PIBG SKRM

PIBG SKRM Segalanya berkaitan PIBG Sekolah Kebangsaan Raja Muda (SBT) Shah Alam

Memperkasa sinergi antara ibu bapa, guru dan pihak sekolah dalam membina persekitaran terbaik buat anak-anak SKRM melalui sokongan dan inisiatif berterusan dalam bidang akademik, kebajikan, kemudahan infrastruktur serta sukan dan kokurikulum.

KHAS BUAT ANAK-ANAK TAHUN 6!Jangan lupa malam ni ya…Buat julung kalinya, PIBG SKRM melalui Biro Akademik akan mengadakan...
29/07/2026

KHAS BUAT ANAK-ANAK TAHUN 6!

Jangan lupa malam ni ya…

Buat julung kalinya, PIBG SKRM melalui Biro Akademik akan mengadakan Taklimat Hala Tuju Murid Tahun 6 & Persediaan PKSK 2026.

Bengkel bersama Dr. Haziq Azreen ini bertujuan memberi bimbingan, pendedahan dan persediaan awal kepada murid-murid Tahun 6 agar lebih bersedia menghadapi PKSK serta memahami laluan ke sekolah khusus.

Maklumat dan pautan boleh didapati di dalam Whatsapp group Tahun 6.

Moga bermanfaat dan memudahkan urusan anak-anak dan ibu bapa dalam merealisasikan harapan ke sekolah khusus yang diimpikan untuk fasa seterusnya 🀲🏻

29 JULAI 2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ PENCARIAN PELARI IBU & PELARI BAPA SKRM! πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈπŸŽ‰ Jom sertai keseronokan Kejohanan Sukan Tahunan SKRM dengan m...
21/07/2026

πŸƒβ€β™€οΈπŸƒβ€β™‚οΈ PENCARIAN PELARI IBU & PELARI BAPA SKRM! πŸƒβ€β™‚οΈπŸƒβ€β™€οΈ

πŸŽ‰ Jom sertai keseronokan Kejohanan Sukan Tahunan SKRM dengan mewakili Rumah Sukan anda!

Acara Larian 8 x 100m Berganti-ganti Gabungan Guru & Ibu Bapa akan berlangsung sempena Kejohanan Sukan Tahunan SKRM 2026.

SETIAP Rumah Sukan memerlukan wakil:
▫️ 2 orang bapa
▫️ 2 orang ibu
▫️ 2 orang guru lelaki
▫️ 2 orang guru wanita

Justeru, kami memerlukan 2 IBU dan 2 BAPA bagi mewakili 2xKuartet SETIAP RUMAH SUKAN πŸ’ͺ🏻

πŸŸ₯ 🟦 🟨 🟩

Bila acara ni?
πŸ“… Sabtu, 25 Julai 2026
πŸŒ™ Waktu malam (selepas acara murid)
πŸ“ Stadium Panasonic, Shah Alam

πŸ™ŒπŸ» Run. Cheer. Repeat!
Kita gegarkan trek bersama! πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

Berminat? Hubungi:

πŸ“ž Biro Sukan & Kokurikulum
En. Irwan – 012-223 4583

πŸ“ž Biro Kebajikan & Komuniti
Pn. Syahirah – 019-236 1239




β€’ πŸ“’ PENCARIAN SUKARELAWAN IBU BAPA TAHAP 1 SKRMAssalamualaikum dan salam sejahtera.Dimaklumkan bahawa Hari Sukaneka Taha...
11/07/2026

β€’ πŸ“’ PENCARIAN SUKARELAWAN IBU BAPA TAHAP 1 SKRM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dimaklumkan bahawa Hari Sukaneka Tahap 1 (Darjah 1, 2 & 3) SKRM akan diadakan seperti ketetapan berikut:

πŸ“… Tarikh: Khamis, 16 Julai 2026
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 1.00 tengah hari
πŸ“ Tempat: Padang SK Raja Muda

Sehubungan itu, untuk memeriahkan lagi suasana, kami *amat memerlukan bantuan sukarelawan* dalam kalangan ibu bapa Tahap 1 bagi tugasan berikut:

🎨 Persiapan Khemah
(15 Julai 2026 - Rabu, petang)
β€’ Membantu menghias khemah mengikut warna rumah sukan.

Hiasan adalah atas ihsan dan kreativiti ibu bapa kerana tiada peruntukan khusus disediakan bagi tujuan tersebut.

