Pertubuhan Shah Alam Komuniti - SAKOM

Pertubuhan Shah Alam Komuniti - SAKOM Anda warga Shah Alam? Anda dijemput sertai grup komuniti Shah Alam No 1 ==> Shah Alam Residents ==> https://www.facebook.com/groups/shahalamr/

05/05/2026

Komposisi kerajaan negeri hari ini tunjuk satu realiti yang menarik.

Walaupun UMNO tidak mendominasi semua negeri melalui pilihan raya, kehadiran mereka dalam kerajaan perpaduan memberi ruang yang besar. Di beberapa negeri, mereka kekal memegang jawatan Menteri Besar. Malah di negeri yang tidak dimenangi secara langsung.

Dalam masa sama, PH kekal sebagai blok terbesar di beberapa negeri utama. Manakala PN p**a menjadi pembangkang yang kuat dengan jumlah kerusi yang kompetitif.

Gambaran ini menunjukkan landskap politik negeri kini tidak lagi hitam putih. Ia lebih kepada keseimbangan, rundingan, dan perkongsian kuasa antara parti.



Ikuti kami:
πŸ“˜ Facebook
https://www.facebook.com/share/1JQMjmd9d3/?mibextid=wwXIfr

πŸ“Έ Instagram
https://www.instagram.com/islah_official?igsh=NDBkMmRyOGF2MGts&utm_source=qr

🐦 X
https://x.com/islah_rasmi?s=21

🧡 Threads
https://www.threads.com/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==

🎡 TikTok
https://www.tiktok.com/?_r=1&_t=ZS-95YGX3Hh260

Jom la klu ada bran πŸ€£πŸ‘ŒπŸ‘
05/11/2024

Jom la klu ada bran πŸ€£πŸ‘ŒπŸ‘

19/12/2021

Rayuan Bantuan Banjir Kampung Bukit Lanchung.

Saya benar-benar tiada perkataan lagi..
semua nya sudah tiada.
Kampung kami sudah jadi laut.

Saya hanya merayu bantu lah kami semua.
semua keluar sehelai sepinggang
semua harta termasuk kenderaan juga sudah hanyut.

Ada ramai lagi yang tersangkut..
banyak jiwa yang sedang trauma.

Saya dengan rendah hati dan diri mohon bantuan makanan atau apa sahaja. Pada yang nak berikan infaq tunai boleh transfer ke accounts kami.
Amanda Sales & Marketing
Maybank : 5622 1820 8557
Remarks : Bantuan

Nota: tak boleh nak gunakan accounts NGO Pertubuhan Shah Alam Komuniti - SAKOM sebab kami tidak boleh nak cash cek kerana kami tidak boleh keluar ke mana-mana. Jalan semua terputus.

Semoga Allah murahkan rezeki kita semua.
Amin aminn ya mujib



Rezeki ni datang dari nun Klang sana.Nak berbahagi rezeki dengan orang Shah Alam katanya.Kami Pertubuhan Shah Alam Komun...
22/07/2021

Rezeki ni datang dari nun Klang sana.
Nak berbahagi rezeki dengan orang Shah Alam katanya.

Kami Pertubuhan Shah Alam Komuniti - SAKOM hanya jambatan sahaja.

TERIMA KASIH anak muda Muhammad Ifthiqal dari team DAU ingat kat team SAKOM.

Semoga infaq ini menjadi asbab mereka masuk syurga. Aminn aminn Ya Mujib.



Orang sembelih lembu, kami sembelih ayam je lah.😊Semalam team SAKOM mengedarkan 2000 ekor ayam untuk juadah Aidil Adha m...
20/07/2021

Orang sembelih lembu, kami sembelih ayam je lah.😊

Semalam team SAKOM mengedarkan 2000 ekor ayam untuk juadah Aidil Adha meliputi kawasan Shah Alam, Putra Heights, Bukit Lanchung, Kota Kemuning, Jalan Kebun dan juga Puchong.

Semoga pagi ini 1000 keluarga tersebut dapat makan rendang ayam.

Ada yang bilang...
"2 ekor ayam ni sangat bermakna buatnya sekeluarga. Boleh tahan 2 minggu makan jimat-jimat......"

