Hairil Baiki Peti Sejuk Dan Mesin Basuh Di Rumah Anda

Hairil Baiki Peti Sejuk Dan Mesin Basuh Di Rumah Anda Hairil - Baiki Peti Sejuk & Mesin Basuh terus di rumah anda, tanpa perlu mengangkut ke bengkel. Terbaru, kami juga membaiki TV ! Petaling Jaya & Subang Jaya
3.
(4)

Servis kami meliputi Sungai Buloh, Shah Alam, Klang, Rawang, dan lingkungan 50 km dari Shah Alam termasuk Kuala Lumpur. Hairil Baiki Peti Sejuk dan Mesin Basuh adalah pilihan terbaik untuk anda. Kami menawarkan perkhidmatan membaiki mesin basuh dan peti sejuk yang berkualiti, terus di rumah pelanggan mengikut masa yang paling sesuai dengan anda. Manakala pembaikian TV harus di hantar terus kedai d

i alamat profile. Berikut adalah kawasan 50 km dalam lingkungan 50 km dari Shah Alam dan boleh diakses untuk khidmat pembaikan dan penyelenggaraan yang kami tawarkan:

Area:
1. Shah Alam, Sungai Buluh, Kuang & Kundang
2. Subang & Kelana Jaya
4. Damansara & Puchong
5. Klang, Port Klang, Banting & Hulu Langat
6. Serendah, Rawang & Gombak
7. Saujana Utama, Hillpark, Desa Coalfielld, & Bukit Beruntung
8. Ulu Kelang & Ampang
9. Setia Alam, Puncak Alam & Meru
10. Bangi & Kajang
11. Cheras, Seri Kembang & Serdang
12. Cyberjaya & Putrajaya
13. Kuala Lumpur, Kepong & Selayang

29/05/2026

Tak Semua Boleh Buat Di Rumah

Ada jenis peti sejuk yang pipe cooling coil dan capillary duduk dalam body.

Kes macam ni tak sesuai buat tergesa-gesa di rumah pelanggan, sebab kerja dia makan masa dan kena test betul-betul sebelum PU foam ditutup semula.

Kami akan check wiring, check leaking, test sistem dulu sampai puas hati, baru hantar semula.

Nak check masalah peti sejuk, boleh WhatsApp:
https://wa.me/baikipetisejuk

26/05/2026

Jampi je settle? Tak semudah tu.

Peti sejuk kalau fan jalan tapi kompresor tak hidup, bukan terus tukar board.
Kami kena ambil data dulu, check supply, relay, overload, sensor, wiring dan kompresor.

Sebab repair yang betul bukan main agak.
Kena cari punca dulu, baru kerja jadi puas hati.

📲 WhatsApp: https://wa.me/baikipetisejuk









25/05/2026

Kompresor Owner Beli Sendiri, Tapi Punca Rosak Tetap Kena Check

Owner claim warranty kompresor sendiri, saya cuma ambil upah pasang.

Tapi sebelum pasang, punca lama tetap kena check dulu.
Kalau ada separa penyumbatan pada pipe capillary, kompresor baru pun boleh rosak balik.

Sebab tu kami akan check bacaan pressure, subcooling dan superheat dulu sebelum kerja dibuat.

Nak pasang kompresor sendiri atau check masalah peti sejuk, boleh WhatsApp:

https://wa.me/baikipetisejuk









24/05/2026

Board peti sejuk rosak jangan terus tukar baru.

Kadang-kadang masalah cuma MOSFET short sahaja. Kami akan check dulu punca, tukar komponen yang rosak, dan test semula sampai board boleh jalan normal.

Nak check masalah peti sejuk?

WhatsApp:
https://wa.me/baikipetisejuk









24/05/2026

Peti sejuk tak jalan bukan semestinya kompresor rosak.

Kadang 240V masuk, tapi 12V dari board tak keluar. Bila 12V tak ada, relay tak trigger, kompresor pun tak jalan.

Sebab tu kena check dulu board, relay, heater, wiring dan kompresor sebelum tukar barang.

