05/02/2020
Program Perantis Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN)
Program pendidikan yang diiktiraf kerajaan . Menawarkan perantis pembelajaran di dalam kelas (30%) dan praktikal (70%) di syarikat SLDN. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) tahap 2 atau 3 akan dianugerahkan kepada perantis yang berjaya menamatkan latihan dengan jayanya.
# Syarat Kelayakan
- Berumur 16 tahun dan ke atas;
- Berminat untuk mendalami bidang Automotif-Servis Selepas Jualan;
- Warganegara Malaysia;
- Boleh membaca, menulis dan mengira dalam Bahasa Malaysia;
- Sihat tubuh badan dan lulus pemeriksaan kesihatan; dan
- Bebas daripada kesalahan jenayah dan penyalahgunaan dadah.
# Sijil Kemahiran yang bakal diberikan
- Sekiranya anda berjaya menamatkan program ini, anda akan diberikan Sijil Kemahiran Malaysia dalam bidang Automotif-Servis Selepas Jualan.