Pejabat Daerah Tanah Sepang

Call Directions Website Contact the business

Pejabat Daerah Tanah Sepang Peneraju Pentadbiran
Terbaik Ke Arah Sepang
Maju, Sejahtera dan
Berkebajikan

21 OKTOBER 2026 | RABUMAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA RAKYAT (SIRI 2) SEMPENA JUBLI PERAK DYMM SULTAN SELANGORDYMM Sult...
21/10/2026

21 OKTOBER 2026 | RABU

MAJLIS JAMUAN TEH DIRAJA BERSAMA RAKYAT (SIRI 2) SEMPENA JUBLI PERAK DYMM SULTAN SELANGOR

DYMM Sultan Selangor diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor dan DYTM Raja Muda Selangor berkenan mencemar duli ke Majlis Jamuan Teh Diraja bersama Rakyat (Siri 2) bersempena Sambutan Jubli Perak DYMM Sultan Selangor yang telah diadakan di Padang Mahkota, Istana Alam Shah Klang.

Majlis ini turut dihadiri YAB Dato' Seri Amirudin bin Shari, Dato' Menteri Besar Selangor, YB Dato' Dr. Ahmad Fadzli bin Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Barisan Exco Kerajaan Negeri dan ketua-ketua jabatan Negeri Selangor.

Duli-Duli Tuanku turut berkenan menyantuni, bersalaman dan bergambar bersama rakyat jelata. Semoga majlis seumpama ini dapat mengeratkan silaturrahim antara institusi Diraja dan rakyat serta pelbagai kaum dan bangsa di negeri Selangor.


9 OKTOBER 2026 I JUMAATPENYERAHAN BLUEPRINT & iSEED DAERAH SEPANG 2026
18/10/2026

9 OKTOBER 2026 I JUMAAT

PENYERAHAN BLUEPRINT & iSEED DAERAH SEPANG 2026

18 OKTOBER 2026 I AHAD PROGRAM LATIHAN AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH SEPANG 2026
18/10/2026

18 OKTOBER 2026 I AHAD

PROGRAM LATIHAN AMAL DAN SIMULASI PENGURUSAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) DAERAH SEPANG 2026

17 & 18 OKTOBER 2026 | SABTU & AHADJeti Persatuan Nelayan Sungai Sepang, Sungai Pelek, Sepang πŸ‰πŸ›Ά PERLUMBAAN PERAHU NAGA ...
18/10/2026

17 & 18 OKTOBER 2026 | SABTU & AHAD
Jeti Persatuan Nelayan Sungai Sepang, Sungai Pelek, Sepang

πŸ‰πŸ›Ά PERLUMBAAN PERAHU NAGA PIALA RUMPUN SELANGOR 2026πŸ›ΆπŸ‰

Perlumbaan Perahu Naga Piala Rumpun Selangor 2026 telah berlangsung dengan meriah di Jeti Persatuan Nelayan Sungai Sepang, Sungai Pelek, Sepang pada 17 dan 18 Oktober 2026.

Penganjuran acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, kerjasama berpasukan, malah turut mengeratkan perpaduan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan peserta dan masyarakat setempat.πŸ’ͺ🏻🀝

πŸ‘πŸ»Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta yang telah menunjukkan semangat juang, komitmen dan kesungguhan sepanjang pertandingan berlangsung.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih turut dirakamkan kepada semua agensi, pihak penganjur, rakan strategik, petugas serta sukarelawan yang telah memberikan kerjasama, sokongan dan komitmen dalam menjayakan program ini. Sumbangan dan usaha semua pihak amat bermakna dalam memastikan kelancaran penganjuran acara ini.
Semoga penganjuran Perlumbaan Perahu Naga Piala Rumpun Selangor terus menjadi platform untuk memperkukuh perpaduan, memartabatkan sukan air dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam kalangan masyarakat.


πŸ“£ JOM MERIAHKAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA PIALA RUMPUN SELANGOR 2026!πŸ‰πŸ›ΆSatu Rumpun, Mendayung Ke Hadapan!Sempena Gagasan Ru...
16/10/2026

πŸ“£ JOM MERIAHKAN PERLUMBAAN PERAHU NAGA PIALA RUMPUN SELANGOR 2026!πŸ‰πŸ›Ά

Satu Rumpun, Mendayung Ke Hadapan!

