Terra Tropika Agriculture

Terra Tropika Agriculture Agriculture consultants with a passion for fruit trees. We supply tropical fruit trees and provide advisory for any planting issues and development.
(2)

12/08/2026

๐—ž๐—จ๐—ฅ๐—ฆ๐—จ๐—ฆ ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐—ž๐—ก๐—ข๐—Ÿ๐—ข๐—š๐—œ ๐—•๐—จ๐—”๐—›-๐—•๐—จ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—œ๐—ž๐—”

Jom sertai Kursus Asas Teknologi Buah-Buahan Tropika pada 22 Ogos ini! ๐Ÿ๐Ÿฅฅ

Anda akan dibawa menaiki tram di sekitar Selangor Fruits Valley sambil belajar 10 jenis buah-buahan tropika ๐Ÿšƒ

Info pendaftaran di komen ๐Ÿ‘‡๐Ÿป

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—š๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ฆBahang dah mula terasa.Pokok yang telah dimanjakan dengan huj...
09/08/2026

๐—ง๐—œ๐—ฃ๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—ข๐—ž๐—ข๐—ž ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก ๐—™๐—”๐—ฆ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—š๐—”๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฆ๐—˜๐— ๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—”๐—ฆ

Bahang dah mula terasa.

Pokok yang telah dimanjakan dengan hujan sejak 1-2 bulan lepas kini akan diuji dengan ketibaan Super El Nino yang membawa cuaca panas dan kering.

Di sini kami kongsikan checklist aktiviti dan input yang anda perlu sediakan bagi menghadapi kemarau yang dijangka berlanjutan berbulan lamanya.

Silakan share kepada rakan-rakan anda jika bermanfaat!

06/08/2026

Daun dan pucuk baharu yang keluar kecil?

Ini petanda stress kekurangan nutrien, cuaca panas, serangga atau penyakit.

Sebelum membaja, pulihkan daun dengan Cytoauxins terlebih dahulu!

โ€œ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—ข, ๐— ๐—”๐—–๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ?โ€Soalan ini kerap kali kami dengar dari pekebun dan rakan tani musim ini.K...
05/08/2026

โ€œ๐—ฃ๐—˜๐— ๐—•๐—ข๐—ฅ๐—ข๐—ก๐—š ๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฅ๐— ๐Ÿฎ ๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—Ÿ๐—ข, ๐— ๐—”๐—–๐—”๐— ๐—”๐—ก๐—” ๐—ก๐—”๐—ž ๐—›๐—œ๐——๐—จ๐—ฃ?โ€

Soalan ini kerap kali kami dengar dari pekebun dan rakan tani musim ini.

Kalau pemborong ambil Musang King dengan harga RM8-10 sekilo, mana tak nya buah Durian Kampung ditawar dengan harga RM2 sekilo, malah rendah lagi?

โ€œJadi, apa solusi tuan?โ€

โ€œSaya promote di Facebook dan buka pintu kebun kepada sesiapa yang nak merasa Durian fresh dan berkualiti direct dari kebun.

Harga tu saya boleh letak dalam RM5-10 sekilo untuk pokok Kampung, klon macam D2, Musang King dan Duri Hitam boleh lah capai RM20-25 sekilo ikut kuantiti buah yang ada pada hari tu.

๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ถ๐—ป๐—ด ๐—ฏ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ท๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ป.โ€

Ayat tu juga lah yang kami selalu dengar berulang-kali.

Dengan harga jatuh merudum dua musim berturut-turut, pekebun kini hanya fikir untuk survive.

Apabila harga borong dah tak masuk akal, strategi kebanyakan client kami terus beralih kepada direct selling.

Promote online.

Makan dalam kebun.

Buah datang terus dari sumbernya.

Buah tak elok terus ganti.

Alhamdulillah, rakan tani kami ini memberi feedback yang baik mengenai kualiti buahnya musim ini.

