Maxoil Kuala Lumpur

Call Directions Contact the business

Maxoil Kuala Lumpur Ajen rasmi Maxoil! Pertanyaan lanjut, whatsapp di link:

Wassap.my/0128840643 �

Alhamdulillah,  beberapa ketika yang lepas, sempat bertemu dengan SS Ustaz Fauwaz Fadzil merangkap ex boss yang dahuluny...
06/10/2026

Alhamdulillah, beberapa ketika yang lepas, sempat bertemu dengan SS Ustaz Fauwaz Fadzil merangkap ex boss yang dahulunya aku pernah berkhidmat bawa beliau pusing serata Malaysia dalam menghadiri program ceramah dan kelas di merata tempat bersama Mohd Khairul Hafizan.

Pertemuan di pejabat Madkhal di Damansara sempena program rakaman untuk apps Madkhal yang memfokuskan hal berkaitan dengan Islam dan kalian patut download dan gunakan. Memang recomended.

Bertemu juga dengan sahabat lama Muhammad Hanif Rosli dan team Madkhal yang dulu rakaman ini dibuat di pejabat Akar Digital. Tetapi setelah mereka mempunyai pejabat sendiri, maka rakaman tersebut dibuat di pejabat mereka di Damansara ni.

Alhamdulillah, walaupun tak lagi menjadi pembantu khidmat kepada SS kerana kekangan yang sukar diubah, tetapi dapat mengambil sedikit ilmu dan baraqah itu melalui rakaman dan program sebegini.

Kadang², tengok komen² yang mungkin berbeza pendapat dengan beliau ni geram juga, takda adabnya satu hal, takda ilmunya satu hal lagi. Tapi sepanjang mengikuti beliau, sedikit sebanyak aku memahami bagaimana corak pemikirannya dalam melihat sesuatu isu dan pada aku layaklah kerusi yang didudukinya sekarang.

Kita mungkin boleh berbeza pendapat, tetapi perbezaan itu adalah satu rahmat. Jangan memusuhi peribadinya, tetapi berbeza pendapatlah dengan adab dan ilmu yang diberikan.

Semoga kita terus aman dengan nikmat iman dan Islam.

Alhamdulillah,  hantar minyak ATF pada regular pengguna Maxoil Kuala Lumpur  kita. Minyak gearbox korang tu jangan ingat...
20/09/2026

Alhamdulillah, hantar minyak ATF pada regular pengguna Maxoil Kuala Lumpur kita. Minyak gearbox korang tu jangan ingat selama-lamanya tak perlu tukar. Nak baik dalam 20-30k tukarlah. Pakai minyak yang original dan memang dah terbukti.

​Kereta kesayangan pun nak kena belai juga. Tukar minyak ATF ikut jadual, barulah pemanduan mantap & poket tak bocor lepas ni. Kalau problem gearbox ni, masak oii nak repair. Makan riban.

​Siapa nak selesaikan masalah gearbox sentak/kasar, meh DM Maxoil Kuala Lumpur sementara stok masih ada!"

Enjin rasa berat sangat, tekan² rasa tak pergi. Entah apahal owner rasa enjin dia lama² tak pergi. Power makin kurang. B...
06/08/2026

Enjin rasa berat sangat, tekan² rasa tak pergi.

Entah apahal owner rasa enjin dia lama² tak pergi. Power makin kurang.

Bila semak, antara sebabnya pakai minyak tak berkualiti, bukan yang original.

Antara problem bila pakai minyak tak ori ni, minyak recycle tu lama² boleh jadi sludge.

Minyak tu menjadi pekat dan melekat di dinding² enjin.

Proses pembakaran juga menjadi lebih kerana enjin perlu bekerja keras memerah tenaga untuk mencapai kelajuan kehendak tuan. Naya enjin.

Tapi bila pakai minyak original seperti Maxoil ni, barulah enjin boleh bernafas dengan baik dan lega.

Pembakaran dan pergerakan geseran enjin lancar. Ditambah p**a ada additive perlindungan dari geseran kasar pada minyak enjin menjadikan enjin lebih mudah dihidupkan dan terlindung.

Maxoil telah dibuktikan di dalam track dan perjalanan harian. Rasai prestasinya!

