12/05/2026
TIP PERSEDIAAN DAN SENARAI SEMAK HAJI DAN UMRAH (BAH 2)
Alhamdulillah banyak saya terima feedback dari pembaca.
Mereka kata TIP PERSEDIAAN DAN SENARAI SEMAK HAJI DAN UMRAH di bab akhir buku banyak membantu persediaan keperluan tunai umrah dan haji.
Ahlamdulillah.
Senarai ini agak terperinci siap ada cerita lagi. Maka ianya panjang. Saya pendekkan supaya tak lenguh anda membaca.
Sila baca di sini dulu untuk bahagian 1.
https://www.facebook.com/share/p/DobRYVTsHPb4sJR8/?mibextid=oFDknk
Kepada bakal jemaah, sahabat jemaah, saudara mara bakal jemaah bolehlah kongsikan. Insya-Allah bermanfaat.
Kita mudahkan orang lain, mudahan Allah mudahkan kita menjadi tetamu-Nya.
Aamiin.
Ini sambungannya. (Masih untuk jemaah wanita)
✅️KASUT TAWAF
Kasut ini kita sarungkan bila masuk ke masjid terutama jika kita ingin bertawaf dan saie. Kasut biasa tidak boleh dipakai hingga ke dalam masjid. Dikhuatiri ada najis dan kotoran yang melekat.
Kasut tawaf ini tebal dan bertapak kesat. Hanya menutupi hingga pergelangan kaki menjadi alas untuk berjalan jauh. Lebih selesa bergerak dan stokin kaki tidak mudah terkoyak.
Sediakan sepasang dari Malaysia atau beli sahaja di Mekah atau Madinah. Lebih kurang 10 riyal sahaja harganya dan dijual merata-rata di sana.
✅️ SANDAL /KASUT
Kasut yang selesa sangat penting kerana kita banyak berjalan. Kerja-kerja haji dan umrah memang lasak. Pakai kasut yang bersarung dan melekat kemas di kaki. Tak perlulah nak bergaya bertumit tinggi. Elakkan kasut dipijak dari belakang dan tersungkur jatuh ketika bersesak.
✅️ BEG/ UNCANG KASUT
Kasut tidak boleh dipakai di dalam masjid. Perlu diletak ditempat yang disediakan. Agak menyusahkan jika terpaksa berpatah semula ke pintu masuk yang sama semata-mata untuk mengambil kasut.
Lebih selamat dan mudah, masukkan dalam uncang kasut dan bawa bersama. Jika sekeluarga mempunyai uncang berwarna sama yang terang, mudah untuk dikenali dari jauh lagi. "Ehh, itu mak saya la!!"
✅️ MINI SEJADAH SUJUD
Sejadah kecil ini mudah dibawa. Lipat dan masukkan ke dalam beg. Ada juga yang berbentuk beg. Apabila beg dibuka ia akan menjadi sejadah kecil.
Mereka yang ada alahan dan asma sangat sensitif dengan habuk. Ianya boleh menjadi pelapik sujud dan mengelak habuk. Boleh juga jadi penanda tempat solat di dataran atau di mana-mana sahaja.
✅️ BOTOL PENYEMBUR AIR (SPRAY KECIL)
Saiz kecil lebih praktikal dan mudah dibawa. Boleh berwuduk di mana-mana. Di dalam kapal terbang, bas, masjid, khemah dan ketika sukar mendapat air.
➡️Hanya semburkan air ke bahagian muka hinga mengalir. Letak tapak tangan dan ratakan air tanpa mengangkat kulit tangan dari anggota wuduk.
➡️Semburkan air hingga mengalir ke bahagian tangan p**a. Ratakan dengan cara yang sama. Lakukan bahagian kanan dan kiri.
➡️Sembur sedikit di bahagian kepala. Begitulah seterusnya ke bahagian kaki. Mudah bukan? Tak perlu berasak-asak menunggu giliran berwuduk ketika sesak.
✅️ TISU PEK KECIL
Sangat praktikal dibawa sentiasa dalam beg galas. Keperluan ketika bersin, selsema, batuk atau ada yang tertumpah di pakaian. Boleh jadi sedekah pada jemaah di sebelah yang memerlukan. Hulurkan sebungkus pasti sangat dihargai.
✅️ COTTON MUKA
Selain untuk membersih muka, ada tip dari seorang petugas haji wanita yang hampir setiap tahun membawa jemaah ke tanah suci. Katanya selitkan cotton muka yang telah dilipat dua ke tengah bahagian sulit. Mengelakkan cairan dari va**na terkeluar menjadi najis ketika batuk, jauh berjalan dan bergerak lasak. Ehm..cubalah.
✅️ PANTINER
Ini pun sangat perlu bagi saya. Kebersihan bahagian sulit ketika beribadah perlu dijaga.Terutamanya dalam 4 ke 5 hari perjalanan kerja haji. Seharian berjalan dan kita tidak sempat p**ang ke bilik untuk menukar pakaian dalam.
