MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Call Directions Website Contact the business

MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM Majlis Daerah Tanjong Malim Peti Surat 59, 35900 Tanjong Malim, Perak. Tel:05-4563410/20 Fax:05-4563430/40

πŸš΅β€β™‚οΈπŸŒΏ MESYUARAT KERJASAMA DAN PENYELARASAN KEJOHANAN TANJONG MALIM YDP CUP MOUNTAIN BIKE (MTB) INTERNATIONAL CHALLENGE U...
07/10/2026

πŸš΅β€β™‚οΈπŸŒΏ MESYUARAT KERJASAMA DAN PENYELARASAN KEJOHANAN TANJONG MALIM YDP CUP MOUNTAIN BIKE (MTB) INTERNATIONAL CHALLENGE UCI CLASS 2 RACE BIL. 2/2026 πŸŒΏπŸš΅β€β™€οΈ

7 Oktober 2026 - Telah berlangsung Mesyuarat Kerjasama dan Penyelarasan Kejohanan Tanjong Malim YDP CUP Mountain Bike (MTB) International Challenge UCI Class 2 Race Bil. 2/2026 bagi membincangkan persiapan, penyelarasan serta perancangan pelaksanaan program yang bakal berlangsung di Daerah Muallim.

Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dan turut dihadiri Dato’ Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta pihak-pihak berkepentingan yang terlibat dalam menjayakan penganjuran program ini.

Perbincangan memberi tumpuan kepada aspek laluan perlumbaan, keselamatan, pengurusan peserta, logistik serta penyelarasan kerjasama antara agensi bagi memastikan program dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

Semoga segala perancangan dan persiapan yang dilaksanakan dapat menjayakan Kejohanan Tanjong Malim YDP CUP Mountain Bike (MTB) International Challenge UCI Class 2 Race serta terus mengangkat Daerah Muallim sebagai destinasi sukan dan rekreasi yang menarik. πŸš΅β€β™‚οΈπŸžοΈ

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM)


SETINGGI-TINGGI SYABAS DAN TAHNIAH SEMPENA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) MUALLIMMajlis Daerah Tanjong Malim (...
06/10/2026

SETINGGI-TINGGI SYABAS DAN TAHNIAH SEMPENA PERASMIAN IBU PEJABAT POLIS DAERAH (IPD) MUALLIM

Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) merakamkan setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada Ketua Polis Daerah Muallim serta seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Muallim sempena perasmian Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Al-Maghfur-Lah.

Semoga dengan perasmian IPD Muallim ini, perkhidmatan kepolisan di Daerah Muallim akan terus diperkasa dalam memastikan keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Syabas dan tahniah.

Ikhlas daripada
Yang Dipertua, Setiausaha, Ahli-Ahli Majlis serta seluruh warga kerja Majlis Daerah Tanjong Malim

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN DAN IKRAR AKU JANJI KEPADA KAKITANGAN BAHARU MAJLIS DAERAH TANJONG MALIMTanjong Mal...
06/10/2026

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH PELANTIKAN DAN IKRAR AKU JANJI KEPADA KAKITANGAN BAHARU MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM

Tanjong Malim, 1 Oktober 2026 – Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) telah mengadakan Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Ikrar Aku Janji kepada seramai 10 orang kakitangan baharu yang telah melapor diri bagi memulakan tugas di jabatan dan bahagian masing-masing.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh tertib dan rasmi itu turut disertakan dengan lafaz Ikrar Aku Janji sebagai simbolik kepada komitmen, tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul oleh setiap kakitangan dalam melaksanakan tugas sebagai penjawat awam.

Penyerahan watikah pelantikan telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Daerah Tanjong Malim, Dr Shazree Idzham bin Wahab Abdul Rahman.

Dalam amanat beliau, semua kakitangan baharu diseru supaya sentiasa menghayati dan mengamalkan nilai integriti, profesionalisme, disiplin, akauntabiliti serta semangat kerja berpasukan dalam melaksanakan setiap tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Kakitangan baharu juga diingatkan supaya sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik, mematuhi peraturan serta tatakelakuan sebagai penjawat awam dan bersama-sama menyumbang ke arah meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan MDTM kepada masyarakat.

