Koperasi Iskandar Puteri Berhad

Koperasi Iskandar Puteri Berhad Membangun Bersama Anggota

17/08/2025

Puteri Mart MBIP

MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN SEMPENA PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI KOPERASI DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERIK...
17/08/2025

MAJLIS BACAAN DOA SELAMAT DAN KESYUKURAN SEMPENA PERASMIAN PEMBUKAAN KEDAI KOPERASI DI MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

KOPERASI ISKANDAR PUTERI BERHAD,
ARAS BAWAH, PEJABAT MEDINI,
06 0G0S 2025 | RABU

Koperasi Iskandar Puteri Berhad telah mengadakan majlis ini sempena pembukaan kedai koperasi yang telah dirasmikan oleh YBhg Tuan Haji Hasrin Kamal bin Hashim, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan diringi oleh Tuan Shahrulizam bin Abd Rashid, Timbalan Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Tuan Ir. Ts. Mohd Zamri bin Buang Pengerusi Koperasi Iskandar Puteri Berhad,

Turut sama memeriahkan majlis ini ialah Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Pegawai Institut Koperasi Malaysia, Ahli majlis, Pengarah Jabatan, Ahli Lembaga Koperasi dan seluruh anggota Koperasi Iskandar Puteri Berhad

Majlis tersebut diadakan dengan tujuan sebagai penghargaan buat semua pihak yang terlibat di dalam menjayakan pembukaan kedai koperasi ini untuk kemudahan mendapatkan barangan harian, minuman dan makanan buat semua kakitangan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

‘MEMBANGUN BERSAMA ANGGOTA’

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-3KOPERASI ISKANDAR PUTERI BERHAD30 JUN 2025 | ISNIN Koperasi Iskandar Puteri Berhad tela...
17/08/2025

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-3
KOPERASI ISKANDAR PUTERI BERHAD
30 JUN 2025 | ISNIN

Koperasi Iskandar Puteri Berhad telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahuanan buat julung kalinya di Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri pada 30 Jun 2025, Isnin jam 2.00 petang.

Program tersebut diadakan dengan tujuan untuk menimbang dan meluluskan pendapatan dan perbelanjaan koperasi serta peantikan Anggota Lembaga Koperasi. Seramai 185 orang anggota yang telah hadir. Dividen keuntungan telah diumumkan sebanyak 10%.

Mesyuarat Agung Tahunan ini telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Ir. Ts. Mohd Zamri bin Buang, Pengerusi Koperasi Iskandar Puteri Berhad.

‘MEMBANGUN BERSAMA ANGGOTA’

28/01/2025

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU CINA
GONG XI FA CAI

IKHLAS DARIPADA
DATUK BANDAR
AHLI-AHLI MAJLIS DAN WARGA KERJA
MAJLIS BANDARAYA ISKANDAR PUTERI

16/09/2024

SALAM MAULIDUR RASUL 1446H / 2024M

"Al-Falah Pemacu Maju Johor"

SEMINAR PEMERKASAAN KAWALAN PENGURUSAN TRAFIK DI KAWASAN PEMBANGUNAN ISKANDAR PUTERI “EMPOWERING TRAFIK MANAGEMENT FOR A...
12/09/2024

SEMINAR PEMERKASAAN KAWALAN PENGURUSAN TRAFIK DI KAWASAN PEMBANGUNAN ISKANDAR PUTERI “EMPOWERING TRAFIK MANAGEMENT FOR ALL”

11 & 12 September 2024 | Dewan Utama, MBIP

Seramai hampir 250 orang Peserta kursus adalah terdiri daripada Penjawat Awam Kakitangan Teknikal, Jabatan Kejuruteraan PBT, Jabatan Penguatkuasaan PBT, Pemaju Perumahan, Konsultant, Kontraktor, Syarikat Utiliti dan Syarikat Konsesi.

Turut hadir sama penyertaan dari pihak berkuasa tempatan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Perbadanan Putrajaya, Majlis Perbandaran Kuala Selangor, Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya, Majlis Perbandaran Batu Pahat, Majlis Perbandaran Kulai dan Majlis Perbandaran Pontian.

Pengurusan Trafik semasa kerja pembinaan adalah salah satu fungsi yang terpenting pada masa kini. Setiap pihak perlu cakna terhadap pematuhan pengurusan trafik. Ianya perlu dirancang, diatur, dikawal dan dilaksanakan dengan betul untuk memastikan tapak projek mematuhi keperluan trafik dan undang-undang. Kursus ini akan diberikan 20 mata CCD CIDB dan 9 mata CPD MBOT.

Kursus ini disempurnakan oleh Yang Dihormati Ts. Mohd Zamri bin Buang, Jurutera Majlis Bandaraya Iskandar Puteri merangkap Pengerusi Koperasi Iskandar Puteri Berhad. Ucapan terima kasih buat kedua-dua penceramah dari CIDB iaitu Encik Suhaimy bin Md Noh dan Encik Ab Razak bin Rahman.

Terima kasih juga diucapkan kepada barisan Ahli Lembaga Koperasi dan Urusetia yang menyumbang idea dan tenaga dalam menjayakan kursus ini. InshaAllah kita akan berjumpa lagi nanti di kursus yang akan datang.

