08/12/2019
KACANG PENYEBAB JERAWAT? PERSPEKTIF ATAU FAKTA? π€
Kacang dan jerawat merupakan isu yang cukup serig di kupas oleh mana-mana wanita.π Sebut sahaja pasal jerawat pasti di kaitkan dengan pemakanan kekacang, tetapi adakah betul isu persoalan ini atau ianya hanya kenyataan tanpa sebarang bukti kukuh dan mitos semata-mata?
Kacang ini sebenarnya mengandungi 26 jenis nutrisi di dalamnya, dan antara nutrisi tersebut adalah niancin, asid folates panthothenic, thiamin, riboflavin, choline, phosphorus, zink, manganese, lemak polyunsaturated dan peanut agglutinin.π
Di antara pelbagai nutrisi yang terdapat di dalam kacang ini, *dua* daripadanya mampu menyebabkan kulit wajah anda berjerawat!
Lemak poly-saturated atau lebih di kenali sebagai Omega-6 yang mampu menyebabkan berlakunya jerawat!
Lemak Omega-6 menghasilkan cytokines dan prostaglandins yang bertanggungjawab menyebabkan berlaku radang di dalam badan dan sekaligus membuatkan immune sistem melawan dan membersihkan ia dari dalam badan. Hasil dari radang yang berlaku di dalam tubuh menyebabkan jerawat tumbuh.π₯
Peanut agglutinin merupakan protein kacang dan protein ini tidak bagus kerana ia boleh menyebabkan pelbagai jenis masalah penghadaman dan salah satu daripadanya iailah βLeaky gutβ atau usus bocor.π±
Dan apabila perkara ini berlaku, ia akan menyebabkan diri kita terdedah kepada alahan makanan, keradangan dan masalah immune badan. Masalah seperti ini adalah sangat tidak baik kepada kulit kita.π€
Sebenarnya untuk mengelakan berlakunya masalah jerawat pada kulit, elakkan dari memakan makanan yang menyebabkan diri anda alahan dan sekaligus membuatkan diri anda di hinggapi dengan jerawat-jerawat yang menyakitkan hati.π
Jaga gaya pemakanan anda, kurangkan makanan berlemak dan berminyak.π½ Pastikan anda banyak minum air masak dan jika masalah jerawat terlalu serius di sarankan supaya anda berjumpa dengan doktor segera bagi mengelakkan masalah kulit menjadi lebih teruk.π©π»ββπ¨π»ββ