Pelantikan kakitangan baharu ini diharap dapat memperkukuhkan lagi kapasiti dan keupayaan organisasi dalam memberikan perkhidmatan yang cekap, berkualiti, responsif dan berkesan, selaras dengan aspirasi MDTM untuk terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada komuniti setempat.

Majlis Daerah Tanjong Malim merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada kesemua 10 orang kakitangan baharu. Semoga setiap amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh dedikasi, integriti dan komitmen demi kecemerlangan organisasi serta kesejahteraan masyarakat di kawasan pentadbiran Majlis Daerah Tanjong Malim.

IKLAN TAWARAN PENGURUSAN TANDAS AWAM - TARIKH TUTUP 20 OKTOBER 2026 1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Ma...
05/10/2026

IKLAN TAWARAN PENGURUSAN TANDAS AWAM - TARIKH TUTUP 20 OKTOBER 2026

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang bermastautin di kawasan Majlis Daerah Tanjong Malim untuk mengisi kekosongan harta sewaan, MDTM.
2. Borang Permohonan Sewaan boleh diperolehi dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MDTM (waktu pejabat sahaja) dengan bayaran jualan borang RM 1.00 dan bayaran proses daftar borang RM 10.00 bagi satu borang. Pemohon perlu hadir sendiri dengan membawa kad pengenalan diri.
3. Semua Borang Permohonan Sewaan hendaklah diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang perlu sebagaimana yang dinyatakan di dalam borang tersebut. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Majlis sebelum atau pada 20 Oktober 2026.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi 05-4563466 / 3410 (Bahagian Sewaan)

https://www.mdtm.gov.my/index.php/informasi/pengumuman-makluman/iklan-tawaran-pengurusan-tandas-awam-tarikh-tutup-20-oktober-2026

KLAN KEKOSONGAN HARTA SEWAAN MAJLIS - TARIKH TUTUP 20 OKTOBER 2026 1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Mal...
05/10/2026

KLAN KEKOSONGAN HARTA SEWAAN MAJLIS - TARIKH TUTUP 20 OKTOBER 2026

1. Tawaran ini adalah dipelawa kepada Warganegara Malaysia yang bermastautin di Majlis Daerah Tanjong Malim untuk mengisi kekosongan harta sewaan, MDTM.
2. Borang Permohonan Sewaan boleh diperolehi dari Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MDTM (waktu pejabat sahaja) dengan bayaran yuran borang RM 10.00 dan bayaran proses daftar borang RM 10.00 bagi satu borang. Pemohon perlu hadir sendiri dengan membawa kad pengenalan diri.
3. Semua Borang Permohonan Sewaan hendaklah diisi dengan lengkap beserta dokumen-dokumen yang perlu sebagaimana yang dinyatakan di dalam borang tersebut. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikembalikan ke Majlis sebelum atau pada 20 Oktober 2026.

Sebarang pertanyaan lanjut, hubungi 05-4563466 / 3410 (Bahagian Sewaan)

https://www.mdtm.gov.my/index.php/informasi/pengumuman-makluman/iklan-kekosongan-harta-sewaan-majlis-tarikh-tutup-20-oktober-2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒΏ RECCE LALUAN MUALLIM ULTRA 2026 πŸŒΏπŸƒβ€β™€οΈ1 Oktober 2026 β€” Telah berlangsung sesi recce laluan sempena Muallim Ultra 20...
03/10/2026

πŸƒβ€β™‚οΈπŸŒΏ RECCE LALUAN MUALLIM ULTRA 2026 πŸŒΏπŸƒβ€β™€οΈ

1 Oktober 2026 β€” Telah berlangsung sesi recce laluan sempena Muallim Ultra 2026 anjuran Majlis Daerah Tanjong Malim (MDTM) dengan kerjasama All Trail Project (ATP).