✅️ SELUAR DALAM PAKAI BUANG
Yang ini satu pilihan. Jika ingin mudah belilah dalam enam pasang. Digunakan sepanjang berada di Arafah dan Mina. Tiada masa mencuci pakaian. Pakai dan buang. Kan senang..
✅️ UBAT UNTUK MENAHAN UZUR JIKA PERLU
Terp**ang pada individu. Waktu haji saya tidak mengambil sebarang ubat kerana masanya yang panjang.Jumpa doktor dan bincang. Ambik ubat atau tidak bukan persoalan. Itu hanya ikhtiar Yang paling penting, doa harapan dan penyerahan kepada Allah yang lebih tahu dan berkuasa
✅️ UBAT UBATAN
Bawa ubat yang penting seperti ubat batuk, ubat sakit tekak, ubat gastrik, ubat demam, ubat cirit birit, vitamin C dan makanan tambahan yang biasa diambil. Jangan lupa minyak angin, vicks atau apa-apa yang selalu diguna bila berlaku kecemasan sakit yang ringan. Niatkan untuk berkongsi kerana pasti ada rakan jemaah yang memerlukan nanti.
✅️ GULA-GULA UBAT BATUK
Strepsil, Fisherman friend, Hacks, Woods dan jenama lain yang biasa diguna. Letak sebungkus dalam beg galas. Bila tekak rasa gatal atau orang sebelah batuk-batuk, capai dan hulur. Insya Allah bermenafaat.
Boleh juga bawa gula-gula batu dan asam jawa sebagai ubatan tradisi dan alami.
✅️ PERALATAN DANDANAN DIRI (TOILETRIES)
Syampu, sabun mandi, berus ubat gigi, ubat kumur, losyen dan lain-lain keperluan. Pastikan tidak berbau wangi. Kerana salah satu pantang larang ketika berihram tidak boleh berwangi wangian.
✅️ KRIM TUMIT (HEEL BALM)
Ketika umrah dan haji kita banyak berjalan kaki. Berkilometer sehari. Kadang-kadang tumit merekah dan pecah. Elakkan sebelum berlaku. Sapu krim. Ada peristiwa jemaah yang mengidap diabetes menjadi-jadi sakitnya bermula dari tumit yang pecah dan berdarah. Akhirnya dimasukkan ke hospital. Lebih baik kita mencegah.
✅️ PELEMBAB MUKA (MOISTURISER)
Yang ni pun elok dipakai. Terutama musim sejuk. Kulit jadi kering dan menggelupas. Cuaca kita berbeza.
✅️ PELEMBAB BIBIR
Sama seperti pelembab muka, pelembab bibir p**a mengelakkan bibir kering dan pecah.
✅️ PENYANGKUT PAKAIAN
Ini perlu terutamanya bila berkongsi bilik. Tiada penyangkut baju disedia. Juga untuk menggantung dan menyidai pakaian yang dicuci.
✅️ BEG PLASTIK MERENDAM BAJU
Ini tip dari seseorang. Jika ingin mencuci pakaian (terutama jemaah haji) boleh gunakan plastik ini sebagai ganti baldi. Bawa plastik yang agak tebal. Rendamkan pakaian dalam plastik ini semalaman. Esoknya lebih mudah untuk dibersihkan.
✅️ TALI
Jemaah haji yang mncuci pakaian kadang-kadang memerlukan tali kecil ini sebagai tali penyidai ampaian. Namun ia bukanlah satu kesemestian.
✅️ CERMIN MATA HITAM (SUNGLASSES)
Untuk mata yang alah cahaya terang, bagus pakai cermin mata gelap untuk melindungi. Ketika tawaf waktu tengahari memang boleh menyilaukan mata terutamanya lantai di dataran yang berwarna putih.
✅️ BUKU NOTA KECIL DAN PEN
Buku nota sangat berguna pada saya. Saya catatkan banyak perkara. Doa-doa yang dikirim untuk saya baca. Pesanan-pesanan rakan dan taulan. Catatan ilmu dari tazkirah yang diikut.
Begitu juga mencatat peristiwa yang memberi pengajaran kepada saya. Buku yang ditulis ini juga hasil dari catatan lama. Sampai sekarang saya simpan. Ada gunanya.
✅️ AL QURAN KECIL / TAFSIR / SURAH YASIN / AL MATSURAT / BUKU DOA / BUKU PANDUAN
Bila-bila masa terluang dalam penerbangan, dalam bas, di lobi hotel, selepas solat atau di mana sahaja, capai dan baca. Jangan bawa yang besar saiznya. Cukup yang ringan dan kecil. Boleh juga dijadikan cenderamata.
Bersambung lagi...
Psst.. Sesiapa yang nak percuma tip persediaan penuh boleh klik sini
Sesiapa yang nak Senarai semak terperinci keperluan haji dan umrah secara PERCUMA boleh klik sini ya
https://wa.me/60163571606?text=senaraisemakMBM
https://wa.me/60183160609?text=senaraisemakMBM