Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18

Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18 Perkhidmatan:-
1.Akuan Berkanun
2.Surat Akuan
3.Ikrar
4.Afidavit
5.Justifikasi Jaminan
6.Sumpah Wasi

21/02/2025
Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18  telah berpindah ke Kompleks PKNS Shah Alam di tingkat 3 Lot 03-17A. Wak...
02/02/2025

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18 telah berpindah ke Kompleks PKNS Shah Alam di tingkat 3 Lot 03-17A. Waktu operasi dari 8 pagi hingga 5 petang.

01/01/2025

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18 telah menamatkan operasi di Seksyen 18 dan akan berpindah ke lokasi yang baru.
Terima kasih kepada yang pernah hadir mendapatkan khidmat di sini.

30/12/2024

Pejabat Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18 akan ditutup pada 1 Jan 2025 dan akan berpindah ke lokasi yang baru.

Waktu operasi pejabat Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18  sepanjang bulan Ramadhan adalah dari 9 pagi - 4 petang.  ...
11/03/2024

Waktu operasi pejabat Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18 sepanjang bulan Ramadhan adalah dari 9 pagi - 4 petang.
Sila hubungi 01158911733.

Perkongsian dari PJS KL*PEMBATALAN SETEM HASIL OLEH PESURUHJAYA SUMPAH*Hari ini ingin saya menyentuh beberapa perkara ya...
31/05/2023

Perkongsian dari PJS KL

*PEMBATALAN SETEM HASIL OLEH PESURUHJAYA SUMPAH*

Hari ini ingin saya menyentuh beberapa perkara yang berkait rapat dengan perkhidmatan yang diberikan oleh *Pesuruhjaya Sumpah*:-

Kebelakangan ini ada saja pelanggan yang datang mintak saya untuk batalkan setem hasil atas pelbagai jenis dokumen dan perjanjian yang memerlukan bayaran duti setem.

*Persoalannya bolehkah Pesuruhjaya Sumpah membatalkan setem hasil? Kalau boleh atas dokumen jenis apa dan cara bagaimana setem hasil dibatalkan*

Bagi menjawab persoalan diatas mari kita tengok apakah sumber perundangan yang boleh dirujuk berkaitan perkara diatas.

*PERTAMA SEKALI*
*(INDIVIDU MANA YANG BOLEH MEMBATALKAN SETEM HASIL DAN ATAS JENIS DOKUMEN APA)*

*MENURUT BUTIRAN 1A JADUAL KEDUA (SEKSYEN 7) AKTA SETEM 1949*

*PESURUHJAYA SUMPAH* adalah individual yang dibenarkan untuk membatalkan setem hasil atas *Akuan Berkanun dan Afidavit* yang memerlukan bayaran duti setem. Biasanya setem hasil hanya dibatalkan atas *akuan berkanun* sahaja.
Manakala bagi dokumen *Afidavit* tiada keperluan untuk membatalkan setem hasil kerana Afidavit ini biasanya dibuat untuk difailkan dan digunakan dalam Mahkamah maka bayaran duti setem adalah dikecualikan. *Rujukan undang undang berkenaan pengecualian bayaran duti setem bagi Afidavit boleh didapati di BUTIRAN 2(i) JADUAL PERTAMA (Seksyen 4) Akta Setem 1949*

*KEDUA*
*(BAGAIMANA SETEM HASIL DIBATALKAN)*

*MENURUT SEKSYEN 7(4) AKTA SETEM 1949 dan ARAHAN AMALAN MAHKAMAH BERTARIKH 22-5-2014:-*

*Setem hasil dibatalkan dengan menandakan palang dan tarikh ke atas sebahagian setem dan sebahagian lagi di atas kertas yang dilekatkan setem* agar setem berkenaan tidak lagi dapat digunakan dengan apa-apa cara sekalipun. Dilampirkan dibawah Arahan Amalan Mahkamah dimana juga terkandung didalamnya contoh imej bagaimana setem hasil dibatalkan.

Ada segelintir Pesuruhjaya Sumpah mengunakan rekaan sendiri dan menokok tambah guideline yang diberikan dengan meletakkan *Cop Meterai Kecil Pesuruhjaya Sumpah* ke atas sebahagian setem hasil dan sebahagian lagi di atas kertas yang dilekatkan setem hasil itu. Alasan yang diberikan kononnya sekiranya tidak berbuat demikian, maka siapa pun boleh membatalkan setem hasil dengan mengikuti guideline undang-undang yang diberikan diatas. Alasan ini sama sekali tidak boleh diterima. Penggunaan cop meterai kecil Pesuruhjaya Sumpah ini untuk tujuan membatalkan setem hasil adalah tidak wajar sama sekali kerana bertentangan dengan dan tidak menepati kehendak Akta Setem 1949 itu. Alasan kedua kenapa cop meterai kecil Pesuruhjaya Sumpah tidak harus digunakan untuk tujuan pembatalan setem hasil kerana ianya bercanggah dengan fungsi dan tujuan utama penciptaan dan penggunaan cop meterai kecil pesuruhjaya sumpah itu tersendiri. Menurut *Kaedah 11(2)(c) Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah 2018* Cop meterai Kecil Pesuruhjaya Sumpah dicipta bertujuan untuk digunakan apabila ada apa-apa perubahan(alteration) yang dibuat dalam dokumen yang diberikan sumpah atau diikrarkan bukan digunakan untuk membatalkan setem pelekat.