Sesi recce ini diadakan bagi meninjau dan menilai keadaan laluan serta memastikan aspek keselamatan, kesiapsiagaan dan kelancaran perjalanan acara berada pada tahap yang baik.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada agensi-agensi yang turut terlibat:

πŸš’ Balai Bomba dan Penyelamat Tanjong Malim
🦺 Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
🌳 Pejabat Perhutanan
🐘 Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)Pusat Transformasi Komuniti Universiti, UPSI

🀝 Kerjasama erat semua agensi amat dihargai dalam memastikan Muallim Ultra 2026 dapat dilaksanakan dengan lancar dan selamat.

πŸ”₯ MUALLIM ULTRA 2026
πŸ“… 9 – 10 Oktober 2026
πŸ“ Daerah Muallim, Perak

Jom bersedia untuk cabaran di laluan Muallim! πŸŒΏβ›°οΈπŸƒβ€β™‚οΈ


02/10/2026

🚡 Tanjong Malim YDP Cup Mountain Bike International Challenge 2026
πŸ“… 10–13 December 2026
πŸ“ Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Universiti Pendidikan Sultan Idris
Pusat Sukan UPSI
UPSI Adventure Park
Tourism Muallim

1 Oktober 2026(Khamis) - Mesyuarat Lembaga Perolehan Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) yang dipengerusikan...
02/10/2026

1 Oktober 2026(Khamis) - Mesyuarat Lembaga Perolehan Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya (MOTAC) yang dipengerusikan YBhg.Dato' Shaharuddin bin Abu Sohot, Ketua Setiausaha MOTAC telah berlangsung bagi membincang dan memutuskan Kertas Pertimbangan untuk Projek Pembangunan Persisiran Sungai Bernam (Sungai Bernam Riverfront).

Delegasi MDTM yang diketuai Yang Dipertua, Dr Shazree Idzham bin Haji Wahab Abdul Rahman telah hadir bagi membentangkan kertas pertimbangan tersebut. Turut hadir bersama Ts Shahzan Hafiz bin Zainal Abidin (Ketua Jabatan Teknologi Maklumat, Pelancongan & Rekreasi), En. Mohd Asrul bin Abd.Ghani (Ketua Jabatan Kejuruteraan) dan Pn. Norul Azlina binti Tajie (Jabatan Kejuruteraan).

Semoga hasrat bagi pembangunan sektor pelancongan serta tempat rekreasi dan aktiviti kepada masyarakat daerah Muallim serta pelancong ke Daerah Muallim dapat dipertimbang dengan sebaiknya.

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2026
30/09/2026

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2026

HEBAHAN PENUTUPAN JALAN SEMPENA LE TOUR DE LANGKAWI (LTDL) 2026

MUALLIM, 29 September 2026 – Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim ingin memaklumkan bahawa penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan pada 1 Oktober 2026 (Khamis) sempena perlumbaan Le Tour de Langkawi (LTDL) 2026 – Stage 5 yang akan melalui laluan dari Tapah menuju ke Genting Highlands.

Bagi kawasan di bawah pentadbiran IPD Muallim, penutupan akan melibatkan Jalan Persekutuan dari KM 89 (Trolak) hingga KM 126 (Tanjung Malim), termasuk laluan dari Kampung Klah Baru sehingga ke sempadan Perak/Selangor.

Penutupan simpang-simpang keluar masuk ke Jalan Persekutuan akan dilaksanakan secara berperingkat bermula pada jam 10.30 pagi dan dijangka selesai pada jam 12.15 tengah hari.

Sehubungan itu, orang ramai dan pengguna jalan raya dinasihatkan supaya:

β€’ Merancang perjalanan lebih awal;
β€’ Menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu;
β€’ Mematuhi arahan anggota polis yang bertugas; dan
β€’ Sentiasa peka terhadap maklumat terkini berkaitan keadaan trafik serta perjalanan perlumbaan LTDL 2026.

Kerjasama dan keprihatinan semua pengguna jalan raya amat dihargai bagi memastikan kelancaran perlumbaan serta mengurangkan kesesakan di kawasan yang terlibat.

Sekian, terima kasih.

POLIS DIRAJA MALAYSIA
IBU PEJABAT POLIS DAERAH MUALLIM










Address

Peti Surat 59, Bandar Behrang 2020
Tanjung Malim
35900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6054563410

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MAJLIS DAERAH TANJONG MALIM:

Shortcuts

Share