9bulan10hari

9bulan10hari 🍓Buku 9Bulan10Hari = Perkahwinan - Merancang Kehamilan - Hamil - Kelahiran - Pantang - Didik Anak2🍓
(740)

Aamiin Ya Allah ❤️
08/06/2026

Aamiin Ya Allah ❤️

08/06/2026
Seorang lelaki mungkin tidak selalu bercerita tentang penat lelahnya. Dia sanggup berkorban masa, tenaga dan impian send...
08/06/2026

Seorang lelaki mungkin tidak selalu bercerita tentang penat lelahnya. Dia sanggup berkorban masa, tenaga dan impian sendiri demi memastikan isteri dan anak-anaknya tidak kekurangan.

Baginya, kebahagiaan bukan pada apa yang dimiliki untuk dirinya, tetapi pada senyuman keluarga yang disayanginya. Melihat isteri hidup tenang, anak-anak membesar dengan baik dan rumah tangga dipenuhi kasih sayang adalah kepuasan yang sukar digambarkan.

Kerana bagi seorang suami yang bertanggungjawab, kejayaan sebenar bukanlah kemewahan yang dipamerkan kepada dunia, tetapi keluarga yang dapat dijaga dengan sebaik-baiknya.

07/06/2026

Esok sekolah ye. Jangan lupa set alarm mommy 😁😁😁

"HANYA isteri je yang benar-benar kenal suaminya luar & dalam..."Ramai yang nampak seorang lelaki ketika dia tersenyum, ...
07/06/2026

"HANYA isteri je yang benar-benar kenal suaminya luar & dalam..."

Ramai yang nampak seorang lelaki ketika dia tersenyum, bergurau dan kelihatan kuat.

Tetapi seorang isteri melihat sisi yang orang lain tidak nampak.

Dia tahu apa yang merisaukan suaminya ketika malam. Dia tahu apa yang suaminya pendam walaupun mulut berkata "abang okay". Dia tahu penat lelah, kelemahan, impian dan luka yang disembunyikan daripada dunia.

Sebab itu dalam rumahtangga, jangan terlalu cepat menilai seorang suami hanya berdasarkan apa yang kita lihat dari luar.

Kadang-kadang seorang isteri mempertahankan suaminya bukan kerana dia tak nampak kekurangan suaminya, tetapi kerana dia lebih tahu keseluruhan cerita yang orang lain tidak tahu.

Begitu juga seorang suami. Hargailah isteri yang sentiasa memahami dan menyimpan aib kita. Kerana dia bukan sekadar pasangan hidup, tetapi saksi perjalanan hidup yang paling dekat dengan kita.

Bila Allah satukan dua hati dalam perkahwinan, mereka menjadi tempat paling selamat untuk saling mengenali, memahami dan menjaga antara satu sama lain. ❤️

Ada suami yang tak pandai bermain kata-kata.Tak reti ayat manis.Tak tahu nak tulis caption romantik panjang-panjang.Nak ...
06/06/2026

Ada suami yang tak pandai bermain kata-kata.
Tak reti ayat manis.
Tak tahu nak tulis caption romantik panjang-panjang.
Nak puji isteri pun kadang-kadang bunyi kekok.

Tapi dialah lelaki yang setiap hari tetap pulang kepada isterinya.
Dialah yang diam-diam fikir macam mana nak cukupkan belanja rumah.
Yang walaupun penat, tetap gagahkan diri kerja demi keluarga.

Dia mungkin jarang cakap “I love you”.
Tapi dia pastikan motor ada minyak.
Dia pastikan anak-anak boleh makan.
Dia pastikan isterinya tak tidur dalam risau.

Ada lelaki…
cara cintanya bukan pada kata-kata,
tetapi pada tanggungjawab yang tak pernah dia tinggalkan.

Kadang isteri terluka sebab suami nampak dingin.
Tapi hakikatnya, ada lelaki memang dibesarkan dalam dunia yang mengajar mereka pendam semuanya sendiri.
Sedih dipendam.
Penat disorok.
Rindu pun disimpan.

Mereka bukan tak sayang.
Mereka cuma tak pandai menunjukkan.

Sebab itu jangan ukur kasih seorang suami hanya pada romantik mulutnya.
Lihat juga pada usahanya yang tak pernah berhenti.
Lihat pada kesetiaannya ketika susah.
Lihat pada dirinya yang tetap memilih keluarga walaupun dunia di luar penuh godaan.

Kerana ada lelaki yang tidak pandai berbicara tentang cinta…
tetapi seluruh hidupnya sebenarnya sedang membuktikan cinta itu.

Address

BLOCK C NO. 16 Jalan TP 6, TAMAN PERINDUSTRIAN SUBANG UEP
Subang Jaya
47620

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00

Telephone

+601156447910

Website

https://edisiketiga.9bulan10hari.com/

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when 9bulan10hari posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to 9bulan10hari:

Share