Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM Selangor

Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM Selangor "PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA KATA & PERUBAHAN HARUS DIDESAK BUKAN DITUNGGU" SAMM Dilahirkan Menganjurkan program-program yang menarik anak muda.

Kenali SAMM

Pendahuluan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) adalah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Walaupun anggota SAMM terdiri dari pimpinan politik dari parti-parti tertentu, ianya tidak menjejaskan prinsip SAMM yang membuka penyertaan golongan muda tanpa mengira perbezaan ideologi politik. SAMM ialah sebuah gerakan anak m

uda (tidak ada struktur dan hiraki formal) bermula sejak tahun 2006 lagi, menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya. SAMM juga berpaksikan pendekatan radikal dalam banyak perkara. Tujuan utama penubuhan SAMM adalah untuk menyediakan platform kepada anak-anak muda di Malaysia untuk bersama-sama melaksanakan program-program dan aktiviti kearah melahirkan masyarakat muda yang berani untuk memimpin masyarakat dalam berhadapan dengan kehidupan di era globalisasi yang semakin mencabar. SAMM kini telah berkembang ke seluruh pelusuk negara dan mempunyai organisasi sayap di setiap negeri yang menggerakkan keanggotaan baru. Malah terdapat banyak kelompok-kelompok kecil kump**an anak muda dari kebanyakkan negeri yang sudah menyertai pergerakan SAMM dan ia di bawah seliaan SAMM Negeri. Gerakan perjuangan SAMM mengakar di bumi bagi memastikan gerakan ini cukup kuat menempuhi pelbagai cabaran anak muda. Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. Objektif SAMM

1) Melahirkan masyarakat muda Malaysia yang progessif dan dinamik tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan ideologi politik.

2) Membudayakan demokrasi sebagai satu cara hidup dengan menggalakkan anak muda untuk berbeza pendapat.

3) Melatih anak-anak muda untuk peka terhadap isu-isu semasa baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa. Pendekatan SAMM

Hak Warga
Anak muda akan didedahkan mengenai undang – undang, perlembagaan dan hak selaku warga negara, dengan kesedaran semua ini maka rasa kecintaan terhadap negara akan lebih mendalam. Pendidikan
Kesedaran pendidikan akan diberi tumpuan, bantuan dari aspek kesedaran pendidikan jauh ke kawasan pendalaman
Kebajikan
Anak muda yang dilibatkan dalam kerja kebajikan akan pasti meningkat kesedaran serta jati diri. Modus operandi

Tanpa penglibatan politik secara kepartian
Penerbitan risalah, video dan bahan-bahan edaran umum. Peluang untuk ke luar negara bertukar pengalaman melalui perbagai program latihan dan ‘internship’ melalui jaringan hubungan organisasi di luar negara. Latihan pengukuhan radikalisma dikalangan anak muda

Garis pedoman SAMM berpaut pada resolusi yang terhasil dari setiap rapat kebangsaan yang berlangsung 3-4 bulan sekali. Organisasi

SAMM berdaftar dibawah SMM dengan menyenaraikan Pengerusi dan 4 orang lembaga pemegang amanah. Dalam pergerakan, SAMM mempunyai 6 Pengarah dan 22 Penyelaras Kebangsaan dan Penyelaras Negeri. Penyelaras tiap negeri dinamakan bagi memudahkan pengurusan dan keanggotaan terbuka kepada semua anak muda bawah 35 tahun.
- See more at: http://anakmudamalaysia.com/kenali-samm/ .Or70NcFC.dpuf

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Dengan ingatan tulus ikhlas dari SAMM SELANGOR
04/06/2019

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir Batin. Dengan ingatan tulus ikhlas dari SAMM SELANGOR

Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi?Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Man...
06/03/2019

Kerajaan negeri Pulau Pinang kerajaan Zionis Yahudi?

Sedikit fakta, 22 penyewa di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Manggis, Georgetown diarah pindah keluar hari ini (6 Mac 2019)

Antara sebab kenapa langkah ini diambil adalah kerana:

(1) 22 penyewa ini mempunyai tunggakan sewa sehingga RM15,000. Tidak bayar sejak bermula tinggal di PPR (1990). Walaupun sewa hanya RM100 sebulan. 13 penyewa mempunyai kereta lebih dari 2 buah, membuktikan mereka golongan yang mampu.

(2) 9 penyewa telah dikenal pasti punyai pertambahan pendapatan sehingga RM3000 sebulan dan melepasi paras dibenarkan untuk menyewa iaitu pendapatan RM1,500.

(3) 5 penyewa berkahwin dgn warga asing (Bangladesh & Indonesia). Melanggari syarat PPR iaitu untuk warganegara Malaysia saja.