Alhamdulillah,  hantar lagi pada pengguna berkaliber yang memilih Maxoil sebagai minyak rasmi untuk kereta beliau. Broth...
22/07/2026

Alhamdulillah, hantar lagi pada pengguna berkaliber yang memilih Maxoil sebagai minyak rasmi untuk kereta beliau.

Brother ni memang pengguna setia dari dulu. Sejak kenal pertama kali merasai, terus consistent order sampai sekarang.

Minyak 5w30 3L ni set dengan oil filter PRo3 khusus nak pakai kat Axia. Harga masih mantain harga marhaen.

Mari cuba pakai sekali, roger Maxoil Kuala Lumpur tengok kawasan mana, kita send sampai depan pintu.

Tak pakai tak tahu rasa dia. Dah pakai baru tahu penangan dia!

Semakin banyak pengeluar kenderaan hari ini menggunakan enjin Turbo GDI (Gasoline Direct Injection) yang lebih berkuasa ...
05/07/2026

Semakin banyak pengeluar kenderaan hari ini menggunakan enjin Turbo GDI (Gasoline Direct Injection) yang lebih berkuasa dan menjimatkan bahan api. Namun, enjin moden ini juga lebih terdedah kepada fenomena Low Speed Pre-Ignition (LSPI).

Apakah itu LSPI?
LSPI ialah pembakaran awal yang berlaku sebelum masa pencucuhan sepatutnya. Keadaan ini boleh menyebabkan hentakan luar biasa (abnormal combustion) yang berisiko merosakkan piston, connecting rod dan komponen dalaman enjin jika berlaku berulang kali.

Mengapa pilih API SQ?
✔ Diformulasikan untuk membantu mengurangkan risiko LSPI.
✔ Perlindungan lebih baik terhadap kehausan rantai pemasaan (timing chain).
✔ Mengawal pembentukan deposit dan enap cemar.
✔ Ketahanan pengoksidaan yang lebih tinggi untuk prestasi minyak yang lebih stabil.

Memperkenal satu lagi produk terbaru Semi API SQ 0W-20 memberikan perlindungan yang diperlukan oleh enjin moden tanpa menjejaskan kecekapan bahan api.



Sumber info: Maxoil

Amik stok dulu, set Maxoil 10w40 dengan oil filter untuk kereta, amik sekali Ultra 1 liter untuk mesin pejuang harian ki...
25/06/2026

Amik stok dulu, set Maxoil 10w40 dengan oil filter untuk kereta, amik sekali Ultra 1 liter untuk mesin pejuang harian kita.

Bila dah servis, tukar minyak lama dengan baru, barulah mesin jalan dengan padu!
Mesin kena jaga, pakai minyak original. Jangan pakai minyak beli kat shop**, murah². Lepas tu tak lama pakai enjin jahanam pasal pakai copy ori.

Labur sikit, mahal sikit. Maxoil pun ada minyak yang harga murah, tapi prestasi tak menghampakan. Kasi cubalah, jangan ragu².

Sambil tu sembang² amik ilmu baru dengan sifu minyak Abg Sham, memandangkan sudah lama tak menuntut.

Nak, mari hallo Maxoil Kuala Lumpur. Kita hantar sampai depan rumah!

Betul ke kalau kita salah pilih minyak, enjin jadi berat?Kalau ikut pemahaman dan pengalaman, ada beberapa masalah biasa...
10/06/2026

Betul ke kalau kita salah pilih minyak, enjin jadi berat?

Kalau ikut pemahaman dan pengalaman, ada beberapa masalah biasanya yang terjadi.

1. Enjin sedikit berat

Enjin akan jadi berat sikit apabila kita tidak memakai gred minyak yang sesuai dengan enjin atau yang disyorkan oleh pengeluar. Contohnya enjin sepatutnya pakai 0w20, tetapi memilih memakai 15w50 atau 20w50. Maka, kitaran minyak yang lebih tebal menjadikan keupayaan enjin melebihi dari sepatutnya. Ia menjadikan enjinsedikit berat daripada biasa.

2. Kesesuaian minyak dan penyedut minyak hitam enjin

Mengambil contoh diatas, 0w20 disyorkan kerana penyedut minyak enjin yang lebih halus digunakan pada kenderaan yang disyorkan. Ia bertujuan melancarkan keupayaan minyak enjin berpusing di dalamnya.

