Hj Kamarol Ridzuan

Call Directions Website Contact the business

Hj Kamarol Ridzuan Timbalan Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Negeri Sembilan
ADUN Paroi
Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan

Alhamdulillah minggu ini di Pejabat Pusat Khidmat menyantuni masyarakat DUN Paroi. Semoga dipermudahkan segala urusan.
28/10/2026

Alhamdulillah minggu ini di Pejabat Pusat Khidmat menyantuni masyarakat DUN Paroi. Semoga dipermudahkan segala urusan.

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan menghadiri Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bagi Penyediaan Kajian Rancangan Te...
27/10/2026

Alhamdulillah, hari ni berkesempatan menghadiri Bengkel Focus Group Discussion (FGD) bagi Penyediaan Kajian Rancangan Tempatan Malaysia Vision Valley 2040 Daerah Seremban (Penggantian) di Royale Chulan, Seremban.

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan merasmikan Pertandingan Sepak Takraw Belia Piala Timbalan Speaker (DUN Paroi) yang...
25/10/2026

Alhamdulillah, hari ini berkesempatan merasmikan Pertandingan Sepak Takraw Belia Piala Timbalan Speaker (DUN Paroi) yang berlangsung di Masjid Kariah Taman Senawang Jaya.

Walaupun hujan turun seketika, semangat para pemain tetap tidak luntur. Masing-masing terus berentap dpengan penuh semangat, disiplin dan kesukanan demi merebut kejuaraan.

Tahniah kepada semua pemenang dan syabas kepada seluruh peserta yang telah memberikan saingan terbaik. Terima kasih juga kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Inilah semangat anak muda yang kita mahu. Aktif, sihat, bersatu dan penuh semangat kesukanan.

Insya-Allah, teruskan usaha membina generasi belia yang hebat untuk masa depan DUN Paroi dan Negeri Sembilan.

Paroi Kito Jago!

TimbalanSpeaker

25/10/2026

PROGRAM BERSEPADU PDRM & JPNS BERSAMA PELAJAR DAN MASYARAKAT MASJID KARIAH TAMAN BANDAR SENAWANG

Majlis Perasmian Car Wash RT Progresif KRT Taman Pinggiran Senawang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pengerusi serta...
25/10/2026

Majlis Perasmian Car Wash RT Progresif KRT Taman Pinggiran Senawang. Tahniah dan Syabas diucapkan kepada Pengerusi serta semua AJK KRT yang terlibat, semoga inisiatif ini menjadi contoh kepada serta memberi manfaat kepada orang ramai.

Alhamdulillah berkesempatan memenuhi undangan Walimatul Urus Syahmi & Alia yang merupakan Anak Cik Gu Dato’ Hj Ibrahim b...
24/10/2026

Alhamdulillah berkesempatan memenuhi undangan Walimatul Urus Syahmi & Alia yang merupakan Anak Cik Gu Dato’ Hj Ibrahim bin Hj Abdullah tengah hari tadi di Dewan Kompleks Belia & Sukan Paroi. Dato hj Ibrahim adalah Cik Gu saya di URESS tahun 1984 sebagai pemangku Pengetua seingat saya . Semoga saya Doakan Cik Gu Sihat di Usia 76 tahun ini…Dapat berjumpa Abdul Razak Mohamad merupa anak buah Dato’ Hj Ibrahim dan sahabat saya satu kelas tahun 1983 /1984 dalam kelas 4Adan 5A di URESS Rembau.
Terima Kasih atas jemputan dan semoga pasangan mempelai kekal bahagia hingga ke akhir hayat.

PROGRAM BERSEPADU PDRM & JPNS BERSAMA PELAJAR DAN MASYARAKAT MASJID KARIAH TAMAN BANDAR SENAWANGAlhamdulillah, pagi tadi...
24/10/2026

PROGRAM BERSEPADU PDRM & JPNS BERSAMA PELAJAR DAN MASYARAKAT MASJID KARIAH TAMAN BANDAR SENAWANG

Alhamdulillah, pagi tadi saya berkesempatan merasmikan Program Bersepadu PDRM & JPNS bersama para pelajar serta masyarakat Masjid Kariah Taman Bandar Senawang.