(4) 8 Penyewa didapati mempunyai rumah sendiri, tetapi menyewakan kepada orrng lain

(5) 400 keluarga miskin terpaksa menunggu hampir 7 tahun untuk menyewa PPR ini.

Arahan pengosongan telah diberikan sejak Oktober tahun 2018 serta notis terakhir pada hari Jumaat lalu (1.3.2019)

Langkah tegas terhadap penduduk ini adalah pilihan terakhir yang terpaksa diambil oleh kerajaan negeri Pulau Pinang kerana penduduk tetap berdegil dan tidak mahu mengosongkan premis.

Inilah sebahagian bangsaku, diberi betis mahukan peha dan menyusahkan Melayu lain.

01/03/2019

Dari pendedahan pasal Hadi bayar Sarawak Report RM1.4juta maka sahlah Hadi dan Pas menipu dengan menyatakan penyelesaian luar mahkamah tak libat kos. Budak budak membela hafi termengah mengah menjawab. Mula dikatakan akaun itu palsu lepas itu dikatakan p**a Anwar boleh menipu apa salah Hadi menipu demi kebaikan Islam hahahaha tak tahulah nal gelak ke nak nangis....

Pertama dah lah isu RM90 juta kekal misteri, kqu yqng gatal saman dengan guna duit kutipan awam lepas tu tarik balik saman dengan kau p**a bayar pada orang kau saman.

Kedua tukang bayar ialah Ramli Musa Chairman KTMB yang baru dilantik oleh kerajaan PH. Ramli Musa ini kawan baik dan kawan lama Anwar Ibrahim bekas Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Aman yang Anwar tubuhkan. Teringat kisah Wan Azmi kawan Anwar yang menjadi CEO Splash yang dijadikan antara antagonis "musuh" kepada rakyat dalam episod "air Selangor" yang mana dalam pada masa yang sama Wan Azmi juga merupakan Lembaga Pengarah Institut Rakyat yang menjadi badan pemikir PKR.

Kesimp**anya... tak kisahlah parti cap apa kat atas sana pemimpin mereka bukan takat kongsi duit .... awek pun depa kongsi... maka yang bawah ni nal gaduh beriya sangat kenapa...

Isu kepayan hidup kita ... kita saja lah pikirkan... negara lain orang lain pemimpin untuk pemimpin pikir masalah rakyat tapi kita di sini lantik pemimpin untuk kita sibuk pikir masalah pemimpin buat melupakan masalah kita

Lanjut dan untuk lihat bukti gambar klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3008729675819198&id=100000465851843

10/01/2019

Gelaran Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia bukan gelaran yang menduakan tuhan tapi gelaran simbolik istimewa Raja Melayu yang mengingatkan sejauh mana besar jawatan hanya habuk dan debu sahaja di depan Maha Mulia...

Ramai tidak sedar DULI bermaksud habuk dan debu dalam Bahasa Melayu. Begitulah teliti dan beradapnya Melayu dalam memberi gelar pada penguasa dalam menginsafi peranan hamda dan pencipta.

Sistem beraja dalam alam Melayu penuh seni dan rahsia "bisik" semaknya... Daulat pada isinya, payung pada batinnya... ada gerak dalam gerak,berdiri dalam isyarat hakikat, gerak dalam penuh makrifat, adat sebagai syariat, amalan sebagai penebat.....

Guraba guraba... saat kekalutan ini masa yang dijanjikan... bertenanglah... tanah Jawi ini tanah "bangsa hilang" yang dijanjikan.....

Baca lanjut klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2889198407772326&id=100000465851843

04/12/2018

Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

4 Disember 2018

ISU RAYUAN KES DIDAKWA PENGANJUR HIMPUNAN BLACKOUT 505 (PROTES PENIPUAN PRU KE 13) KE ATAS BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard).

Solidariti Anak Muda Malaysia(SAMM) dengan ini mengutuk tindakan Peguam Negara yang telah meneruskan rayuan ke atas saudara BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard).

Setelah kes ini telah di bawa ke mahkamah dan di lepas tanpa bebas, peguam negara telah merayu agar kes ini di sebut semula dan Mahkamah Shah Alam telah membebaskan saudara BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard).

Seakan tidak berpuashati dengan keputusan mahkamah, sekali lagi peguam negara merayu untuk kes ini di teruskan.

Kes ini berlaku selepas pilihanraya yang ke 13. Malah kebanyakan yang turut bersama dalam perhimpunan itu kini telah menjadi menteri. Ia adalah kes lapuk dan tidak lagi releven.

