Kelas Online Cikgu Ju dan Team Tutor

Call Directions

Kelas Online Cikgu Ju dan Team Tutor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Kelas Online Cikgu Ju dan Team Tutor, Teluk Anson.

πŸŽ“ ILMUWAN ACADEMY
πŸ“š Kelas Online Akademik Rendah & Menengah β€’ KAFA β€’ Celik Jawi β€’ Mengaji β€’ Jom Baca β€’ Let's Read
πŸ‘©β€πŸ« 1-to-1 & Small Group
πŸ“± Pengurusan Kelas melalui SMAP
πŸ‘‡ Daftar Sekarang πŸ‘‡πŸ‘‡
https://app.smap.my/reg/add/3979523

04/07/2026
02/07/2026

Makluman kepada semua ibu bapa yang dihormati.

Terima kasih atas kepercayaan dan sokongan yang sentiasa diberikan kepada Ilmuwan Academy.

Ramai yang bertanya sama ada Cikgu Ju masih mengajar. Jawapannya, ya, Cikgu Ju masih aktif bersama Ilmuwan Academy, namun pada masa ini Cikgu Ju lebih memfokuskan kepada pengurusan akademi, pentadbiran, penyelarasan kelas online serta coaching dan latihan Team Tutor.

Bagi memastikan setiap pelajar menerima pengalaman pembelajaran yang berkualiti, Cikgu Ju memberi tumpuan kepada pemantauan sistem pembelajaran, pembangunan Team Tutor dan pengurusan operasi Ilmuwan Academy secara menyeluruh.

Mohon maaf kepada ibu bapa yang mengharapkan Cikgu Ju mengendalikan kelas secara peribadi. Insya-Allah, walaupun tidak mengajar secara langsung, Cikgu Ju tetap memastikan setiap kelas dikendalikan dengan baik melalui pemantauan dan bimbingan berterusan kepada Team Tutor.

Terima kasih atas kefahaman, kepercayaan dan sokongan yang tidak putus-putus kepada Ilmuwan Academy. Semoga Allah SWT memberkati setiap usaha kita dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan berakhlak.

Salam perkenalan, saya Cikgu Ju, Principal Ilmuwan Academy.Alhamdulillah, saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pen...
28/06/2026

Salam perkenalan, saya Cikgu Ju, Principal Ilmuwan Academy.

Alhamdulillah, saya merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (Kepujian) dan mempunyai hampir 20 tahun pengalaman dalam bidang pendidikan, bermula daripada taska, prasekolah, sekolah rendah hingga sekolah menengah.

Sejak tahun 2021, saya mengasaskan Ilmuwan Academy, sebuah pusat tuisyen online yang komited membantu pelajar belajar dengan lebih yakin melalui kelas yang fleksibel, tersusun dan berfokus kepada keperluan setiap pelajar.

Di Ilmuwan Academy, kami percaya bahawa setiap anak mempunyai potensi untuk berjaya apabila mendapat bimbingan yang betul dalam suasana pembelajaran yang selesa dan menyeronokkan.

Terima kasih kerana sudi mengenali kami. Semoga Ilmuwan Academy dapat menjadi sebahagian daripada perjalanan kejayaan anak-anak anda.

"Mendidik Dengan Ilmu, Membimbing Dengan Hikmah."

Sekian, terima kasih. 🌷

21/06/2026

Together We Inspire. Together We Empower

16/05/2026

Terima kasih diatas ucapan semua pelajar & ibu bapa πŸ’•πŸ«Ά

✨ ILMUWAN ACADEMY ✨

15/05/2026

Assalamualaikum, it's me, CIKGU JU! πŸ‘‹πŸ˜Š

Perjalanan Cikgu Ju bermula dengan langkah kecil di sebuah kelas taska. Setiap pagi penuh dengan suara anak-anak kecil menangis, ketawa, berebut pensel warna dan peluk kaki cikgu tak nak balik. Dari situlah Cikgu Ju belajar bahawa menjadi pendidik bukan sekadar mengajar ABC dan 123, tapi belajar sabar, lembut hati dan memahami dunia kanak-kanak.

Masuk ke prasekolah p**a, cabarannya lain. Ada murid yang petah bercakap, ada yang malu nak sebut nama sendiri. Setiap hari penuh dengan lagu, flash card, tulisan Jawi, mewarna dan aktiviti bermain sambil belajar. Penat memang penat, tapi bila anak murid mula pandai membaca dan menulis, rasa bahagia itu susah nak digambarkan.

Bila mengajar sekolah rendah, Cikgu Ju mula kenal macam-macam perangai murid. Ada yang aktif sangat, ada yang s**a termenung, ada yang perlukan perhatian lebih. Kadang-kadang jadi cikgu, kadang-kadang jadi β€œibu kedua” di sekolah. Dari ajar asas membaca, matematik, sampai dengar cerita murid tentang keluarga dan impian mereka.

Masuk p**a dunia sekolah menengah. Di sinilah cabaran emosi lebih besar. Remaja sedang mencari identiti diri. Ada yang mula hilang keyakinan, ada yang rasa diri tak pandai, ada yang perlukan seseorang untuk percaya pada mereka. Cikgu Ju bukan sahaja mengajar dalam kelas, tapi selalu cuba bagi semangat supaya mereka tak mudah putus asa.

Dan akhirnya, sampai ke tingkatan 6. Suasana lebih matang, perbincangan lebih serius, impian pelajar makin jelas. Ada yang nak jadi doktor, guru, peguam, usahawan. Cikgu Ju selalu pesan: β€œJangan takut gagal. Yang penting jangan berhenti belajar.”

Dari taska sampai tingkatan 6, setiap fasa ada kenangan tersendiri. Ada murid yang dulu menangis tak nak masuk kelas, akhirnya berjaya sambung belajar tinggi. Ada yang dulu pelat membaca, sekarang sudah petah bercakap di depan orang ramai.
Itulah hadiah paling indah buat seorang guru. Bukan tentang gaji atau pujian, tetapi melihat anak murid membesar, berjaya dan masih ingat, β€œIni cikgu saya dulu.”

Address

Teluk Anson
53300

Telephone

+601123443046

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelas Online Cikgu Ju dan Team Tutor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share