Wanita Pulau Omadal - WAPO

Wanita Pulau Omadal - WAPO Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO)
Semporna, Sabah Terdapat banyak program yang dianjurkan oleh WWF-Malaysia bagi meningkatkan kapasiti WAPO.

Visi WAPO:
Ekosistem marin yang diurus secara mapan oleh penduduk Pulau Omadal bersama agensi lain yang memberi manfaat kepada sosio-ekonomi masyarakat di samping kebudayaan tradisi kaum Bajau dikekalkan. Latar Belakang WAPO:
Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) ditubuhkan pada Januari 2010 dan didaftar secara rasmi di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada Ogos 2012. WAPO adalah terd

iri daripada sekumpulan wanita yang mahu mengutarakan isu asas yang mempengaruhi mereka dan keluarga seperti isu kemiskinan. Kumpulan wanita ini juga ingin membawa bersama komuniti setempat lain dalam aktiviti konservasi alam sekitar serta memperbaiki tahap sosio-ekonomi dengan penglibatan dalam aktiviti peningkatan pendapatan seperti penghasilan kraftangan dan program eko-pelancongan. Antaranya lawatan sambil belajar ke Persatuan Wanita Kampung Mangkuk, Setiu Terengganu, lawatan konservasi penyu laut di Pulau Selingan dan Lankayan, latihan pembuatan kraftangan, asas kepada fotografi dan fungsi kamera dan lain-lain. Sejak penubuhannya, WAPO dengan aktifnya telah mula menghasilkan kraftangan (hasil tunjuk ajar dari Kraftangan Malaysia dan Gerai Orang Orang Asal) dan menjual di beberapa acara di mana WWF terlibat secara langsung seperti Mataking Reef Day, Semporna Regatta Lepa, Minggu Penyu Laut Semporna dan Majlis Berbuka Puasa Semporna 2013. Pada masa ini, WAPO fokus dalam program peningkatan kesejahteraan melalui aktiviti pengurusan sumber alam secara mapan iaitu eko-pelancongan (setakat ini adalah penghasilan kraftangan dan pakej pelancongan). Sebahagian hasil daripada pendapatan aktiviti-aktiviti eko-pelancongan ini (i.e 10% daripada hasil penjualan kraftangan dan pelan akan datang, iaitu konsep "setiap pelancong ke Pulau Omadal adalah partners dalam konservasi marin" di mana sejumlah wang serendah RM5 dari setiap pembayaran pelancong untuk program eko-pelancongan akan disumbangkan ke Tabung Konservasi WAPO. Tabung ini akan digunakan untuk membiayai kerja-kerja konservasi WAPO.

25/06/2026
Hai semua👋🏻Kraf tangan WAPO akan buka sempena Regata Lepa Semporna 2026 !!📆26-28 / Jun / 2026Kami ada jual beg tangan, k...
25/06/2026

Hai semua👋🏻

Kraf tangan WAPO akan buka sempena Regata Lepa Semporna 2026 !!

📆26-28 / Jun / 2026

Kami ada jual beg tangan, kotak pensel, pouch, dompet paling penting design tidak pasaran.

Datang support lokal ya. Boleh datang ke

📍Dataran regata lepa Semporna

Jumpa di sana !





✨ Mesyuarat Tahunan Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) 2026 ✨Mesyuarat tahunan ini telah diadakan bagi membincangkan p...
13/01/2026

✨ Mesyuarat Tahunan Persatuan Wanita Pulau Omadal (WAPO) 2026 ✨

Mesyuarat tahunan ini telah diadakan bagi membincangkan perkembangan, pencapaian, cabaran serta status WAPO sepanjang tahun 2025, di samping menetapkan hala tuju dan sasaran WAPO bagi tahun 2026.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada jawatankuasa terdahulu atas komitmen dan usaha berterusan yang telah membawa WAPO melalui pelbagai pencapaian dan perubahan yang sangat membanggakan.

Tahniah dan selamat maju jaya kepada jawatankuasa baharu yang dilantik. Semoga dengan kepimpinan baharu ini, WAPO terus melangkah lebih jauh, memperkukuh peranan sebagai sebuah persatuan wanita yang berdaya tahan, progresif dan lestari, serta memberi manfaat berterusan kepada semua ahli dan komuniti.

Address

Pulau Omadal Semporna
Semporna
91308

Telephone

+601126477950

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wanita Pulau Omadal - WAPO posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Wanita Pulau Omadal - WAPO:

Share