Rata-rata pengunjung yang merasai buah beliau sangat berpuas hati dan berpesan โ€œada buah musim akan datang nanti bagitau ya.โ€

Sekarang, cabarannya beralih kepada kami.

Kalau buah Musang King dan Duri Hitam dijual runcit RM15-25 sekilo, takkan nak masih beli baja sampai RM200-300 seguni?

Dengan harga ini, pekebun dan mula kira โ€œbackwards.โ€

Kalau unjuran pendapatan sekarang berdasarkan harga RM15 sekilo secara purata, kat mana nak jimat kos?

Bermula dari premis ini lah kami sudah mula adjust SOP pembajaan fasa bunga buah.

โœ… Tukar input yang lebih murah tetapi membawa hasil yang sama, malah lebih baik dari input digunakan selama ini.

โœ… Memilih nutrien khusus untuk setiap fasa bunga dan buah - beri apa yang pokok betul-betul nak pada masa tersebut.

โœ… Mula meneliti penggunaan hormon PBZ yang boleh menjimatkan kos sehingga 30-40%

Ini hanya lah beberapa pendekatan yang mula diambil dalam membantu rakan tani yang pokok sudah mencapai kematangan dan mengeluarkan hasil.

Harga buah kita tidak boleh kawal tapi kita boleh kawal apa yang kita boleh kawal - kos pengurusan kebun kita.

Jadi, ini lah masanya untuk pendekatan baharu - lebih bijak, lebih cekap dan lebih jimat.

04/08/2026

Baru-baru ini penyakit Antraknos Daun kian mengganas sehinggakan pokok meranting.

Jom tengok simptom jangkitan Antraknos, hubungan dengan Fusarium dan cara rawatan!

๐—๐—ข๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—”๐—œ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—›-๐—•๐—จ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—œ๐—ž๐—”!Pernahkah anda terfikir bagaimana durian, manggis, rambutan, nangka, p**asan dan p...
03/08/2026

๐—๐—ข๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ข๐—ž๐—”๐—œ ๐——๐—จ๐—ก๐—œ๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—›-๐—•๐—จ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ง๐—ฅ๐—ข๐—ฃ๐—œ๐—ž๐—”!

Pernahkah anda terfikir bagaimana durian, manggis, rambutan, nangka, p**asan dan pelbagai buah tropika diusahakan secara sistematik, profesional dan berskala ladang?

Kini peluang anda untuk melihat dan mempelajari sendiri daripada mereka yang berpengalaman!

๐Ÿš‹ ๐—ง๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—œ๐˜€๐˜๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐˜„๐—ฎ! ๐—ก๐—ฎ๐—ถ๐—ธ๐—ถ ๐—ง๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ ๐—™๐—ฟ๐˜‚๐—ถ๐˜ ๐—ฉ๐—ฎ๐—น๐—น๐—ฒ๐˜† ๐—ฑ๐—ฎ๐—ป ๐—ป๐—ถ๐—ธ๐—บ๐—ฎ๐˜๐—ถ ๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐˜๐—ฎ๐—ป ๐—ฒ๐—ธ๐˜€๐—ธ๐—น๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ณ ๐—ธ๐—ฒ ๐˜€๐—ฒ๐—ต๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ ๐Ÿญ๐Ÿฌ ๐—ท๐—ฒ๐—ป๐—ถ๐˜€ ๐˜๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—บ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต-๐—ฏ๐˜‚๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ป ๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—ฝ๐—ถ๐—ธ๐—ฎ ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐˜€๐—ฎ๐˜๐˜‚ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ ๐Ÿš‹

๐ŸˆAnda akan pelajari teknik:

โœ… Penanaman
โœ… Pembajaan
โœ… Pemangkasan
โœ… Kawalan perosak & penyakit

Gabungan teori di dalam kelas dan praktikal di ladang menjadikan pembelajaran lebih mudah difahami dan menyeronokkan.

