อ ธุรกิจของเรา

ส่งข้อความของคุณถึง Nikah di Selatan Thailand:

ทางลัด

แชร์