28/02/2023
Bismillahirrahmanirrahim.
Makrifatullah
Makrifatullah adalah tahap kefahaman seorang insan dalam mengenal Allah. Ada bermacam tingkatan kefahaman mengenal Allah. Sang Penulis ringkaskan kepada seperti yang di bawah:
Tingkatan ilmu makrifat
Makrif Jadidah (Tingkat Pertama)
Makrif Jadidah bererti orang yang baru mengenal akan Allah.
Untuk insan yang pertama kali mengenal Allah, sudah pasti dia cuma hanya mengenali nama Allah. Di tahap ini adalah tahap permulaan bagi makrifatullah.
Seperti yang kita sedia maklum, Allah itu ada berbagai nama. Dan 99 nama adalah yang wajib kita ketahui. Ada p**a sifat 20 Allah. Dan sifat mustahil bagi Allah. Namun, hakikatnya kita tidak akan pernah mengenal dan melihat wajah Allah secara keseluruhan. Kerana sifat kita sebagai manusia itu terbatas.
Selain dari nama-nama tersebut, ada satu rahsia yang ingin Sang Penulis kongsikan kepada Sang Pembaca iaitu Allah juga mempunyai Nama Nama Agung. Contohnya didalam surah AlBaqarah ayat 255. Seperti kita sedia maklum, inilah ayat yang membawa makna Allah itu maha Agung. Sebagai pengenalan pertamaNya, Allah menyifatkan diriNya sebagai Maha Agung di dalam ayat kursi ini.
Antara nama Allah yang ada di dalam ayat tersebut adalah:
1) Allah Yang Maha Hidup Dan Terus Menerus Mengurus
2) Allah Tidak Mengantuk Dan Tidak Tidur
3) Allah Maha Agung
Apabila kita baca tanpa memahami, itulah yang dikatakan tingkat pertama dalam mengenal Allah.
Ditingkat ini, kita hanya mengetahui tanpa ilmu.
Tingkat seterusnya, Sang Penulis terus merujuk kepada terjemahan dan makna dalam bahasa melayu. Kerana tidak dituliskan di dalam kamus googlenya berkenaan nama.
Tingakat Kedua (2)
Tingkat kedua ini bilamana Al-Insan atau manusia mula memikirkan dan mula mendalami akan makna tersebut.
Di tingkat ini, Ahli Makrifat tersebut akan memahami tentang Allah. Tetapi belum cukup untuk memahami kerana di tingkat ini, ahli tersebut berada di dalam keadaan "Tali yang berikat-ikatan"
Apa yang dilalui oleh sang pencari tuhan ini akan mula menyoal kepada dirinya sendiri. "Betul ke apa yang disampaikan orang ni?" "Mana rujukannya?"
Seterusnya dia akan terkeliru dan jika tidak bernasib baik, dia akan tinggalkan islam.
Tingkat ketiga (3)
Selepas dia bergelut dengan dirinya sendiri, akhirnya dia dapat sambungkan apa yang tersimpul selama dia cuba untuk memahami tentang Allah. Dia mula merasa faham kenapa perlu memeluk agama dan berpegang kepada syariat islam.
Selain itu, di tingkat ini kita akan merasa seolah sudah kenal akan Allah. Sedangkan ditingkat ini hanyalah tingkat permulaan bagi mengenal Allah yang Haq.
Jika beruntung, dia akan menjumpai yang dikatakan Mursyid Sejati.
Tingkat keempat (4)
Pada ketika ini, ahli makrifat ingin mencari guru yang sejati. Namun hakikatnya, guru sejati itu ada di dalam diri mereka.
Di dalam usaha mencari guru, banyak yang dia pertikaikan bagi memastikan guru itu adalah Mursyid yang sebenar dicari.
Ada p**a yang telah sampai di tahap ini, merasakan dirinya lebih hebat daripada sekalian guru mursyid. Hal ini terjadi, kerana dia sudah mempercayai bisikan dari dirinya.
Perlulah kita ketahui, iblis itu paling takut dengan guru yang mursyid. Oleh sebab itu, insan yang telah mencapai tahap ke 4 ini merasakan tidak perlu dan dia telah berputus asa dari mencari Mursyid yang sejati.
Tingkatan kelima (5)
Di tingkat ini, ahli makrifat boleh diibaratkan seperti intan permata. Sukar untuk kita berjumpa dengan mereka ini. Kerana dari sifat kezuhudan dan tawadduknya kepada Allah menyembunyikan diri mereka.
Di tingkat ini, banyak perkara yang telah di perlihatkan olehNya. Antara contoh adalah kasyaf atau terbuka mata hijabnya.