๐ŸŒณ Durian โ€ข Manggis โ€ข Rambutan โ€ข Pulasan โ€ข Nangchem โ€ข Tarap โ€ข Kelapa โ€ข Nanas โ€ข Ciku โ€ข Jambu Lohan dan banyak lagi!

๐ŸŽฏ Kursus ini sesuai untuk

โœ”๏ธ Bakal usahawan pertanian
โœ”๏ธ Petani dan pekebun
โœ”๏ธ Pengusaha dusun
โœ”๏ธ Penggemar pertanian
โœ”๏ธ Sesiapa yang ingin menambah ilmu dalam bidang buah-buahan tropika

Jangan lepaskan peluang untuk menimba ilmu sambil menikmati pengalaman menjelajah Selangor Fruits Valley dengan tram!

๐Ÿ—“๏ธ 22 Ogos 2026 (Sabtu)
โฐ 9 pagi - 5 petang
๐Ÿ“ Selangor Fruits Valley, Bestari Jaya
๐Ÿ’ฐ RM200 termasuk makan minum, nota dan pakej lawatan tram ke ladang

๐Ÿ“ž Tempat adalah terhad. Daftar sekarang, terbuka kepada 30 peserta sahaja โžก๏ธ https://wa.me/60192051669

๐—๐—จ๐— ๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—œ ๐—”๐—š๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—”๐——๐—ง๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—จ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!Belang Harimau?Isi Mengkal?Tip Burn?Pekebun Durian yang sudah mula mengel...
03/08/2026

๐—๐—จ๐— ๐—ฃ๐—” ๐—ž๐—”๐— ๐—œ ๐——๐—œ ๐—”๐—š๐—ง๐—˜๐—–๐—› ๐—ก๐—”๐—ง๐—œ๐—ข๐—ก ๐—ฅ๐—ข๐—”๐——๐—ง๐—ข๐—จ๐—ฅ ๐—ฅ๐—”๐—จ๐—• ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!

Belang Harimau?

Isi Mengkal?

Tip Burn?

Pekebun Durian yang sudah mula mengeluarkan hasil mesti pernah mengalami masalah kualiti buah, lagi-lagi variety Musang King.

Jadi, pada 15hb Ogos 2026 ini, kami diberi peluang untuk mengupas topik ๐™„๐™จ๐™ช ๐™†๐™ช๐™–๐™ก๐™ž๐™ฉ๐™ž ๐˜ฝ๐™ช๐™–๐™ ๐˜ฟ๐™ช๐™ง๐™ž๐™–๐™ฃ - ๐˜พ๐™–๐™™๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™‹๐™š๐™ฃ๐™ฎ๐™š๐™ก๐™š๐™จ๐™–๐™ž๐™–๐™ฃ di AgTech Nation Roadtour bertempat di Sungai Ruan, Raub.

Kami akan membincangkan fisiologi buah Durian serta masalah yang dihadapi pada setiap fasa pengisian buah.

Selepas itu, kami turut membentangkan langkah-langkah untuk mengatasi isu-isu ini.

Slot kami pada hari Sabtu jam 2:00 โ€“ 2:30 petang dan masuk adalah PERCUMA.

Jumpa anda semua di AgTech Nation Roadtour Raub!

๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก '๐—ฅ๐—˜๐—๐—˜๐—–๐—ง'Musim Durian sudah tamat di kebanyakan negeri utama.Baru-baru ini, Harian M...
31/07/2026

๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—› ๐——๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—”๐— ๐—•๐—”๐—ž๐—”๐—ก ๐——๐—จ๐—ฅ๐—œ๐—”๐—ก '๐—ฅ๐—˜๐—๐—˜๐—–๐—ง'

Musim Durian sudah tamat di kebanyakan negeri utama.

Baru-baru ini, Harian Metro telah menemubual Prof Madya Dr Christopher Teh Boon Sung, Ketua Jabatan Fakulti Pertanian, UPM di mana beliau menggariskan 6 punca harga buah jatuh pada musim ini.

