JKR Cameron Highlands

Call Directions Website

JKR Cameron Highlands Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JKR Cameron Highlands, Pejabat Jurutera Daerah, JKR Cameron Highlands, Tanah Rata.

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SEJARAH TERCIPTA, SEKALI LAGI! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ31 Ogos 2026 β€” satu tarikh yang pastinya akan menjadi kenangan manis buat seluruh ...
01/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύβœ¨ SEJARAH TERCIPTA, SEKALI LAGI! βœ¨πŸ‡²πŸ‡Ύ

31 Ogos 2026 β€” satu tarikh yang pastinya akan menjadi kenangan manis buat seluruh warga JKR Cameron Highlands. ❀️

Bermula dengan persiapan, latihan, susun atur barisan, hiasan kereta, pakaian dan sepanduk… akhirnya segala usaha, masa dan tenaga yang dicurahkan membuahkan hasil yang cukup membanggakan. πŸ’ͺπŸ»πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ† 4 ANUGERAH BERJAYA DIRANGKUL:

πŸ₯‡ Johan – Kereta Berhias
πŸ₯‡ Johan – Pakaian Terbaik
πŸ₯‡ Johan – Keseragaman Barisan
πŸ₯‰ Ketiga – Sepanduk Terbaik

Dan yang paling bermakna…

πŸ† Piala Pusingan berjaya dibawa p**ang semula! πŸ†

Piala yang pernah menjadi milik JKR pada tahun 2025, kembali sekali lagi ke tangan JKR Cameron Highlands pada tahun 2026.

Sekali lagi sejarah tercipta! πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯

Namun di sebalik setiap kemenangan ini, ada begitu ramai insan yang bekerja keras di belakang tabir. Ada yang bertungkus-lumus menyiapkan hiasan, menyusun pakaian, berlatih perbarisan, memastikan keseragaman, menyediakan sepanduk dan memastikan semuanya berjalan lancar.

Tiada kejayaan yang hadir kerana seorang. Kejayaan ini milik kita bersama. ❀️

Terima kasih kepada seluruh team JKR Cameron Highlands atas komitmen, kerjasama, semangat dan kesungguhan yang diberikan. Tanpa kerjasama semua, kejayaan ini tidak mungkin dapat dicapai. πŸ‘πŸ»

Bangga menjadi sebahagian daripada pasukan ini.
Bangga dengan semangat kita.
Bangga dengan JKR Cameron Highlands. ❀️

πŸ“Έ Sedikit koleksi moment-moment sepanjang Hari Perbarisan Kemerdekaan Ke-69 β€” dari awal persiapan sehingga saat menerima kemenangan.

Tahniah Team JKR Cameron Highlands! πŸŽ‰πŸ‘πŸ»

πŸ‡²πŸ‡Ύ MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ“ΈGambar ihsan : Pejabat Daerah dan Tanah Cameron Highlands










01/09/2026
TAKLIMAT SEBUT HARGA DAN LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN MENAIKTARAF PERSIMPANGAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT TANAH RATA S...
17/08/2026

TAKLIMAT SEBUT HARGA DAN LAWATAN TAPAK BAGI CADANGAN MENAIKTARAF PERSIMPANGAN KE SEKOLAH KEBANGSAAN CONVENT TANAH RATA SERTA PERSIMPANGAN KE PERUMAHAN PRIMA VILLA, CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands, 13 Ogos 2026 – Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands telah melaksanakan Taklimat Sebut Harga dan Lawatan Tapak bagi cadangan menaiktaraf persimpangan ke Sekolah Kebangsaan Convent Tanah Rata berserta persimpangan ke Perumahan Prima Villa, Daerah Cameron Highlands, Pahang Darul Makmur.

Taklimat dan lawatan tapak ini dilaksanakan bagi memberikan penerangan berkaitan skop kerja yang dicadangkan serta memberi peluang kepada pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan gambaran sebenar mengenai keadaan dan keperluan di lokasi projek.

Lawatan tapak turut memberi tumpuan kepada aspek keadaan sedia ada persimpangan, keperluan kerja-kerja menaiktaraf, akses keluar masuk pengguna serta aspek keselamatan dan kelancaran pergerakan trafik di kawasan yang terlibat.

Pelaksanaan taklimat dan lawatan tapak ini merupakan salah satu langkah penting dalam memastikan proses perolehan dan pelaksanaan projek dapat dilaksanakan secara teratur, telus serta berdasarkan keadaan sebenar di tapak. Maklumat dan pemerhatian yang diperoleh juga dapat membantu pihak yang terlibat memahami skop serta keperluan kerja dengan lebih jelas.

Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands komited dalam memastikan setiap perancangan dan pelaksanaan projek infrastruktur dilaksanakan secara profesional, terancang dan berkualiti, khususnya bagi meningkatkan aspek keselamatan, keselesaan serta kemudahan akses kepada pengguna jalan raya dan komuniti setempat.





AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 β€” JKR DAERAH CAMERON HIGHLANDSCameron Highlands, 12 Ogos ...
17/08/2026

AUDIT DALAMAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI (SPK) MS ISO 9001:2015 β€” JKR DAERAH CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands, 12 Ogos 2026 – Jabatan Kerja Raya Daerah Cameron Highlands telah menerima kunjungan Pasukan Audit Dalaman JKR Negeri Pahang bagi pelaksanaan Audit Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015. Audit ini dilaksanakan sebagai usaha berterusan Jabatan untuk memastikan pematuhan penuh terhadap piawaian kualiti serta memperkukuh keberkesanan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Penilaian audit memberi tumpuan kepada dua bidang teras iaitu pengurusan projek dan pengurusan penyenggaraan. Bagi pengurusan projek, sasaran yang dinilai merangkumi penyerahan projek mengikut jadual dengan varians 10%, kawalan kos akhir dalam had siling yang diluluskan, prestasi perbelanjaan tahunan sebanyak 100% dengan varians 5%, serta tahap kepuasan pelanggan melebihi 70%. Bagi pengurusan penyenggaraan p**a, penilaian meliputi pematuhan Perjanjian Tahap Perkhidmatan bagi kerja pemulihan, ubah suai dan naik taraf, penyelesaian aduan pelanggan sebanyak 100% dengan varians 5%, serta tahap kepuasan pelanggan melebihi 70%.

Audit dalaman ini merupakan mekanisme penting bagi mengenal pasti tahap pematuhan, keberkesanan proses kerja dan ruang penambahbaikan dalam pengurusan projek dan penyenggaraan. Hasil audit ini akan terus memandu Jabatan dalam memastikan objektif kualiti yang ditetapkan dipantau dan dicapai secara berterusan.

JKR Daerah Cameron Highlands kekal komited terhadap penambahbaikan berterusan, pematuhan prosedur dan penyampaian perkhidmatan berkualiti tinggi demi memenuhi keperluan rakyat dan meningkatkan keyakinan pemegang taruh.





𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 π‚πžπ«πšπ¦πšπ‘ 𝐊𝐞𝐬𝐒𝐑𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐒𝐠𝐒𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 π‘πšπ°πšπ­πšπ§ 𝐆𝐒𝐠𝐒 π›πžπ«π€π¨π₯πšπ›πžπ«πšπ¬π’ 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊π₯𝐒𝐧𝐒𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐒𝐠𝐒𝐚𝐧 π‚πšπ¦πžπ«π¨π§ 𝐇𝐒𝐠𝐑π₯𝐚𝐧𝐝𝐬Program Cera...
29/07/2026

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 π‚πžπ«πšπ¦πšπ‘ 𝐊𝐞𝐬𝐒𝐑𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐒𝐠𝐒𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 π‘πšπ°πšπ­πšπ§ 𝐆𝐒𝐠𝐒 π›πžπ«π€π¨π₯πšπ›πžπ«πšπ¬π’ 𝐝𝐞𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐊π₯𝐒𝐧𝐒𝐀 𝐏𝐞𝐫𝐠𝐒𝐠𝐒𝐚𝐧 π‚πšπ¦πžπ«π¨π§ 𝐇𝐒𝐠𝐑π₯𝐚𝐧𝐝𝐬

Program Ceramah Kesihatan Pergigian dan Rawatan Gigi berkolaberasi dengan Klinik Pergigian Cameron highlands telah berjaya dilaksanakan pada 29 Julai 2026 di Stor JKR Cameron Highlands dengan penyertaan yang amat menggalakkan.

Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan pergigian, di samping memberi peluang kepada para peserta mendapatkan pemeriksaan serta rawatan pergigian secara terus daripada pegawai pergigian yang bertauliah.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini, khususnya barisan pegawai kesihatan pergigian, urus setia serta para peserta yang telah memberikan kerjasama sepanjang program berlangsung.

Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi membudayakan amalan penjagaan kesihatan pergigian yang baik dan melahirkan masyarakat yang lebih sihat.





Address

Pejabat Jurutera Daerah, JKR Cameron Highlands
Tanah Rata
39000

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

054911105

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JKR Cameron Highlands posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share