Hati mana yang boleh tahan...
Tengok FB dia ada 1 orang anak perempuan kecil 5tahun, baru dapat kerja di warehouse setelah kena buang kerja. Belum ada gaji. Bertahan dengan beras 5kg + Telor 30 biji + kicap yang kami bagi awal bulan.

Ini antara kisah rakyat pada hari ini.
Eh malas la potong bawah di hari yang gembira ni kan 😊

Team Pertubuhan Shah Alam Komuniti - SAKOM mohon jutaan maaf atas terkasar bahasa dan kekurangan didalam pemberian semalam.

Doakan kami sihat selalu agar dapat terus istiqomah didalam membantu semua.

Selamat Hari Raya Aidil Adha.



Maaf sangat!Tak dapat bantu semua ya adik.Nanti kalau ada orang bagi Akak panggil lagi ya.Semoga dipermudahkan semua uru...
10/07/2021

Maaf sangat!
Tak dapat bantu semua ya adik.

Nanti kalau ada orang bagi
Akak panggil lagi ya.

Semoga dipermudahkan semua urusan sahabat di USJ16. Aminnn

Tabah dan kuat!



Kakak, saya sudah tak kerja 2 bulan, boleh kah saya minta bantuan beras?Apa yang boleh kami jawap?Terdiam dan terkedu..S...
10/07/2021

Kakak,
saya sudah tak kerja 2 bulan, boleh kah saya minta bantuan beras?

Apa yang boleh kami jawap?

Terdiam dan terkedu..
Sesungguhnya kesengsaraan rakyat di Shah Alam ini adalah benar dan nyata.

Uncang kita sudah semakin kecil..
supaya lebih ramai orang dapat di bantu..Insya-Allah

Yang ingin meninfaqkan sedikit harta..
Maybank : 5622 1821 5215
Pertubuhan Shah Alam Komuniti (SAKOM)



*HANYA UNTUK ORANG SHAH ALAM SAHAJA*Mohon contact no dibawah untuk program bakul prihatin MBSA.Semoga dapat ringankan be...
09/07/2021

*HANYA UNTUK ORANG SHAH ALAM SAHAJA*

Mohon contact no dibawah untuk program bakul prihatin MBSA.

Semoga dapat ringankan beban kepada mereka yang memerlukan.

Bagi 10 setBeras + telor + kicap..Maaf ya wak.Itu aje yang tinggal.Nak berbahagi dengan orang tua di Kampung Bukit Lanch...
08/07/2021

Bagi 10 set
Beras + telor + kicap..

Maaf ya wak.
Itu aje yang tinggal.

Nak berbahagi dengan orang tua di Kampung Bukit Lanchung katanya.

Tak kisah la wak
Siapa wak nak bagi
Janji jangan ada orang kampung yang kelaparan.

Terima kasih Wak Sam suami Sohana Ariffen yang membantu kami menyampaikan bantuan.

Semoga Allah permudahkan semuannya.
Amin..

Nak beras wasap.my/+60193692878/nakberas
HANYA UNTUK ORANG SHAH ALAM SAHAJA.

Psst:
1 minggu tunggu telur datang
Selangor shortage of eggs.



Rezeki untuk mereka yang memerlukanSemua nya Allah susun.Barang orang bagiBag biru pun orang bagi Semoga mereka tidur ke...
02/07/2021

Rezeki untuk mereka yang memerlukan
Semua nya Allah susun.

Barang orang bagi
Bag biru pun orang bagi

Semoga mereka tidur kenyang malam ini.

Yang ingin meninfaqkan
Maybank : 5622 1821 5215
Pertubuhan Shah Alam Komuniti (SAKOM)



Uncang PKPYa Allah !Kau murahkan rezeki kepada mereka yang infaq beras, kicap, bihun dan juga telor ini.Sesungguhnya Kau...
29/06/2021

Uncang PKP

Ya Allah !
Kau murahkan rezeki kepada mereka yang infaq beras, kicap, bihun dan juga telor ini.

Sesungguhnya Kau lah pemberi rezeki kepada kami semua.

Juga ku mohon Kau berikan kesihatan dan kebahagian buatnya sekeluarga.

Amin aminn aminn.

Kepada yang ingin turut serta
Maybank : 5622 1821 5215
Pertubuhan Shah Alam Komuniti (SAKOM)



Address

Jalan Indah
Shah Alam
40000

Telephone

+60193692878

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pertubuhan Shah Alam Komuniti - SAKOM posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share