Sempena Gagasan Rumpun Selangor 2.0, Daerah Sepang bakal menjadi tumpuan peminat sukan arus deras dan acara air melalui kejohanan Perlumbaan Perahu Naga Piala Rumpun Selangor 2026!

Ayuh beramai-ramai kita turun memberikan sokongan padu kepada pasukan-pasukan yang bertanding dan merasai sendiri kehangatan serta sorakan di tebing sungai.

Butiran acara adalah seperti ketetapan berikut:
πŸ—“οΈ Tarikh: 17 – 18 Oktober 2026 (Sabtu & Ahad)
πŸ“ Lokasi: Jeti Persatuan Nelayan Sungai Sepang, Sungai Pelek, Sepang
πŸ“Š Kategori: Jarak 200 Meter | 4 Lorong | Perahu Naga 10 Pendayung

Hujung minggu anda pasti lebih bermakna dengan menyaksikan kesepaduan dan semangat juang tinggi para pendayung yang membelah ombak demi merebut gelaran juara πŸ†

Bawa bersama keluarga dan rakan-rakan untuk memeriahkan lagi perlumbaan ini. Jumpa anda di sana!

OPERASI BERSEPADU PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DI CYBERJAYA13 Oktober 2026 (Selasa)Satu operasi bersepadu tindakan pengua...
15/10/2026

OPERASI BERSEPADU PENCEROBOHAN TANAH KERAJAAN DI CYBERJAYA

13 Oktober 2026 (Selasa)

Satu operasi bersepadu tindakan penguatkuasaan bagi perobohan struktur di sebahagian Lot 908 dan Lot 922, Bandar Cyberjaya, Mukim Dengkil telah dilaksanakan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Sepang (PDT Sepang) dengan kerjasama Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang).

Operasi yang bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 1.45 petang ini melibatkan penggunaan jentera JCB bagi melaksanakan kerja-kerja perobohan serta pengurusan sisa perobohan.

Sebanyak 8 struktur melibatkan 3 stor, 3 pondok, 1 tokong dan 1 shrine telah dirobohkan dalam operasi tersebut.

Operasi berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini. Kerjasama erat antara agensi yang terlibat mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara teratur dan berkesan mengikut bidang kuasa masing-masing.

PDT Sepang komited memperkukuh kerjasama strategik antara agensi demi memastikan pematuhan undang-undang dan keberkesanan tindakan penguatkuasaan di daerah Sepang.





13/10/2026


PATUHI LAMPU ISYARAT, NYAWA JANGAN DIPERTARUHKAN!

Jangan sesekali mengambil mudah isyarat lampu merah. Berhenti apabila lampu merah menyala, perlahankan kenderaan apabila lampu kuning menyala dan hanya bergerak apabila lampu hijau menyala serta keadaan benar-benar selamat.

Jadilah pengguna jalan raya yang berhemah, berdisiplin dan sentiasa mengutamakan keselamatan.



13/10/2026

πŸπŸ“ 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍,
𝐒𝐀𝐓𝐔 π“π€πŠπ‡π“π€,
𝐒𝐄𝐉𝐔𝐓𝐀 πŒπ€πŠππ€.
Sebuah perjalanan yang terpahat dalam sejarah.
Sebuah pemerintahan yang menyatukan hati dan memberi aspirasi kepada rakyat.
Nantikan detik istimewa sempena Jubli Perak Pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
Satu sejarah.
Satu kebanggaan.
Satu negeri yang kita cintai.


09/10/2026

MAKLUMAN & HEBAHAN πŸ”ŠπŸ”ŠπŸ”Š

PROGRAM HARI SUKAN NEGARA 2026 PERINGKAT DAERAH SEPANG

Dimaklumkan bahawa program Hari Sukan Negara 2026 Peringkat Daerah Sepang ditangguhkan berikutan peningkatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) akibat jerebu.

πŸ“… Tarikh baharu akan dimaklumkan kemudian.

Pihak penganjur memohon maaf atas segala kesulitan. Diharapkan kerjasama dapat diteruskan di masa akan datang. Terima kasih🀝



Address

Bangunan Tun Aziz Bandar Baru Salak Tinggi Sepang Darul Ehsan
Sepang
43900

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Pejabat Daerah Tanah Sepang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Pejabat Daerah Tanah Sepang:

Shortcuts

Share