Sekian.

PELAWAAN UNTUK MENYERTAI SEMINAR PEMERKASAAN KAWALAN PENGURUSAN TRAFIK DI KAWASAN PEMBANGUNAN ISKANDAR PUTERI“EMPOWERING...
04/08/2024

PELAWAAN UNTUK MENYERTAI SEMINAR PEMERKASAAN KAWALAN PENGURUSAN TRAFIK DI KAWASAN PEMBANGUNAN ISKANDAR PUTERI

“EMPOWERING TRAFFIC MANAGEMENT FOR ALL”

JEMPUTAN TERBUKA UNTUK SEMUA

📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣📣
Koperasi Iskandar Puteri Berhad dan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri akan menganjurkan Seminar tersebut sebagaimana ketetapan berikut :

Tarikh : 11 & 12 September 2024
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Utama, Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Daftar Penyertaan di pautan online google form : https://forms.gle/nV8dwjjD5pTRH6J7A

Yuran penyertaan :
1) Agensi Swasta/ Badan Profesional : RM850 per pax (RM750/pax – 3 orang ke atas)
2) Agensi Kerajaan/PBT/Badan Berkanun : RM650 per pax (RM550/pax – 3 orang ke atas)
3) Pelajar Sepenuh Masa : RM550 per pax (RM450/pax – 3 orang ke atas)

Kaedah bayaran :
1. Pesanan Kerajaan (LO); atau
2. Bank Draf; atau
3. Perbankan Internet.

Bank : CIMB Islamic Bank
No. Akaun : 8603565268
Nama : KOPERASI ISKANDAR PUTERI BERHAD

Tarikh Tutup penyertaan pada 5 September 2024 (Khamis)

Pengiktirafan : Program Seminar bagi Pembangunan Kontraktor (CCD POINT CIDB) dan Profesional (CPD POINT MBOT).

PENYELARAS SEMINAR 😗

Puan Ruzitah binti Salleh
E-mel : [email protected]
Tel : 07-5555000 samb.5139
wa.me/60197227301

Puan Serimah binti Sahak
E-mel : [email protected]
Tel : 07-5555000 samb.5850
wa.me/60137744297

Jumpa anda di SANA !!

Sekian, terima kasih.

Tahniah JDT
22/07/2023

Tahniah JDT

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA JOHOR DARUL TA'ZIM (JDT) DI ATAS KEMENANGAN PERLAWANAN BOLA SEPAK JUARA PIALA FA 2023

Ikhlas daripada
Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad
Datuk Bandar
Ahli Majlis dan warga kerja
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

30/06/2023

Merafak sembah dengan ucapan setinggi-tinggi tahniah serta ucap selamat kepada

Duli Yang Amat Mulia Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
Tunku Mahkota Johor

Sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan
pada 30 Jun 2023 bersamaan 11 Zulhijjah 1444H

Semoga Allah melanjutkan usia DYAM Tunku

Sembah takzim daripada
Dato' Haji Mohd Haffiz bin Haji Ahmad
Datuk Bandar
Ahli Majlis dan warga kerja
Majlis Bandaraya Iskandar Puteri

Selamat Hari Raya Aidiladha 10 Zulhijah 1444H Ikhlas daripada Anggota Lembaga Koperasi Iskandar Puteri Berhad
29/06/2023

Selamat Hari Raya Aidiladha
10 Zulhijah 1444H
Ikhlas daripada Anggota Lembaga Koperasi Iskandar Puteri Berhad


KURSUS PENGURUSAN TRAFIK BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DI DALAM REZAB JALAN AWAM30 & 31 Mei 2023 | Auditorium, Aras 1...
04/06/2023

KURSUS PENGURUSAN TRAFIK BAGI KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN DI DALAM REZAB JALAN AWAM

30 & 31 Mei 2023 | Auditorium, Aras 1 MBIP

Peserta kursus adalah terdiri daripada Penjawat Awam Kakitangan Teknikal, Kontraktor, Syarikat Utiliti, Syarikat Konsesi dan konsultan.

Pengurusan Trafik semasa kerja pembinaan adalah salah satu fungsi yang terpenting pada masa kini. Ianya perlu dirancang, diatur, dikawal dan dilaksanakan dengan betul untuk memastikan tapak projek mematuhi keperluan trafik dan undang-undang. Kursus ini telah diberikan 20 mata CCD CIDB.

Kursus ini disempurnakan oleh Yang Dihormati Puan Hajah Khasanah Binti Sufa’at & Supaat, Setiausaha Majlis Bandaraya Iskandar Puteri dengan diiringi Ts. Mohd Zamri bin Buang, Pengerusi Koperasi Iskandar Puteri Berhad.

Selamat Hari Guru‘Guru Insan Pemangkin Generasi Madani’Ikhlas daripadaAhli LembagaKoperasi Iskandar Puteri Berhad
16/05/2023

Selamat Hari Guru
‘Guru Insan Pemangkin Generasi Madani’

Ikhlas daripada
Ahli Lembaga
Koperasi Iskandar Puteri Berhad

Address

Skudai

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Koperasi Iskandar Puteri Berhad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Koperasi Iskandar Puteri Berhad:

Share