Secara ringkas, ini adalah masalah klasik "supply and demand" di mana semakin banyak kebun dan ladang "online" mengeluarkan buah yang melebihi permintaan tempatan dan berlaku kekangan dalam mengeksport buah-buah tersebut.

Kami tertarik dengan isu ๐—ฝ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐˜‚๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฎ๐—ธ ๐—ฎ๐—ธ๐—ถ๐—ฏ๐—ฎ๐˜ ๐—ณ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฟ ๐—ฐ๐˜‚๐—ฎ๐—ฐ๐—ฎ di mana kebanyakan negeri mengeluarkan buah pada tempoh yang sama dan ini salah satu punca menyebabkan harga buah jatuh.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan melihat apa yang negara jiran lakukan iaitu menggunakan hormon paclobutrazol (PBZ) untuk mengawal dan "menyusun" pembungaan pokok Durian secara berperingkat.

Apabila kita sendiri yang mengatur bila pokok mengeluarkan bunga, maka tempoh musim boleh diawalkan, dilewatkan atau dipanjangkan.

Jadi, ini dapat mengurangkan isu "buah bertembung" dan harga buah lebih stabil sepanjang musim berbanding perubahan mendadak yang berlaku di mana harga buah tinggi pada awal musim dan jatuh apabila berlaku lambakan.

Adakah anda familiar dengan strategi hormon PBZ untuk merangsang pembungaan tanpa mengira cuaca?

Adakah anda bersetuju dengan penggunaan PBZ untuk tanaman Durian di Malaysia?

Suarakan pendapat ada di ruang komen di bawah!

๐˜š๐˜ถ๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ฆ๐˜ณ: ๐˜—๐˜ข๐˜ด๐˜ข๐˜ณ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜—๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜ถ๐˜ฉ ๐˜ฅ๐˜ฆ๐˜ฏ๐˜จ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜“๐˜ข๐˜ฎ๐˜ฃ๐˜ข๐˜ฌ๐˜ข๐˜ฏ ๐˜‹๐˜ถ๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ '๐˜™๐˜ฆ๐˜ซ๐˜ฆ๐˜ค๐˜ต' (๐˜๐˜ข๐˜ณ๐˜ช๐˜ข๐˜ฏ ๐˜”๐˜ฆ๐˜ต๐˜ณ๐˜ฐ, 26 ๐˜‘๐˜ถ๐˜ญ๐˜ข๐˜ช 2026)

๐—ฆ๐—ข๐— ๐—˜๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—ข๐—ฅ๐—˜"Bang, aku dah lock terus SOP pembajaan ni. Takde nak tukar-tukar dah.""Bagus lah tu, pokok pun se...
30/07/2026

๐—ฆ๐—ข๐— ๐—˜๐—ง๐—œ๐— ๐—˜๐—ฆ ๐—Ÿ๐—˜๐—ฆ๐—ฆ ๐—œ๐—ฆ ๐— ๐—ข๐—ฅ๐—˜

"Bang, aku dah lock terus SOP pembajaan ni. Takde nak tukar-tukar dah."

"Bagus lah tu, pokok pun semua membesar dengan konsisten je sekarang. Lepas ni fikir nak push bunga dan bagi buah lekat banyak je."

Boleh dikatakan kebanyakan rakan tani kami yang berkecimpung dalam dunia Durian ini bekerja atau menjalankan business sendiri jadi masa terluang di kebun pun terhad.

Ada masa, masuk kebun seminggu sekali. Kalau dah sibuk, mungkin sebulan sekali baru sempat jenguk.

Dengan itu strategi pengurusan kebun juga perlu ikut komitmen masa tuan kebun.

Bagi rakan tani kami ini, strategi beliau cukup mudah: guna baja tabur berformulasi controlled-release dan sembur foliar bila nak push pucuk baru keluar.

