JPJ Negeri Selangor

JPJ Negeri Selangor Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from JPJ Negeri Selangor, Shah Alam.

13/08/2026

🚦🔴 Merah Tanda Berhenti! Sila Patuhi Lampu Isyarat! 🔴🚦🐯

Jangan biarkan lampu merah menjadi pandangan terakhir anda!

💡 Ingat: Patuhi peraturan lalu lintas, pandu berhemah, dan hormati pengguna jalan raya lain.

13/08/2026
NASIHAT KESELAMATAN JALAN RAYAFAHAMI LALUAN, ELAK KESILAPAN DI BULATANKetika melalui bulatan 3 lorong, pastikan anda mem...
12/08/2026

NASIHAT KESELAMATAN JALAN RAYA

FAHAMI LALUAN, ELAK KESILAPAN DI BULATAN

Ketika melalui bulatan 3 lorong, pastikan anda memilih lorong yang betul mengikut arah perjalanan. Lorong kiri untuk keluar di simpang pertama atau membuat pusingan ke kiri, lorong tengah untuk meneruskan perjalanan atau keluar di simpang seterusnya, manakala lorong kanan untuk membuat pusingan ke kanan atau pusingan U.

Sentiasa beri isyarat lebih awal, patuhi papan tanda dan garisan jalan, kekalkan lorong serta berhati-hati ketika menukar lorong atau keluar dari bulatan. Jangan memotong secara mengejut dan sentiasa beri keutamaan kepada keselamatan pengguna jalan raya lain. Pilih lorong dengan betul, pandu dengan berhemah dan selamat sampai ke destinasi.



11/08/2026

Setinggi-tinggi Tahniah diucapkan kepada YBrs. Tuan Noor Izatul Hisham bin Ab Rahim atas perlantikan sebagai Pengarah Bahagian Hasil JPJ Malaysia berkuatkuasa 3 Ogos 2026.

Ikhlas Daripada:
Ketua Pengarah &
Serta Seluruh Warga Kerja JPJ Malaysia

11/08/2026

5 TIP PANDUAN KESELAMATAN DI LEBUH RAYA

Lebuh raya memerlukan tumpuan, kesabaran dan disiplin yang tinggi. Pastikan anda sentiasa mematuhi had laju, menjaga jarak selamat dan menggunakan tali pinggang keledar sepanjang perjalanan.

Elakkan memotong secara berbahaya serta jangan memandu ketika letih atau mengantuk. Jika perjalanan jauh, berhenti dan berehat di kawasan yang selamat apabila diperlukan.

Ingat, sampai cepat bukan matlamat utama — sampai dengan selamat adalah yang paling penting. Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah demi keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalan raya yang lain. Pandu cermat, patuhi peraturan dan jangan pertaruhkan nyawa kerana tergesa-gesa.



KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, NEGERI SELANGOR KE JPJ NEGERI SELANGORSHAH ALAM, 11 Ogos ...
11/08/2026

KUNJUNG HORMAT PENGARAH JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA, NEGERI SELANGOR KE JPJ NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM, 11 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah menerima kunjung hormat daripada Yang Berbahagia Dato’ Wan Md Razali bin Wan Ismail, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, bersama pegawai-pegawai kanan JBPM Negeri Selangor kepada YBhg. Dato’ Ahmad Kamarunzaman bin Mehat, Pengarah JPJ Negeri Selangor, di Pejabat Shah Alam, JPJ Negeri Selangor.

Kunjungan ini bertujuan memperkukuh hubungan strategik dan kerjasama antara JPJ dan JBPM, khususnya dalam pengurusan insiden serta kesiapsiagaan menghadapi situasi kecemasan.

Kedua-dua pihak turut bertukar pandangan berkaitan pelaksanaan program advokasi, perkongsian kepakaran dan peningkatan kesedaran masyarakat demi memperkukuh keselamatan pengguna jalan raya.

JPJ Negeri Selangor komited untuk terus memperkukuh kerjasama strategik bersama JBPM Negeri Selangor dalam usaha mewujudkan persekitaran jalan raya yang lebih selamat dan responsif.