Ia merupakan kes ‘double standard’ di saat beberapa pemimpin utama negara ketika ini di lepas malah kebanyakan kesnya dibuang begitu sahaja.

Kamu boleh terus menghina insan bernama BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard), namun percayalah beliau tidak sedikit pun gentar dan takut. SAMM akan berada di depan dalam membela kebejatan undang- undang sebegini. Bukan kerana beliau ialah BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard), tetapi kerana beliau di aniayai.

Nazrul Aznan
Penyelaras SAMM

03/12/2018

KENYATAAN MEDIA
BADRUL HISHAM SHAHARIN (che’GuBard)

3 Disember 2018

RAYUAN KES DIDAKWA PENGANJUR HIMPUNAN BLACKOUT 505 (PROTES PENIPUAN PRU KE 13)

1. Pihak media dan kawan kawan dijemput untuk hadiri perbicaraan penuh Rayuan Peguam Negara ke atas saya bersangkutan pertuduhan saya selaku penganjur HImpunan Blackout 505 di Petaling Jaya, Selangor pada 4 Disember 2018, jam 9.00 pagi di hadapan panel Hakim Mahkamah Rayuan, Putrajaya.

2. saya dituduh sebagai penganjur Himpunan Blackout 505 pada 16 Mei 2013 yang berjaya menghimpunkan sekitar 100,000 orang di Padang Timur, Petaling Jaya. Himpunan ini diadakan kerana PENIPUAN PRU ke 13.

3. Kali pertama saya didakwa pada Jun 2013 Di Mahkamah Sesyen PJ yang mana, DPP sendiri memohon lepas tanpa bebas kerana kepincangan dalam pendakwaan. Ketika itu saya hadir tanpa peguam membela diri sendiri hanya pertengahan kes sebelum pertengahan kes LFL hadir menjadi peguam bela. Kemudian beberapa bulan selepas itu saya didakwa semula dan selepas hampir 2 tahun proses bicara saya dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen PJ. Ketika itu saya dibela oleh Gobind Sigh Dan Haijan, terima kasih kerana mereka tampil membantu tanpa meminta satu sen pun.

4. Beberapa bulan selepas itu (2016) Pejabat Peguam Negara bawah Kerajaan BN telah merayu p**a di Mahkamah Tinggi Shah Alam. Selepas beberapa bulan melalui beberapa proses akhirnya (2017) saya dibebaskan Mahkamah Tinggi Shah Alam. Kali itu juga Gobind juga Haijan tampil membantu.

5. Terbaru Pejabat Peguam Negara (bawah Kerajaan PH) telah failkan rayuan di Mahkamah Rayuan Putrajaya p**a untuk kesalahan berkaitan Himpunan Blackout 505 dan InsyaAllah saya tak sepandai mana dalam bidang undang - undang namun saya telah menyiapkan juga hantar pembelaan bertulis sendiri (rujuk
/ klik https://www.facebook.com/chegubard/posts/2808907585801409). Esok (4 Disember) di depan panel Hakim Mahkamah Rayuan saya akan berhujah membela diri sendiri melawan hujah Peguam Negara.

6. Saya tidak pasti hendak simpulkan sama ada kesungguhan Peguam Negara dalam menfailkan rayuan kes ini membuktikan Pejabat Peguam Negara bekerja bersungguh – sungguh tanpa mengira latar atau kes saya ini lebih besar dari kes lain yang digugurkan begitu sahaja. Namun dengan izinNya saya akan hadapi dengan sedaya upaya.

7. Saya nyatakan secara jelas, ini proses keadilan terakhir jika panel Hakim menerima hujah Peguam Negara bahawa saya bersalah selaku penganjur kerana protes penipuan PRU 13 maka saya akan didenda. Saya haramkan satu sen pun duit carian titik peluh saya untuk membayar denda kes ini. Peguam Negara kerajaan Malaysia Baru bersungguh dalam merayu kononya menjadi salah berhimpun membantah penipuan PRU ke 13. Sekali lagi tidak pasti bagi Peguam Negara berhimpun itu salah atau bagi mereka PRU ke 13 tidak ada penipuan. Saya sedia di penjara dari bazirkan wang saya untuk kes ini.

8. Sebaik sahaja rayuan difailkan selepas lantikan Peguam Negara baru, saya sudah menghantar surat malah tanpa selindung saya juga telah berjumpa beberapa watak yang turut berucap malam kejadian yang dijadikan kes pertuduhan tersebut. Ada yang sudah menjadi Menteri, juga orang penting dalam Negara malah mereka hanya menyatakan akan usahakan. Namun sehingga hari ini esok kekal perbicaraan penuh rayuan akan berlangsung dan saya akan membela diri saya sendiri.