Jom kita kupas kedua-dua input yang beliau pakai!

โœ… ๐˜ฝ๐™–๐™Ÿ๐™– ๐˜ฝ๐™š๐™ง๐™ฉ๐™š๐™ ๐™ฃ๐™ค๐™ก๐™ค๐™œ๐™ž ๐˜พ๐™ค๐™ฃ๐™ฉ๐™ง๐™ค๐™ก๐™ก๐™š๐™™-๐™๐™š๐™ก๐™š๐™–๐™จ๐™š: ๐˜ฝ๐™ก๐™–๐™˜๐™  ๐™’๐™ž๐™ฏ๐™–๐™ง๐™™ ๐™‚๐™ง๐™š๐™š๐™ฃ

Rakan tani kami ini antara pengguna Black Wizard Green secara konsisten hampir lebih 3 tahun. Beliau tertarik dengan baja ini kerana teknologi "controlled-release" iaitu baja ini akan melepaskan nutrien apabila akar memerlukan.

Jadi, "ketahanan" baja dalam tanah ini membolehkan pokok kekal sihat dan daun kekal hijau sehingga 2 bulan. Berbanding dengan pembajaan konvensional, pusingan pembajaan beliau hanya 5 kali setahun + 1 pusingan pengapuran pada hujung tahun sahaja.

โœ… ๐™๐™ค๐™ก๐™ž๐™–๐™ง ๐™‹๐™ช๐™จ๐™ ๐™‹๐™ช๐™˜๐™ช๐™  ๐˜พ๐™š๐™ฅ๐™–๐™ฉ: ๐™’๐™ช๐™ญ๐™–๐™ก ๐˜ผ๐™จ๐™˜๐™ค๐™›๐™ค๐™ก ๐™‰๐™‹๐™†

Apabila beliau nak push pengeluaran tunas dengan cepat, baru lah beliau sembur foliar Wuxal Ascofol NPK. Kekerapan semburan bukan lah 1 atau 2 minggu sekali tetapi boleh pergi sehingga 1 bulan sekali, semua atas keperluan untuk meletuskan pucuk baharu sahaja.

Selain kandungan NPK 15-15-15 larut air dan unsur surih dalam format EDTA, kehadiran biostimulant rumpai laut ๐˜ˆ๐˜ด๐˜ค๐˜ฐ๐˜ฑ๐˜ฉ๐˜บ๐˜ญ๐˜ญ๐˜ถ๐˜ฎ ๐˜ฏ๐˜ฐ๐˜ฅ๐˜ฐ๐˜ด๐˜ถ๐˜ฎ mengandungi hormon auxin dan cytokinin yang merangsang pertumbuhan tunas dan akar baharu.

Dari segi pembajaan fasa vegetatif, rakan tani ini hanya menggunakan 2 input sahaja secara konsisten tanpa menggunakan baja atau biostimulant lain!

Betul lah kata pepatah orang putih, "Sometimes less is more."

Semoga kupasan ini membantu dalam perkebunan anda!

"๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ก๐—œ ๐—”๐——๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—› ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—Ÿ, ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—” ๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—›!""Macamana nak selesaikan masalah ni untuk musim akan datang?...
29/07/2026

"๐— ๐—จ๐—ฆ๐—œ๐—  ๐—ก๐—œ ๐—”๐——๐—” ๐—•๐—จ๐—”๐—› ๐—œ๐—ฆ๐—œ ๐— ๐—˜๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—Ÿ, ๐—”๐——๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—–๐—”๐—› ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—” ๐—๐—”๐—ง๐—จ๐—›!"

"Macamana nak selesaikan masalah ni untuk musim akan datang? Susah sangat tobang je!"

"Eh, jangan tebang dulu. Dah lah satu pokok tu klon IOI berumur 40 tahun lebih. Sedap tu buahnya, mesti ada pahit-pahit sikit."