πŸ“ Ibu bapa yang berminat dimohon menghantar NAMA & No. TELEFON kepada wakil kelas masing-masing SEBELUM:

πŸ—“οΈ Ahad, 12 Julai 2026
πŸ•š 5:00 petang

Rumah sukan:
❀️ MERAH
πŸ’š HIJAU
πŸ’› KUNING
πŸ’™ BIRU

🀝 Kerjasama dan sokongan daripada semua ibu bapa amatlah dihargai. Semoga dengan semangat kebersamaan ini, kita dapat memastikan kebajikan, keselamatan dan kegembiraan anak-anak Tahun 1 sepanjang Hari Sukaneka berlangsung πŸ₯°

Terima kasih atas perhatian dan sokongan semua ❀️

Biro Sukan & Kokurikulum
PIBG SKRM 2026
10 JULAI 2026

05/06/2026

πŸ“’ WE NEED YOU!

Salam semua…

Kami mencari *10 sukarelawan* untuk menjayakan usaha melukis semula garisan gelanggang bola jaring di Court Biru untuk persediaan wakil SKRM ke MSSD 2026 🏐✨

Bersama bantu persediaan anak-anak harapan, sokong impian juara SKRM
πŸ’›β€οΈπŸ’š

Mohon bawa peralatan (jika ada):
β€’ Scraper
β€’ Penyapu
β€’ Penyodok
β€’ Plastik sampah

➑️ Cat dan peralatan mengecat disediakan

πŸ“… Tarikh: 7 Jun 2026 (Ahad)
πŸ•£ Masa: 8.30 pagi

Terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua. πŸ™

Diusahakan Biro Sukan & Kokurikulum
PIBG SKRM

05/06/2026
26/05/2026

Selamat Hari Raya Aidiladha buat seluruh warga SK Raja Muda πŸŒ™βœ¨
Semoga ibadah korban mengajar kita erti keikhlasan, pengorbanan dan kasih sayang sesama insan.
Semoga ukhwah keluarga besar SKRM terus erat, dipenuhi keberkatan dan kebahagiaan 🀍

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha buat seluruh warga SKRM dan keluarga Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, menge...
26/05/2026

πŸŒ™βœ¨ Salam Aidiladha buat seluruh warga SKRM dan keluarga

Semoga ibadah korban yang dilaksanakan membawa keberkatan, mengeratkan silaturahim dan menyemai nilai keikhlasan dalam diri kita semua.

Daripada,
En. Zulazmi Hj Idris
YDP PIBG SKRM 2026/27
- 1447H / 2026M -

β€’ 12 MEI 2026 | MENELITI ISU PAPAN TANDA & LALU LINTAS DI WAKTU PUNCAK HARI PERSEKOLAHANIsu kenderaan dipandu/ditunggang...
26/05/2026

β€’ 12 MEI 2026 | MENELITI ISU PAPAN TANDA & LALU LINTAS DI WAKTU PUNCAK HARI PERSEKOLAHAN

Isu kenderaan dipandu/ditunggang melawan arah, laju dan secara merbahaya dalam waktu puncak di sebelah pagi, tengah hari dan petang pada hari-hari persekolahan terus membelenggu warga SKRM.

Pelbagai usaha telah dilaksanakan pihak PIBG saban tahun termasuk membuat permohonan menukar papan tanda lalu lintas di kedua-dua belah penghujung jalan utama di hadapan sekolah, membuat hebahan kepada ibu bapa dan penjaga melalui pesanan ringkas di dalam kumpulan WhatsApp kelas anak serta akaun media sosial yang berkaitan…

Malah ada juga ibu bapa prihatin yang sudi meletakkan/menggerakkan kon untuk menghadang jalan dan mengawal trafik pada satu ketika, selain berusaha menegur individu yang jelas telah melakukan kesalahan namun gagal untuk memastikan keselamatan lalu lintas di kawasan ini sehingga kini.

Masalah ini antara agenda utama dalam senarai tindakan barisan PIBG 2026/27 dengan harapan isu pemandu tidak cakna dan tidak ambil peduli ini dapat diatasi dan menemui jalan penyelesaian yang sewajarnya dengan segera.

Buat masa ini, pihak PIBG sedang mendapatkan nasihat daripada pihak PDRM juga membuat susulan aduan kepada MBSA berhubung papan tanda dan tindakan yang boleh diambil terhadap pemilik/pemandu kenderaan yang menyalahi peraturan lalu lintas di sini.



26/05/2026

Address

Jalan Cempedak 4/5
Shah Alam
40000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PIBG SKRM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share