Program sebegini amat baik dalam membina hubungan erat antara pihak keselamatan, agensi kerajaan, institusi pendidikan dan masyarakat setempat.

Semoga usaha seperti ini dapat terus diperkasakan dalam membentuk generasi yang berdisiplin, bertanggungjawab serta peka terhadap aspek keselamatan dan kesejahteraan komuniti.

Tahniah dan terima kasih kepada PDRM, JPNS, pihak masjid, para guru serta semua yang terlibat dalam menjayakan program ini.

إنا لله وإنا إليه راجعونDengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Khalid bin Mohamad, mantan Bendahari Masj...
24/10/2026

إنا لله وإنا إليه راجعون

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa Allahyarham Mohd Khalid bin Mohamad, mantan Bendahari Masjid Taman Senawang Jaya, telah kembali ke rahmatullah.

Alhamdulillah, pagi ini berkesempatan menunaikan solat jenazah Allahyarham di Masjid Taman Senawang Jaya.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Allahyarham. Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesalahan beliau, menerima segala amal kebajikan serta menempatkan Allahyarham bersama golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Semoga seluruh keluarga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian kehilangan insan yang disayangi.

Al-Fatihah.

MAKLUM BALAS ISU KESESAKAN LALU LINTAS JALAN TAMPIN-BERANANG (FT001)Alhamdulillah, susulan aduan dan maklum balas daripa...
22/10/2026

MAKLUM BALAS ISU KESESAKAN LALU LINTAS JALAN TAMPIN-BERANANG (FT001)

Alhamdulillah, susulan aduan dan maklum balas daripada orang ramai berhubung kesesakan lalu lintas di Jalan Tampin-Beranang (FT001), khususnya di antara Taman Tuanku Jaafar (TTJ) hingga ke kawasan Senawang dan Persimpangan Sungai Gadut–Senawang Perdana, YB telah mendapatkan penjelasan daripada pihak JKR Daerah Seremban.

Hasil semakan awal mendapati terdapat masalah pada program lampu isyarat di Persimpangan SN48 (FT001–Industri Senawang) yang menyebabkan tempoh lampu isyarat tidak mengikut tetapan yang sepatutnya.

Pihak Cawangan Kejuruteraan Elektrik (CKE) JKR Negeri Sembilan kini sedang dalam proses membaik pulih program lampu isyarat di persimpangan tersebut.

Bagi Persimpangan Sungai Gadut–Senawang Perdana p**a, terdapat isu penyelarasan antara dua lampu isyarat yang memberi kesan kepada kelancaran aliran trafik, khususnya kenderaan yang keluar dari kawasan perumahan Senawang Perdana.

Pihak CKE JKRNS juga sedang menjalankan proses penyelarasan kedua-dua lampu isyarat berdasarkan cadangan yang telah dikemukakan oleh pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS).

Saya mengambil maklum perkara ini dan akan terus membuat susulan dengan pihak JKR dan agensi berkaitan agar tindakan pembaikan serta penyelarasan dapat diselesaikan dengan segera demi memastikan aliran trafik lebih lancar.

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Datuk Bandar serta pihak Majlis Ban...
22/10/2026

Alhamdulillah, setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Datuk Bandar serta pihak Majlis Bandaraya Seremban atas kerjasama dan kesudian membantu mempermudah urusan usahawan di Kampung Sentosa.

Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT serta memberikan manfaat kepada para usahawan dan penduduk setempat.

Mempermudah urusan, menyokong usahawan, memperkasa ekonomi masyarakat.

Semoga usaha yang dilaksanakan ini terus memberikan manfaat yang besar kepada semua pihak. Amin Ya Rabbal ‘Alamin. 🤲

Address

Seremban
70450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Hj Kamarol Ridzuan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Hj Kamarol Ridzuan:

Shortcuts

Share

Nearby recruitment companies