05/10/2026
KEM PEMANTAPAN JATI DIRI PELAJAR KOLEJ KOMUNITI S*K 2026
Seramai 40 orang pelajar Kolej Komuniti S*k telah menyertai Kem Pemantapan Jati Diri Pelajar Kolej Komuniti S*k 2026 yang berlangsung pada 1 hingga 3 Oktober 2026 di Puncak Beris Lake Town Resort, S*k, Kedah. Program ini dianjurkan bagi memperkukuh sahsiah, disiplin, kepimpinan serta semangat kerjasama dalam kalangan pelajar.
Sepanjang program berlangsung, para peserta telah mengikuti pelbagai aktiviti pembangunan diri yang mencabar dan berimpak tinggi. Aktiviti yang dijalankan bukan sahaja membantu meningkatkan keyakinan diri, malah turut memupuk nilai-nilai murni, semangat berpasukan dan daya tahan mental dalam menghadapi cabaran masa hadapan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Kem Pemantapan Jati Diri Pelajar Kolej Komuniti S*k 2026. Terima kasih kepada pihak pengurusan Kolej Komuniti S*k, barisan jawatankuasa pelaksana, fasilitator, Pn Yusfizawanis dan Puan Rozie selaku trainer jemputan, urus setia serta semua peserta yang telah memberikan komitmen, kerjasama dan sokongan sepanjang program berlangsung.
Semoga segala usaha dan sumbangan yang diberikan menjadi pemangkin kepada kejayaan serta kecemerlangan pelajar pada masa hadapan. Diharapkan jalinan kerjasama dan semangat yang terhasil sepanjang program ini akan terus mekar demi melahirkan graduan TVET yang berdaya saing, berakhlak dan berketerampilan.