PERIKSA KENDERAAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANANSebelum memulakan perjalanan, luangkan sedikit masa untuk memastikan kende...
11/08/2026

PERIKSA KENDERAAN SEBELUM MEMULAKAN PERJALANAN

Sebelum memulakan perjalanan, luangkan sedikit masa untuk memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik, selamat dan sesuai untuk dipandu. Periksa perkara asas seperti tayar, brek, lampu, minyak enjin, bateri, pengelap cermin serta paras cecair kenderaan.

Jangan tunggu sehingga berlaku kerosakan di tengah perjalanan. Penyelenggaraan berkala bukan sahaja memanjangkan jangka hayat kenderaan, malah dapat mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan perjalanan lebih selamat. Ingat! Beberapa minit memeriksa kenderaan hari ini mampu mengelakkan risiko besar di jalan raya.

PERIKSA SEBELUM, SELAMAT SAMPAI.



PASTIKAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN JELAS Nombor pendaftaran kenderaan merupakan identiti penting bagi setiap kenderaa...
11/08/2026

PASTIKAN NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN JELAS

Nombor pendaftaran kenderaan merupakan identiti penting bagi setiap kenderaan. Pastikan nombor pendaftaran mengikut spesifikasi yang ditetapkan, tidak kabur, tidak diubah suai dan sentiasa mudah dilihat.

Elakkan penggunaan nombor pendaftaran yang terlalu kecil, fancy, berwarna atau mempunyai reka bentuk yang menyukarkan pengecaman. Nombor yang jelas membantu penguatkuasaan, pengecaman kenderaan dan mengelakkan kesilapan atau kekeliruan di jalan raya.



PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA KOMUNITIKUALA KUBU BHARU, 9 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...
09/08/2026

PROGRAM ADVOKASI KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA KOMUNITI

KUALA KUBU BHARU, 9 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor turut serta dalam Majlis Festival Kebudayaan Orang Asli Selangor 2026 yang berlangsung di Dataran Tasik Milenium, Kuala Kubu Bharu, Selangor.

JPJ Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan Van JPJ Mobile, pameran keselamatan jalan raya, permainan interaktif , Pocket Talk Keselamatan Jalan Raya serta topi keledar dewasa dan kanak-kanak.

Program ini dirasmikan oleh YB Paparaidu a/l Veraman, Exco Sumber Manusia dan Pembasmian Kemiskinan, mendapat sambutan menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 2,000 peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Pelaksanaan program turut mendapat kerjasama JPJ Cawangan Kuala Kubu Bharu dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) Hulu Selangor.

Keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. Patuhi undang-undang, hormati pengguna jalan raya lain dan jadilah pemandu yang berhemah demi kesejahteraan semua.


KURSUS KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) JPJ NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2026MELAKA, 8 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jal...
09/08/2026

KURSUS KEY PERFORMANCE INDICATOR (KPI) JPJ NEGERI SELANGOR BAGI TAHUN 2026

MELAKA, 8 Ogos 2026 – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Selangor telah mengadakan Kursus Key Performance Indicator (KPI) bagi Tahun 2026 selama dua hari di Akademi Pengangkutan Jalan Malaysia, Melaka.

Kursus ini melibatkan Ketua Bahagian, Ketua Cawangan dan Ketua Stesen Penguatkuasa JPJ Negeri Selangor dengan fokus kepada status pencapaian KPI bagi suku kedua tahun 2026, meliputi tempoh Januari hingga Jun.

Pelaksanaan kursus ini bertujuan memperkukuh pemahaman serta meningkatkan keupayaan ketua-ketua bahagian dalam memantau, menilai dan memastikan pencapaian KPI jabatan dilaksanakan secara berkesan, sistematik dan selaras dengan sasaran yang ditetapkan.

Majlis Perasmian Penutup kursus telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ahmad Kamarunzaman bin Mehat, Pengarah JPJ Negeri Selangor, yang turut menekankan kepentingan komitmen dan akauntabiliti semua ketua di setiap peringkat dalam memastikan sasaran serta prestasi jabatan terus diperkasa.

Bersama memperkukuh prestasi, memperkasa penyampaian perkhidmatan.




Address

Shah Alam
406200

Opening Hours

Monday 08:00 - 16:30
Tuesday 08:00 - 16:30
Wednesday 08:00 - 16:30
Thursday 08:00 - 16:30
Friday 08:00 - 16:30

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPJ Negeri Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JPJ Negeri Selangor:

Share