9. Simpati dan kesal saya pada mereka yang terlibat kerana terpaksa membuang masa mahkamah dan sumber Negara untuk kes ini.

Perjuangan adalah perlaksanaan – kata – kata

Sekian.

RAYUAN DANA BANTUAN PERSEKOLAHAN UNTUK PELAJAR MISKIN.Bersempena cuti sekolah, ramai ibubapa mula berkira-kira tentang p...
28/11/2018

RAYUAN DANA BANTUAN PERSEKOLAHAN UNTUK PELAJAR MISKIN.

Bersempena cuti sekolah, ramai ibubapa mula berkira-kira tentang persediaan anak-anak menjelang tarikh mula persekolahan pada tahun hadapan. Keluarga yang hidup di bawah paras kemiskinan bakal merasai keperitan di atas tanggungjawab utama ini, iaitu soal pendidikan untuk anak-anak yang merupakan satu kewajipan.

Kami mensasarkan pelajar-pelajar miskin dan anak yatim berusia 7 hingga 12 tahun di sekitar Bukit Sentosa / Bukit Beruntung.

Oleh itu, kami Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Hulu Selangor dalam misi membantu golongan pelajar miskin dan memohon tajaan dan sumbangan berupa beg sekolah atau alat tulis atau bantuan dana untuk pembelian pakaian sekolah mereka. Bantuan daripada individu atau pihak yang berkemampuan untuk bersama kami mengurangkan beban mereka yang tidak berkemampuan amat diharapkan. Sumbangan kalian walaupun sebesar RM10 tetap kami terima dan berbesar hati..

InsyaAllah, Dana dan sumbangan yang diterima akan kami sampaikan kepada pelajar miskin dalam bentuk beg sekolah dan alat tulis. Jika dana mencukupi, pihak kami akan belikan pakaian sekolah baru buat mereka.

Sumbangan kewangan boleh disalurkan terus melalui akaun wakil SAMM Hulu Selangor bernombor: 1620-1309-5188 (Maybank) di atas nama Megat Khairul Anuar Bin Razali.

SAMM Hulu Selangor juga mengalu-alukan sekiranya ada pihak samaada daripada sektor awam atau swasta yang ingin bekerjasama di dalam misi bantuan ini.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi:

> Norazlan Izwan - 017-596 5047
> Megat - 017-569 7966 (Whatsapp) @ 014-645 2355 (sms/call)
> Shafri Nua - 013-670 6702
> Mohd Ayubbi Ali - 019-325 8994

Segala sumbangan daripada tuan/puan kami ucapkan ribuan terima kasih.

"ORANG MISKIN HARUS SEKOLAH"

** Gambar & keratan akhbar dibawah adalah Program Sumbangan Pakaian Sekolah & Alat Tulis kpd Pelajar dari kalangan keluarga yg kurang mampu pada penghujung tahun 2016 & 2017..

25/11/2018

Adakah Air Percuma sebenarnya 'sudah hilang' di bumi Selangor. Bajet baru kerajaan negeri umumkan hanya yang berdaftar e kasih sahaja menerima air percuma.

Berapa ramai golongan B40 daftar dgn e-kasih?

Utk daftar dgn e-kasih pendapatan Pemohon (Ketua Isi Rumah) mesti RM1,500 (duduk bandar) & RM1,000 (duduk kampung).

Makanya ramai golongan B40 sendiri tak layak dapat Air Percuma.

Saya sebut dari awal isu rundingan air libat RM2 b yang melibatkan salah seorang lembaga (pemegang amanah) pengarah Institut Rakyat (badan pemikir PKR) selain antara punca mengakibatkan penyingkiran Khalid Ibrahim ia juga akan jafi beban tanggungan rakyat masa hadapan....

Apa kata anda ?





Jemput klik https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2790571954301639&id=100000465851843

aduan penyelaras DUN PKR (DENGKIL) 'lantik' syarikat sendiri untuk pembekalan dan dapat bayaran bawah peruntukan DUN yan...
17/09/2018

aduan penyelaras DUN PKR (DENGKIL) 'lantik' syarikat sendiri untuk pembekalan dan dapat bayaran bawah peruntukan DUN yang diurusnya, namun terus bisu klik

Baru jadi Penyelaras DUN, duit sedikit dia korup bayangkan kalau dia jadi Exco Kerajaan Negeri lebih jahanam rompakan. Klik gamba...

Address

Shah Alam
40000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM Selangor posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Solidariti Anak Muda Malaysia - SAMM Selangor:

Share