MPP Prauniversiti SMK Seri Desa 2016

MPP Prauniversiti SMK Seri Desa 2016 " Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan kamu akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kamu pimpi

All the best to all STPM candidates 😊
06/03/2019

All the best to all STPM candidates 😊

[Keputusan STPM 2017- 6/03/2018]Check it out! Its todayπŸ˜‰All the best wishes.
06/03/2018

[Keputusan STPM 2017- 6/03/2018]

Check it out! Its todayπŸ˜‰
All the best wishes.




Kepada adik-adik lepasan STPM 2016/2017 boleh rujuk di sini untuk panduan. USM
27/01/2018

Kepada adik-adik lepasan STPM 2016/2017 boleh rujuk di sini untuk panduan. USM

15/05/2017

KELEBIHAN TINGKATAN 6

01. Terus Sambung Ijazah
Ada setengah pelajar menganggap, belajar di peringkat Diploma adalah membuang masa kerana tempoh yang hampir lebih kurang sama seperti membuat Ijazah. Maka laluan Tingkatan 6 adalah sangat sesuai bagi mereka ini kerana selepas selesai STPM, dengan keputusan yang baik, maka boleh lah terus masuk ke IPT dan dapatkan segulung Ijazah selepas itu.

02. Tempoh Setahun Setengah
Dengan tempoh masa hanya setahun setengah, maka pilihan ke Tingkatan 6 juga adalah merupakan satu pilihan yang bijak kepada adik-adik pelajar. Jika diambil kira tempoh pembelajaran melalui Diploma (3 tahun) dan terus sambung ke Ijazah (3 tahun), maka melalui laluan Tingkatan 6 (1 1/2 tahun) adalah lebih menjimatkan.

03. Kerja Kursus
Melalui sistem pembelajaran Tingkatan 6 yang baru, dengan adanya kerja kursus ini akan lebih banyak membantu pelajar. Ini kerana seperti konsep penilaian berasaskan sekolah, maka kerja kursus ini boleh dilakukan oleh pelajar dengan sebaik mungkin sebelum diberi gred yang selayaknya oleh para guru. Maka anda buatlah dengan terbaik mungkin.

04. Murid : Guru
Jika diperhatikan juga, nisbah murid per guru bagi pelajar Tingkatan 6 adalah jauh lebih kecil berbanding persekolahan biasa. Maka peluang ini boleh digunakan dengan sebaik mungkin oleh pelajar untuk mendapat tunjuk ajar yang lebih sempurna dan teliti daripada para guru. Mesti lebih pandai kan lepas nih.. ;)

05. Peluang ke IPT
Dikatakan juga, melalui Tingkatan 6, peluang untuk masuk ke IPT adalah lebih tinggi berbanding laluan-laluan lain. Sejauh mana kebenarannya tak p**a dipastikan. Walaubagaimanapun ada juga kebenarannya jika diperhatikan kepada jumlah pelajar Tingkatan 6 yang diterima masuk IPT berbanding laluan lain.

06. Setaraf Diploma
Sijil STPM dengan standard peperiksaan yang tinggi, adalah setaraf dengan Diploma. STPM juga adalah peperiksaan awam yang dikendalikan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia.

07. Yuran Murah
Sudah terang lagi bersuluh, bahawa yuran pengajian bagi Tingkatan 6 adalah jauh lebih murah berbanding yuran pengajian melalui laluan lain. Bagi pelajar yang mungkin kurang berkemampuan, pilihan ini adalah antara pilihan yang paling tepat, buat sementara waktu.

08. Ulang Subjek Gagal
Disebabkan sistem peperiksaan yang sudah tidak sama, maka sistem Tingkatan 6 yang baru ini membolehkan pelajar untuk mengulang subjek yang gagal. Mungkin keadaan kurang mengizinkan pada ketika itu, maka pelajar boleh mencantikkan lagi keputusan dengan mengambil semula kertas peperiksaan yang mendapat keputusan yang kurang baik.

09. Kursus Perguruan
Melalui Tingkatan 6 juga, peluang kepada pelajar untuk dipilih bagi mengikuti kursus perguruan adalah lebih tinggi. Kesesuaian subjek dan pilihan memberikan advantage kepada pelajar Tingkatan 6 untuk diutamakan.

10. Biasiswa
Bagi pelajar yang mendapat keputusan STPM yang baik, pelajar juga lebih mudah untuk ditawarkan biasiswa belajar, termasuk untuk ke luar negara.

11. Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Pengantar
Bagi sesetengah pelajar, pilihan ke Tingkatan 6 adalah disebabkan menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar. Ini juga merupakan satu kelebihan bagi pelajar yang mahir menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa untuk mendapatkan ilmu.