Musim buah ini kami mendapat feedback dari ramai rakan tani berkaitan dua isu ini dan kedua-duanya berkait rapat dengan air dan unsur Calcium.

โœ… ๐™Ž๐™ž๐™ข๐™ฅ๐™ฉ๐™ค๐™ข - ๐™„๐™จ๐™ž ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™œ๐™ ๐™–๐™ก ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™ช๐™ก๐™ž๐™ฉ ๐™‹๐™š๐™˜๐™–๐™

Isi mengkal adalah satu masalah kualiti buah yang cukup terkenal di kalangan varieti D24 dan juga mula dijumpai dalam Musang King. Isi buah sama ada keras pada keseluruhan atau sebahagian pangsa menyebabkan tidak boleh dimakan.

Kulit pecah p**a berlaku apabila buah jatuh dan terus berlaku rekahan pada kulit luar menyebabkan buah tersebut terbuka. Walaubagaimanapun, isi di dalam elok dan cukup masak untuk dinikmati.

โœ… ๐™‹๐™ช๐™ฃ๐™˜๐™– - ๐™†๐™š๐™ฉ๐™ž๐™™๐™–๐™ ๐™จ๐™š๐™ž๐™ข๐™—๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜ผ๐™ž๐™ง ๐™™๐™–๐™ฃ ๐™†๐™š๐™ ๐™ช๐™ง๐™–๐™ฃ๐™œ๐™–๐™ฃ ๐˜พ๐™–๐™ก๐™˜๐™ž๐™ช๐™ข

Isi mengkal berpunca daripada ketidakseimbangan air samada pokok tidak mendapat air terlalu banyak air semasa fasa pengisian buah. Apabila air terlalu banyak, ini menyebabkan pokok mengeluarkan tunas baharu yang akan "mencuri" nutrien yang sepatutnya pergi ke dalam isi buah.

Isu rekahan pada kulit p**a berkait dengan kekurangan Calcium. Unsur ini sangat penting dalam penghasilan tangkai yang utuh serta kulit buah yang tebal. Masalahnya unsur Calcium adalah nutrien yang lambat digunakan oleh pokok. Oleh itu, pokok memerlukan aplikasi Calcium yang konsisten dan mencukupi.

โœ…๐™Ž๐™ค๐™ก๐™ช๐™จ๐™ž - ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—น ๐˜ผ๐™ž๐™ง ๐™™๐™–๐™ฃ ๐˜พ๐™–๐™ก๐™˜๐™ž๐™ช๐™ข ๐™ˆ๐™š๐™ฃ๐™˜๐™ช๐™ ๐™ช๐™ฅ๐™ž

Bagi mengawal kedua-dua isu ini, kadar air perlu dikawal pada fasa pengisian buah iaitu apabila buah pada fasa bola ping-pong sehingga bola takraw. Jika cuaca panas berpanjangan, kadar air perlu ditingkatkan manakala kalau cuaca hujan, siraman perlu diberhentikan.

Unsur Calcium p**a perlu diberi secara konsisten melalui semburan foliar seperti Kuda Merah CalBor atau FastGrow Baja Merah bermula dari fasa mata ketam lagi. Penggunaan Polysulphate juga yang tinggi Calcium 12-17% (selain K, Mg dan S) pada fasa buah juga memastikan tiada gangguan "bekalan" nutrien ke dalam isi buah.

InsyaAllah jika kedua-dua air dan Calcium dapat dikawal dengan baik semasa fasa pengisian buah, kita boleh mengurangkan masalah isi mengkal, kulit pecah dan juga masalah lain seperti Tip Burn dan Belang Harimau.

Semoga kupasan ini membantu dalam perkebunan anda!

Address

Shah Alam
40150

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00
Saturday 09:00 - 18:00

Telephone

+60129890994

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Terra Tropika Agriculture posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Terra Tropika Agriculture:

Shortcuts

Share