*Persoalan seterusnya bolehkah Pesuruhjaya Sumpah mematikan/membatalkan setem hasil ke atas jenis dokumen lain atau mana-mana perjanjian yang memerlukan bayaran duti setem selain dari 2 jenis dokumen yang tersebut diatas.*

*Jawapannya tidak boleh.* Pesuruhjaya Sumpah tidak diperuntukkan dengan kuasa undang-undang lain untuk berbuat demikian. Kuasa yang diberikan kepada Pesuruhjaya Sumpah untuk membatalkan setem hasil hanya terhad kepada *2 jenis dokumen* sahaja iaitu *Akuan Berkanun dan Afidavit*. Sekiranya ada individu yang membawa mana-mana jenis dokumen/perjanjian selain dari 2 jenis dokumen yang tersebut diatas untuk tujuan pembatalan setem hasil nasihatilah individu tersebut untuk pergi ke pejabat duti setem LHDN bagi tujuan bayaran duti setem.

Disenaraikan di sini beberapa jenis dokumen yang tidak boleh dibatalkan setem yang biasanya dibawa kepada Pesuruhjaya Sumpah:-

1. Surat Akujanji
(Letter of Undertaking);
2. Ikrar;
3. Perjanjian sewaan rumah/kedai(Tenancy Agreement);
4. Perjanjian pinjaman Mara;
5.Sebarang jenis Perjanjian pinjaman
6. Memorandum Persefahaman
7.Perjanjian Jualbeli
8.Perjanjian Perkongsian (Partnership Agreement)

Sebenarnya ada banyak lagi tapi cukuplah setakat ini.

Semoga dengan penerangan yang tidak seberapa ini dapat memberi percerahan.




PESURUHJAYA SUMPAH SEKSYEN 18 Perkhidmatan yang disediakan:A} Akuan Berkanun 1960       *Akuan Bujang       *Akuan Penda...
06/05/2022

PESURUHJAYA SUMPAH SEKSYEN 18
Perkhidmatan yang disediakan:
A} Akuan Berkanun 1960
*Akuan Bujang
*Akuan Pendapatan
*Akuan Tempat Tinggal
*Akuan Pekerjaan
*Akuan Kerja (Sebutharga dan Tender)
*Akuan Berkaitan Jabatan Pendaftaran Negara
*Akuan Ar-Rahnu
*Akuan Pajak Gadai Hilang
*Akuan Permohonan Rumah (Rumah Selangorku DSB)
*Akuan Audit Syarikat
*Akuan E-Konsular
Dan lain-lain Perkhidmatan Akuan selaras dengan Akta Akuan Berkanun 1960
B) Dokumen Aku janji/ikrar
C) Surat Ikatan/Surat Kuasa Wakil/Surat Cara Lain
D) Affidavit dan Ekshibit
E) Borang A dan Borang DDA
F) Dokumen Penceraian
G) Dokumen Insolvensi
Perkhidmatan luar pejabat Pesuruhjaya Sumpah Seksyen 18 juga disediakan mengikut ketetapan Unit Pesuruhjaya Sumpah. Untuk maklumat lanjut sila hubungi Pesuruhjaya Sumpah Seksyen 18.
Alamat: No 11A-A, Jalan Pinang B 18/B, Seksyen 18, 40200 Shah Alam (Atas kedai bateri Century, sebaris McDonalds, kedai Avon dan Speedmart 99 )
WAKTU URUSAN
9.00 PAGI - 5.00 PETANG (Isnin-Jumaat)
Call atau wassap
http://www.wasap.my/601158911733
PESURUHJAYA SUMPAH SHAH ALAM SEKSYEN 18
011-5891 1733
https://maps.app.goo.gl/8HzPMk3EnugeMqgw6

WhatsApp Messenger: More than 2 billion people in over 180 countries use WhatsApp to stay in touch with friends and family, anytime and anywhere. WhatsApp is free and offers simple, secure, reliable messaging and calling, available on phones all over the world.

10/03/2022

Khidmat Pesuruhjaya Sumpah di Premis Anda. Jika ada keuzuran tidak dapat pergi ke Pejabat Pesuruhjaya Sumpah, Perkhidmatan ke rumah atau premis anda boleh diuruskan. Sila hubungi Pesuruhjaya Sumpah Seksyen 18 untuk makluman lanjut.

Lain-lain perkhidmatan di luar pejabat Pesuruhjaya Sumpah Seksyen 18 boleh dilakukan mengikut ketetapan Unit Pesuruhjaya Sumpah. Sila hubungi Pesuruhjaya Sumpah Seksyen 18 untuk makluman lanjut.

Alamat: No 11A-A, Jalan Pinang B 18/B, Seksyen 18, 40200 Shah Alam (Atas kedai bateri Century, sebaris kedai Avon dan Speedmart 99 )

WAKTU URUSAN
9.00 PAGI - 5.00 PETANG (Isnin-Jumaat)
Call atau wassap

http://www.wasap.my/601158911733

Berwajah baru.
20/01/2022

Berwajah baru.

Address

Tingkat. 3, Lot 17 A, Kompleks PKNS
Shah Alam
40200

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+601158911733

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pesuruhjaya Sumpah Shah Alam Seksyen 18:

Share