17/07/2021
TIPS MEMILIH DURIAN YANG TERBAIK? ADA KE? MESTILAH ADA! 🌹
Musim durian telah bermula, dan inilah waktunya untuk anda menikmati hasil yang terbaik dari dusun! Dengan lebih daripada 200 variasi durian yang didaftarkan dengan Jabatan Pertanian, Malaysia adalah negara penghasil durian terbanyak mengatasi Thailand dan Indonesia🌹
Tapi bila beli itu, jangan main beli je tau. Ada caranya, macam mana nak pastikan durian yang dibeli adalah yang terbaik. 🌹
🌹 LIHAT TANGKAI
Durian yang jatuh dari pokok, tangkainya pasti bergerigi. Jika tidak, ia kemungkinan durian yang sudah dipetik sebelum ia masak dan disimpan terlebih dahulu.
🌹 DURI DURIAN
Sekiranya kulit berduri jarang dan besar-besar, maka durian itu berisi padat. Jika duri durian itu kecil dan berjarak dekat, isi durian itu pasti lembik dan kurang.
🌹DURIAN RINGAN
Pilih buah durian yang ringan. Kalau berat tu, selalunya berat kulit semata. Durian yang ringan menunjukkan sifat isinya yang padat, dan berbiji kecil. Manakala, durian yang berat kebiasannya masih mentah, isinya sudah berair, kemungkinan sudah busuk atau sudah tidak elok.
🌹PUKUL BUAH DURIAN
Anda boleh pukul buah durian itu untuk tahu sama ada isi buah durian tersebut sudah matang atau belum. Jika anda pukul ada bunyi 'bluk-bluk' sedikit bergema, maka ia durian yang dah matang.
🌹CIUM BAUNYA
Ini teknik atau tips paling mudah nak mendapatkan durian yang sedap dan puas hati. Durian yang berbau kuat, kemungkinan besar buahnya besar, manis dan matang. Manakala, durian yang kurang menyengat baunya, buah durian itu mungkin masih belum masak sepenuhnya, isinya agak keras
Haa sekarang dah tahu kan. Mesti ramai customer2 dekat luar sana berebut rebut nak beli durian kan. Maklumlah sekarang tengah musim durian. Pergi mana2 pun ada je gerai jual Durian.🌹
Tapi ingat, jangan sampai tertipu ya. Jadilah pengguna yang bijak ^_^