Apabila minyak enjin yang tidak bersuaian digunakan, maka penyedut tidak mampu menyedut dengan lancar dan baik menjadikan risiko enjin cepat rosak berikutan kekurangan minyak semasa Ia beroperasi. Antara kerosakan yang boleh berlaku adalah calar pada piston dan blok enjin dan menjadikan peranan enjin tidak efisien.

Ini antara sebab yang ada. Namun ada sebaliknya juga berlaku. Lain hari kita cerita lagi.

Terima kasih Adib Adang pilih Maxoil Kuala Lumpur . Kita send macam biasa pada foreman Puchong kita. Apa² boleh roger!

Myvi G3, minyak enjin apa sesuai?Kalau ikut gred yang dikeluarkan adalah 0w20 Fully Synthetic. Tapi ada yang memilih 5w3...
02/06/2026

Myvi G3, minyak enjin apa sesuai?

Kalau ikut gred yang dikeluarkan adalah 0w20 Fully Synthetic. Tapi ada yang memilih 5w30 juga sebagai pilihan lain.

Tapi, yang terbaik adalah apa yang disyorkan oleh pengeluar. Pasti ada sebabnya mengapa 0w20 4L Fully Synthetic ini menjadi gred yang disyorkan.

Antara sebabnya adalah ruang tapisan dan penyedut minyak enjin yang menggunakan lubang halus. Dan ini memerlukan gred minyak yang lebih tipis untuk memudahkan minyak enjin naik ke atas.

Jadi, pakailah minyak mengikut gred yang disyorkan oleh pengeluar demi prestasi dan penjagaan enjin yang lebih fleksibel dan berkualiti tinggi.

Terima kasih brader Sawlihim Fotografi, antara pengguna tegar Maxoil dari sejak awal kemunculannya dahulu. Beliau memang dah merasai bagaimana enjin yang bersih, lancar dan tip top prestasinya hanya dengan menukar jenis minyak yang digunakan.

Nak rasa sendiri? Mari roger Maxoil Kuala Lumpur

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Maxoil Kuala Lumpur ✨🌙Di hari yang penuh keberkatan ini, semoga segala pengorban...
27/05/2026

🌙✨ Selamat Hari Raya Aidiladha daripada Maxoil Kuala Lumpur ✨🌙

Di hari yang penuh keberkatan ini, semoga segala pengorbanan, keikhlasan dan doa kita diterima serta dipermudahkan segala urusan hidup. 🤍

Terima kasih kerana terus mempercayai dan menyokong Maxoil Kuala Lumpur sepanjang perjalanan kami. Sokongan anda amat bermakna buat kami! 💪🚗

Semoga Aidiladha kali ini membawa ketenangan, rezeki yang melimpah serta kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Hati-hati di jalan raya dan semoga perjalanan anda sentiasa lancar bersama perlindungan enjin terbaik 🔧✨

🌿 Selamat Hari Raya Aidiladha
Ikhlas daripada keluarga Maxoil Kuala Lumpur 🌿

Terima kasih kepada Haji Nazri dan anak yang sentiasa support Maxoil Kuala Lumpur! 🙌Alhamdulillah, pilihan yang baik, mi...
20/05/2026

Terima kasih kepada Haji Nazri dan anak yang sentiasa support Maxoil Kuala Lumpur! 🙌

Alhamdulillah, pilihan yang baik, minyak original bukan recycle, produce di Malaysia sejak 1992! 💪🚗

🔥 PROMO ISTIMEWA 🔥
Minyak Enjin Maxoil 5W30 Semi Synthetic

Oil Filter khas untuk Myvi Gen3 sekali!

✅ Memberikan perlindungan enjin yang lebih lancar
✅ Membantu kurangkan geseran & bunyi kasar enjin
✅ Penjimatan minyak yang lebih baik untuk pemanduan harian
✅ Sesuai untuk cuaca panas & perjalanan jauh
✅ Prestasi enjin lebih ringan dan responsif

Maxoil 5W30 ni memang pilihan terbaik untuk yang nak jaga enjin supaya tahan lama dan maintain performance 👍

Terima kasih sekali lagi kepada semua customer dan supporter yang percaya dengan Maxoil Kuala Lumpur ❤️
Support anda memang padu! 🔥

Maxoil Kuala Lumpur : Wassap.my/0128840643/Maxoil

Address

18/26
Seri Kembangan
43300

Telephone

+60128840643

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maxoil Kuala Lumpur posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Maxoil Kuala Lumpur:

Shortcuts

Share