Apabila terbuka mata hijab, akan terlihatlah segala benda yang ghaib. Yang tidak terlihat akan dipertontonkan kepadanya.
Dia merasakan seolah-olah dia sedang berkata-kata dengan Allah. Dan dia menyaksikan tiada yang ada/wujud melainkan Allah.
Di tingkat ini, kepercayaan dan kefahamannya adalah dia hidup bersama-sama Allah.
Adapun yang tersilap langkah, menjadi penghukum bagi orang lain. Sedang diri sendiri Allah menghijabkan dari melihat diri nya.
Di tahap tingkatan ini, godaan iblis lebih kuat berbanding tahap-tahap rendah sebelumnya. Di sini iblis akan menggoda kita untuk berpaling dari melihat Allah. Sebaliknya melihat keburukan dan aib makhluk yang lain.
Sekiranya dia berjaya melepasi tingkat ini dengan sifat tawadduk, inshaa Allah pasti akan mencapai ke maqam seterusnya.
Kerana Tawadduk itu bermaksud menundukkan pandangan. Tidak ingin dia melihat akan aib aib bahkan keinginannya hanya ingin melihat Allah.
Tingkat ke enam (6)
Di tingkat ini kebanyakannya hanya dipilih oleh Allah untuk menjadi wali. Kebanyakan insan terpilih ini tidak diangkat menjadi mursyid. Kerana tugas yang diberikan oleh Allah adalah berbeza mengikut rezeki masing-masing.
Ada yang ditugaskan untuk menjaga ekonomi negara. Ada yang ditugaskan untuk menjaga tumbuh tumbuhan. Ada p**a yang ditugaskan untuk menjaga rabithah dan wasilah yang diturunkan oleh Mursyidnya.
Di tingkat ini, godaan iblis itu sentiasa ada. Cuma barangsiapa yang telah berada di tingkat ini, sudah tahu cara untuk bersilat dengan iblis.
Disebabkan ilmu pengetahuannya tadilah dia berjaya menduduki tahap seterusnya.
Tahap ketujuh (7)
Ana Al-Haq
Yang dimaksudkan dengan Ana Al-Haq adalah pengakuan dirinya sebagai Yang Hakiki.
Di tahap ini godaan yang paling besar adalah merasakan diri itu seolah olah seperti dirinya itulah Allah.
Itulah yang menjadikan firaun. Merasakan dirinya adalah tuhan. Dan ego mulai meninggikan diri. Kerana di tahap ini, Allah mengizinkan kepadanya satu ilmu Allah. Iaitu kehebatan yang dilalui.
Contoh seperti mukjizat para nabi dan keramat para wali.
Hal ini lah yang memesongkan akidah. Namun jangan lah kita menilai sesuatu dari rupa. Jika kita melihat sesuatu yang tidak elok di depan kita, ketahuilah Allah maha mengetahui.
Terkadang Allah sengaja menunjukkan diriNya melalui mursyid atau wali Allah. Kerana sifat sifat mursyid atau wali Allah ini seperti di tingkat seterunya dan yang terakhir.
Tingkat kelapan (8)
Di tingkat ini, para wali Allah sudah mematikan dirinya. Hal ini bagi membuktikan bahawa manusia itu sifatnya akan mati. Manakala Allah itu maha hidup.
Selagi mana dia berpegang kepada tali Allah, iaitu wasilah dan rabithah maka dia akan terselamat dari azab kuburnya.
Di tingkat ini merupakan tingkat terakhir bagi pejalan ilmu makrifat. Kerana tidak ada lagi yang bernama insan yang ada hanyalah Allah semata.
Yang mana masih mempunyai ego, dan merasakan dirinya sahaja yang benar akan melihat kesalahan orang lain. Sedang itu berada di tingkat ke 3.
Sesungguhnya milik Allah lah segala ilmu dan kepada Allah lah Sang Penulis memulangkan IlmuNya.
Kesimp**annya, Ini hanyalah ilmu hakikat bagi makrifat. Kerana ilmu makrifat itu tidak boleh dituliskan dengan kata-kata. Kerana itu adalah rahsia Allah.
Dan tidaklah Sang Penulis berniat untuk mengajar kita melainkan hanya berkongsi ilmu. Tidak p**a kita diajarkan untuk menilik atau membelek2 diri kita berada di tahap mana. Dimanapun kita berada itu tidak penting. Hanya redha Allah yang dicari supaya jalan nak p**ang berjumpa denganNya diterangi.
Hanya dengan Allah kita mengenal Allah. Dan Mursyid itu sebagai kunci bagi mengenal Allah.
Akhir kata dengan istighfar pengubat hati. Astaghfirullahaladzim.