Kami cari punca dulu, baru repair.

WhatsApp: [https://wa.me/baikipetisejuk](https://wa.me/baikipetisejuk)

21/05/2026

Kompresor Inverter Naik Hertz, Normal Ke?

Kompresor inverter memang tak jalan satu speed sahaja.

Mula-mula boleh start sekitar 100Hz. Lepas beberapa minit, kalau suhu dalam peti masih tinggi, board akan naikkan speed sampai 130Hz untuk kejar suhu.

Yang penting, kena check sekali amp, tekanan gas, suhu kondensor dan suhu freezer.

Sebab tu pemasangan kompresor inverter tak boleh main tukar je. Bacaan kena ngam, baru peti sejuk cantik dan kompresor tahan lama.

Nak check masalah peti sejuk, boleh WhatsApp:
[https://wa.me/baikipetisejuk](https://wa.me/baikipetisejuk)

20/05/2026

Board peti sejuk kalau tiba-tiba padam, jangan terus anggap board je rosak.

Kadang-kadang board rosak sebab ada punca lain, contohnya IC inverter short, fius putus, atau kompresor ada masalah.

Sebab tu sebelum baiki board, kami akan check dulu keadaan kompresor guna insulation tester.

Kalau kompresor masih elok, baru kerja baiki board sesuai dibuat.

Tapi kalau punca sebenar tak dicari, baiki board pun boleh jadi sia-sia. Board baru atau board yang dibaiki boleh rosak balik.

Kami bukan sekadar tukar part, kami cari punca dulu supaya repair lebih selamat dan tahan lama.

Nak check masalah peti sejuk?
Klik WhatsApp: https://wa.me/baikipetisejuk

19/05/2026

Ramai ingat gas R134a ni dah lama, jadi terus anggap tak bagus.

Sebenarnya kalau tuning betul, cooling dia stabil, tekanan mudah baca, dan senang diagnose.

Kami check tekanan, superheat dan subcooling supaya kompresor kerja lebih ringan dan peti cepat sejuk.

Nak check peti sejuk?
WhatsApp: https://wa.me/baikipetisejuk

16/05/2026

230W dekat kompresor bukan maksud peti makan elektrik 230W sepanjang masa.

Kalau setting gas ngam, subcooling & superheat cantik, kompresor boleh jalan lebih ringan — kadang bacaan sebenar sekitar 100–140W je.

Sebab tu kerja modify inverter ke non-inverter tak boleh main pasang je. Kena kira betul-betul baru hasil sejuk cantik dan bil tak melambung.

Nak check peti sejuk bermasalah? Klik WhatsApp:
https://wa.me/baikipetisejuk

13/05/2026

RM90 Bukan Caj Tengok-Tengok Je

Ramai ingat bila teknision datang, cuma tengok peti sejuk lepas tu balik.

Sebenarnya bukan macam tu.

RM90 tu termasuk teknision datang ke lokasi, bawa alatan, check punca masalah, buat diagnose dan servis asas.

Macam kes ni, peti tak sejuk bukan sebab gas habis atau part rosak.

Puncanya cuma habuk terlalu tebal sampai airflow tersumbat, compressor panas dan sistem cooling tak bekerja dengan normal.

Bila dah servis dan bersihkan bahagian yang perlu, peti boleh kembali sejuk tanpa perlu tukar barang.

Kalau ada part rosak, kami akan maklumkan dulu kos tambahan sebelum buat kerja.

Kami bukan terus tukar barang.

Kami check dulu, cari punca dulu, baru bagi keputusan.

Untuk appointment baiki peti sejuk sekitar Shah Alam dan kawasan berdekatan, boleh WhatsApp:

https://wa.me/baikipetisejuk

Address

No. 3, Kedai PLB, Jalan Persiaran Delima 1, Kampung Paya Jaras Hilir
Shah Alam
47000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hairil Baiki Peti Sejuk Dan Mesin Basuh Di Rumah Anda posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hairil Baiki Peti Sejuk Dan Mesin Basuh Di Rumah Anda:

Share