MTSU Caw. Pk. Utara

MTSU Caw. Pk. Utara MALAYAN TECHNICAL SERVICES UNION (MTSU) Sekiranya Anda Berlainan Dari KOD J, Tetapi Skop Tugas adalah Teknikal disebabkan Penambahbaikan Skim 252.

MALAYAN TECHNICAL SERVICES UNION. /
KESATUAN PERKHIDMATAN TEKNIK SEMENANJUNG MALAYSIA.

***MAKLUMAN***

*Sesiapa Yang Ingin Menjadi keahlian MTSU, Anda Boleh Hubungi Kami Beralamat Seperti Di Lokasi Google Map.*

**Keahlian Adalah Terdiri Dari Teknikal & Gred-Gred Seimbang, Terutamanya Seperti KOD (J). Contohnya Seperti Tenaga Pengajar Di Jabatan Penjara Malaysia, Yang Telah Ditukarkan KOD (J) Ke

Kepada KOD (DV).**

***Kakitangan dari Jabatan Ukur (JUPEM) Juga boleh menyertai keahlian Dari Gred 11 hingga 40 iaitu KOD (H) & (J) skop tugas berkaitan teknikal sahaja...***

****Marilah Kita Sama-Sama Memberi Sokongan Ke atas Kesatuan-Kesatuan Kerja, Kerana Kesatuan Yang Akan Membela Nasib Kita Untuk Sesuatu Penambahbaikan Skim & Gred, Agar Kita Bergerak Lebih Maju & Berdaya Saing Ke Arah Negara Maju.****

Mohon share bagi yang berkaitan dengan teknikal

Sekian...

04 April 2018 (Rabu)INTIPATI AMANAT PM PADA MAPPA KALI KE-161. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana da...
04/04/2018

04 April 2018 (Rabu)

INTIPATI AMANAT PM PADA MAPPA KALI KE-16

1. Pemendekan Time Based Service untuk Kumpulan Pelaksana dari 13 tahun kepada 10 tahun bagi urusan kenaikan pangkat.

2. Menubuhkan Gred DG56 bagi membolehkan pergerakan tangga gaji and pangkat bagi yang telah memegang Gred DG54 dalam tempoh lama.

3. Pemanjangan kemudahan perubatan kepada ibu bapa pegawai lantikan kontrak melibatkan sebanyak 42,800 pegawai.

4. Sumbangan dana tahunan ke CEUPACS sebanyak sekurangnya 3 juta setahun.

5. Kemudahan cuti tanpa rekod keagamaan selama 7 hari bagi tujuan umrah kepada umat Islam dan juga kepada bukan beragama Islam untuk tujuan keagamaan masing masing bagi sepanjang perkhidmatan.

6. Faedah perasaraan pada tahun 2018 adalah sebanyak RM 24 billion. Kenaikan kadar pencen sebanyak 1% bagi semua pesara kerajaan mulai Julai 2018 secara one - off.

7. Aktiviti aktiviti pesara. Memberikan geran khas sebanyak RM 1 juta setiap satu badan pesara kerajaan.

8. Kebajikan pesara. Pesara pesara kerajaan akan ditentukan tambahan quota haji bergantung kepada allocation kerajaan Arab Saudi kepada kerajaan Malaysia.

9. Kesetiaan penjawat kepada kerajaan. Nak balik tangan kosong? Jangan harap. Maka dengan ini, pemberian Kenaikan Tangga Gaji sebanyak 1 Tangga Gaji kepada semua penjawat awam dengan implikasi kewangan sebanyak RM1.4 billion mulai Julai 2018.

***Tertakluk kepada pekeliling***





Presiden MTSU merangkap Timb. Presiden CUEPACS Tuan Hj. Shaman Jais & Jawatankuasa MTSU Cawangan Perak Utara, turut menz...
03/04/2018

Presiden MTSU merangkap Timb. Presiden CUEPACS Tuan Hj. Shaman Jais & Jawatankuasa MTSU Cawangan Perak Utara, turut menziarahi keluarga Allahyarham D.Mohd Hapizi.


03/11/2017
17/10/2017

Dikesempatan ini, MTSU Cawangan Perak Utara mengucapkan selamat hari depawali kepada semua kaum India beragama Hindu, selamat menyambut hari Deepavali...


02/10/2017

Pemuda Amanah menyokong gesaan Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) yang meminta kerajaan mengkaji kadar gaji penjawat awam.

30/09/2017

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mengharapkan berita baik untuk penjawat awam dalam Bajet 2018 yang bakal dibentangkan kelak.

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung (MJA) MTSU ke 3 Sesi 2016/2019 Pada 07/07/17 Di KOHO Hotel Jalan Kebun Teh Johor Bah...
09/07/2017

Mesyuarat Majlis Jawatankuasa Agung (MJA) MTSU ke 3 Sesi 2016/2019 Pada 07/07/17 Di KOHO Hotel Jalan Kebun Teh Johor Bahru, Johor

22/05/2017

SEREMBAN 18 Mei - Tidak merokok dan memiliki berat badan seimbang mungkin dijadikan antara kriteria dalam memilih penjawat awam yang layak menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang di negeri ini.

Saudara NOR AZIM BIN HASHIM adalah Penyemak Penyata Kira-kira I & Saudari NOR AMIRA BINTI AZIZ adalah Penyemak Penyata K...
16/05/2017

Saudara NOR AZIM BIN HASHIM adalah Penyemak Penyata Kira-kira I & Saudari NOR AMIRA BINTI AZIZ adalah Penyemak Penyata Kira-kira II.

Pengerusi & Setiausaha MTSU Cawangan Perak Utara, telah menyerahkan sumbangan Khairat Kematian Kepada Saudari MAZLINA BI...
16/05/2017

Pengerusi & Setiausaha MTSU Cawangan Perak Utara, telah menyerahkan sumbangan Khairat Kematian Kepada Saudari MAZLINA BINTI MOHAMED, Balu kepada Allahyarham Saudara SHAROL BIN YOOP. Penyerah tersebut belangsung di Pejabat JKR larut Matang & Selama Taiping, bertarikh 16 Mei 2017 (selasa) jam 3.00 petang.

Allahyarham adalah kakitangan dari JUPEM Taiping seksyen Topografi Wilayah Semenanjung.

Kami Mewakili dari Ibu Pejabat MTSU dan Cawangan Perak Utara, Mengucapkan Salam Takziah buat Saudari MAZLINA
serta seluruh Ahli Keluarga Allahyarham

Marilah sama-sama kita mendoakan semoga roh beliau dicucuri rahmat serta ditempatkan orang-orang yang beriman.

Al-fatihah…

بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَٰلَمِينَ
ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ
مَٰلِكِ يَوْمِ ٱلدِّينِ
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
ٱهْدِنَا ٱلصِّرَٰطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ
صِرَٰطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا ٱلضَّآلِّين

Address

JABATAN KERJA RAYA LARUT MATANG & SELAMA TAIPING, Jalan ISTANA LARUT
Taiping
34000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MTSU Caw. Pk. Utara posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share