12. Perkara Tambahan
Antara perkara tambahan yang boleh juga dikira sebagai kelebihan naik Tingkatan 6 adalah boleh mengenakan pakaian biasa semasa menghadiri kelas. Selain daripada itu juga, disebabkan pelajar Tingkatan 6 merupakan pelajar paling dewasa dalam kalangan yang berada di sekolah, maka kebiasaannya mereka akan mendapat layanan yang berbeza berbanding pelajar-pelajar lain.

Walau apa pun juga laluan yang anda pilih, utamakan usaha anda bagi menggapai kejayaan. Kalau kena dengan caranya, maka laluan Tingkatan 6 ini mungkin merupakan pilihan terbaik anda.

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018 (ke UA/POLITEKNIK PREMIER & TVET...
15/05/2017

SEMAKAN KEPUTUSAN PERMOHONAN UPUONLINE BAGI LEPASAN SPM/SETARAF SESI AKADEMIK 2017/2018 (ke UA/POLITEKNIK PREMIER & TVET)

Untuk makluman semakan boleh dibuat pada tarikh 15 MEI 2017 (ISNIN), jam 12.30 tengah hari di Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut sila hubungi kami di talian helpline (03) 8870 8200.

Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi - 5.30 petang.

atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/

Jom ikuti kami di ;
INSTAGRAM
TWITTER




Untuk adik-adik lepasan SPM dan STPM 2016. Semoga berjaya πŸ˜ƒ
30/04/2017

Untuk adik-adik lepasan SPM dan STPM 2016. Semoga berjaya πŸ˜ƒ

14/04/2017

SEMAKAN TAWARAN KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2017, KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Sukacita dimaklumkan bahawa Semakan Tawaran ke Tingkatan Enam Tahun 2017 boleh dilakukan bermula 16 April 2017 sehingga 12 Mei 2017 di https://sst6.moe.gov.my .

Semakan juga boleh dilakukan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menghantar T6KPNoKP ke 15888

02/03/2017

Kejayaan demi kejayaan yang dilakar oleh para pelajar Prauniversiti Smk Seri Desa. Tahniah buat semua pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah serta kembalikan sejarah lama. Pelajar STPM 2016 merupakan pelajar yg terakhir menuntut di Smk Seri Desa. Inilah kejayaan dan hadiah buat Smk Seri Desa. Semoga anda semua terus cemerlang di masa hadapan. 😊

Untuk makluman semua. Jumlah pelajar tingkatan 6 2016 di Smk Seri Desa adalah seramai 39 orang. 18 orang telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang CGPA 3.0 keatas dan selebihnya 21 orang memperoleh keputusan CGPA 2.0 keatas.
Tahniah diucapkan kepada semua pelajar atas kecemerlangan anda. Tahniah juga buat warga pendidik Tingkatan 6 yang sentiasa memberi perangsang dan semangat kepada pelajar untuk cemerlang dalam STPM.

29/11/2016

29 November 2016, at 10 a.m.
Last paper for student economy have finished. See you guys next year for take the result. Good luck to all student form 6. We wish have a good result in STPM 2016. Happy holiday.! Take care 😊

Tiada kata yg boleh diungkapkan. Hanya kenangan yg akan ditinggalkan. Terima kasih buat guru-guru dan warga SMK SERI DES...
02/11/2016

Tiada kata yg boleh diungkapkan. Hanya kenangan yg akan ditinggalkan. Terima kasih buat guru-guru dan warga SMK SERI DESA yg telah banyak membantu, membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kami. Maafkan segala salah silap kami, kekurangan dan kelebihan kami dalam menguruskan pelbagai majlis di sekolah. Halalkan segalanya. Doakan kejayaan kami semua dalam STPM 2016. Hanya Allah jua yg mampu membalas-Nya.

Program 4 in 1- Hari Sukan Negara- Anugerah Ko-kurikulum- Anugerah HEM- Hari Koperasi SekolahTahniah kepada semua yang t...
08/10/2016

Program 4 in 1

- Hari Sukan Negara
- Anugerah Ko-kurikulum
- Anugerah HEM
- Hari Koperasi Sekolah

Tahniah kepada semua yang terlibat.

Setelah berhempas p**as. Akhirnya membuahkan hasil. Tahniah kepada semua kump**an. 39 pelajar tingkatan 6 telah menyerta...
11/08/2016

Setelah berhempas p**as. Akhirnya membuahkan hasil. Tahniah kepada semua kump**an. 39 pelajar tingkatan 6 telah menyertai kejohanan sukan Prauniversiti peringkat daerah. Pasukan bola jaring mendapat Johan manakala pasukan bola tampar A mendapat Naib Johan. Tahniah kpd semua pasukan bola jaring, bola tampar team A dan B dan futsal.

"Menempuh segala cabaran, Demi kemajuan SERI DESA" -PraUniversiti

Address

Tanjong Karang
45500

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MPP Prauniversiti SMK Seri Desa 2016 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share