DUN Bukit Kepayang N21

Call Directions Contact the business

DUN Bukit Kepayang N21 Service centre for DUN Bukit Kepayang N21

Terima kasih YB! YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang telah turun menyantuni para penduduk Taman Lazuli...
26/10/2026

Terima kasih YB! YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang telah turun menyantuni para penduduk Taman Lazuli 1 & 2 dalam Sesi Libat Urus Bersama Penduduk berhubung cadangan mendirikan struktur telekomunikasi di kawasan tersebut. Pihak pelaksana dan penduduk saling bertukar pendapat demi memastikan kesejahteraan rakyat seiring agenda pembangunan negara.

Tanda arah di persimpangan lampu isyarat AEON Mall S2 / terowong telah dibetulkan. Susulan aduan dari pengguna trafik me...
20/10/2026

Tanda arah di persimpangan lampu isyarat AEON Mall S2 / terowong telah dibetulkan. Susulan aduan dari pengguna trafik mengenai kesilapan tanda arah yang mengelirukan sebelum ini, Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang telah menghubungi pihak yang berkenaan untuk membetulkannya semula.

Tidak bertanggungjawab. Terdapat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan longkang telah membuang sisa-sisa kon...
18/10/2026

Tidak bertanggungjawab. Terdapat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja pembaikan longkang telah membuang sisa-sisa konkrit dan juga merosakkan jalan. Susulan aduan daripada penduduk yang terkesan, wakil Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang telah melawat tapak tersebut dan membuat aduan SISPAA MBS untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Dengarkan suara kami! YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang telah menyantuni dan mendengar aduan serta k...
16/10/2026

Dengarkan suara kami! YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang telah menyantuni dan mendengar aduan serta keluh kesah peniaga-peniaga di Jalan Dato' Lee Fong Yee berhubung pelaksanaan penutupan jalan dua hala tersebut untuk memberi laluan kepada penempatan khemah-khemah jualan. Sehubungan dengan itu, satu memorandum bantahan oleh para peniaga tersebut telah diserahkan kepada Y.Bhg. Datuk Bandar, Bandaraya Seremban untuk pertimbangan yang sewajarnya.

Kita jaga Komuniti kita. Terdapat ibu bapa pelajar SMK Puteri, Seremban yang prihatin mengenai penutupan dua tangga peng...
12/10/2026

Kita jaga Komuniti kita. Terdapat ibu bapa pelajar SMK Puteri, Seremban yang prihatin mengenai penutupan dua tangga penghubung di hadapan sekolah tersebut akibat kerja-kerja pemasangan paip. Susulan daripada aduan tersebut Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang telah memeriksa tapak itu dan menghubungi pihak SAINS untuk segera membuka tangga tersebut. Terima kasih kepada ibu bapa pelajar yang cakna dan bantu lawat tapak itu walaupun hujung minggu. Anda tahu siapa anda 👍🏽

Tiada yang terlepas pandang. Susulan aduan tanah runtuh / hakisan di Jalan Bukit Mutiara Galla - Bukit Kristal daripada ...
11/10/2026

Tiada yang terlepas pandang. Susulan aduan tanah runtuh / hakisan di Jalan Bukit Mutiara Galla - Bukit Kristal daripada Wakil Komuniti setempat, YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang terus mengadakan lawatan dan pemeriksaan tapak. Beliau yang diiringi oleh Penghulu Mukim Bukit Kepayang, Tuan Nizam Jusoh bersama dengan Jurutera JPS Daerah Seremban dan Jab. Kejuruteraan MBS telah turun padang memeriksa kerosakan struktur tanah tersebut. JPS Daerah Seremban akan membaikinya pada kadar segera.

Wakil Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang membantu dan memudahcarakan urusan pengambilan anak angkat seorang penduduk Bukit...
08/10/2026

Wakil Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang membantu dan memudahcarakan urusan pengambilan anak angkat seorang penduduk Bukit Kepayang dengan pihak-pihak yang berkenaan. Anak adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai. Semoga dipermudahkan segala urusan Ibu dan anak hendaknya.

YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang telah turun padang menyertai program penukaran tong-tong sampah la...
07/10/2026

YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang telah turun padang menyertai program penukaran tong-tong sampah lama kepada baharu di Taman Bukit Kelisa. Program penukaran tersebut dilakukan oleh pasukan SWM Environment Sdn. Bhd. dan melibatkan sejumlah 164 buah rumah. Ada di antara penduduk yang telah menukar tong sampah mereka sebelum ini di atas inisiatif sendiri akibat kerosakan.

Pasukan SWM Environment yang diketuai oleh Encik Muhamad Zulkamal bin Mat Izan selaku Pembantu Logistik bersama-sama pasukannya telah melakukan khidmat terbaik dengan menyelesaikan proses tersebut dalam masa yang ditetapkan. Tong sampah baharu yang digantikan mempunyai ciri-ciri kapasiti dan warna yang sama namun lebih berkualiti dari segi material.

Para penduduk p**a menghargai usaha penukaran tong-tong sampah tersebut kerana ada di antaranya yang sudah rosak. Manakala penduduk warga emas p**a menghadapi kesukaran untuk membawa dan menukarnya di pusat penukaran yang ditetapkan. Wakil Komuniti iaitu Encik Ang Seng Wan bersama-sama penduduk yang lain menzahirkan penghargaan atas tindakan pantas terhadap aduan tong sampah tersebut. ‘Kami berterima kasih kepada YB ADUN kerana pantas menangani aduan dan permohonan kami’ ujarnya.

YB Puan Nicole Tan mengambil masa menyantuni para penduduk dengan bertanya khabar dan mendengar sebarang isu atau permasalahan yang dihadapi. ‘Kita berpeluang untuk masuk terus ke komuniti akar umbi dan memastikan sebarang isu dapat ditangani demi kesejahteraan rakyat’ kata beliau.

Wakil Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang telah melawat kawasan aduan longkang tersumbat yang telah mengakibatkan banjir ki...
01/10/2026

Wakil Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang telah melawat kawasan aduan longkang tersumbat yang telah mengakibatkan banjir kilat di hadapan kedai makan di Jalan RK5/3. Pihak SWM telah membantu membersihkan longkang tersebut dgn kadar segera. YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang mengingatkan semua pihak untuk bersama menjaga kebersihan kawasan umum.

Susulan mendapat aduan kerosakan laluan pejalan kaki daripada pihak PIBG SJKT Convent Seremban 2, wakil Pusat Khidmat DU...
28/09/2026

Susulan mendapat aduan kerosakan laluan pejalan kaki daripada pihak PIBG SJKT Convent Seremban 2, wakil Pusat Khidmat DUN Bukit Kepayang telah melawat tapak lokasi tersebut bersama dengan Pengurusan PIBG. YB Puan Nicole Tan Lee Koon(陳麗群), ADUN Bukit Kepayang telah segera menghubungi kontraktor terlibat dan meminta supaya kerja-kerja pembaikan dilaksanakan terus demi keselamatan para pelajar.

Address

Pusat Khidmat N21 DUN Bukit Kepayang 65, Jalan MPK 3, Taman Bukit Kepayang, 70200 Seremban
Seremban
70300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Telephone

+60176922986

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when DUN Bukit Kepayang N21 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to DUN Bukit Kepayang N21:

Shortcuts

Share