TOP Leader Menuju Arah Jutawan

TOP Leader Menuju Arah Jutawan Menyediakan platform yang mudah dan terpantas membina networking untuk anda secara online.. EZZE LIFE GLOBAL SDN BHD
Web: www.ezzelifeglobal.com

KAMI MENAWARKAN KERJA MUDAH MEMBINA NETWORKING ANDA UNTUK MENJAYAKAN BISNES ELG SECARA ONLINE MENGGUNAKAN FACEBOOK DI RUMAH. TUGAS ANDA HANYA INVITE ORANG KE GROUPENS
Segala info dan penerangan orang tu baca sendiri di group. Orang tak join anda dapat RM1.00 upah invite. Orang join anda dapat bonus peribadi RM90.00 dari plan ELG. Contoh anda invite 10 orang setiap hari. Pendapatan anda adalah:

Or

ang tak join RM1.00x10 orang. INCOME = RM10/hari atau RM300/bulan.. Orang join RM90.00x10 orang. INCOME = RM900/hari atau RM27,000/bulan
(Belum lagi termasuk bonus lain-lain)

MUDAH, RINGKAS DAN PANTAS
Orang tak join pun anda dapat. Orang join lagi lah banyak anda dapat. BERTINDAK SEKARANG DENGAN MODAL SEKALI SEUMUR HIDUP. SILA WHATSAPP: +6014-8318378

"SELLING" : KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAITanpa disedari, kehidupan kita seharian berkait rapat dengan "selling, negotiat...
08/12/2016

"SELLING" : KEMAHIRAN YANG PERLU DIKUASAI

Tanpa disedari, kehidupan kita seharian berkait rapat dengan "selling, negotiating, discussing, presenting, influencing, anchoring, dealing, manipulating etc". Ia merupakan satu proses yang berkait rapat dengan ilmu urusniaga yang dijalankan secara tidak langsung sedangkan kewujudannya tidak disedari. Kekuatan itu sebenarnya sudah wujud namun tidak diasah dengan rapi. Sepatah kita berucap atau bercakap ia merupakan "selling". Bila kita bertukar-tukar pendapat dengan orang lain ia bermakan kita cuba meyakinkan bahawa kita menjual idea-idea kita kepada orang lain dan di situ satu proses awalan bagi meyakinkan "pelanggan" agar menerima idea kita telah berlaku. Apabila kita cuba meyakinkan kawan/suami/isteri/anak-anak dan sebagainya maka proses mempengaruhi (influencing) agar mereka menerima pendapat kita juga berlaku. Bila kita cuba mengusulkan idea-idea kita berserta bukti sebagai menyokong kekuatan idea yang dibincangkan, ianya merupakan satu proses pembentangan (presentation) yang sedang dijalankan kepada "pelanggan" kita. Ia juga merupakan satu proses pengujian kekuatan kemahiran pembentangan kita walaupun ia tidak secara resmi. Semuanya itu merupakan satu proses "selling". Ini bermakna kemahiran dan kekuatan "selling" memang secara semulajadi sudah ada di dalam diri kita cuma sedikit usaha harus dijalankan bagi mempelajari teknik-teknik tertentu secara teknikal bagi memperkuatkan struktur. Begitu juga dengan asas perniagaan yang ingin dikuasai oleh kita. Sebenarnya ia memang sudah ada, cuma perlu digilap sedikit sahaja berserta suntikan motivasi yang ada.

Satu contoh klasik yang saya cuba ingin kongsi Yang menjadi keunikan di dalam diri saya adalah saya tidak dilahirkan di dalam persekitaran orang-orang yang berniaga. Ahli keluarga saya juga bukan ahli perniagaan apa tah lagi kedua ibubapa saya juga bukan ahli perniagaan. Namun, sejak kecil (sekecil 10 - 12 tahun) apabila sudah menjadi kebiasaan terhempit dengan kemiskinan, faktor "survival" menjadikan perniagaan kecil-kecilan menjual kuih dan tapai dari rumah ke rumah menjadi rutin harian saya. Terlibat secara langsung dengan proses "manufacturing" dan "production circle" menjadikan saya sedikit memahami kitaran lengkap pusingan pengeluaran dari awal proses sampai ke produk akhir (end product). Hanya pendidikan secara tidak formal dari "CEO syarikat" (bonda tercinta), saya terdedah dengan perniagaan yang tidak formal tersebut. Namun, aliran itu secara tidak langsung menimbulkan minat saya terhadap dunia perniagaan. Apa tah lagi saban hari saya terlibat dengan "selling assignment" secara praktikal dari rumah ke rumah. Waktu berumur 13 - 15 tahun saya berkerja sambilan dengan seorang kenalan ayah berniaga warong makanan di pekan Pagoh Muar. Pengelibatan secara tidak langsung berhubung dengan pelanggan juga menjadikan saya terdedah dengan perkhidmatan pelanggan. Ketika umur saya 16 - 19 tahun saya berniaga di Pasar basah Bukit Gambir Muar secara sambilan (hujung minggu, cuti sekolah dan cuti panjang menunggu perperiksaan) bagi membantu dan menjadi rakan kongsi anak saudara berniaga ikan dan sayur. Ia menjadikan satu proses praktikal yang agak panjang bagi memahami kerenah pelanggan dan memahami perilaku mereka. Setelah habis STPM, berhijrah ke Kuala Lumpur kerana membantu seorang jiran sebelah rumah yang berniaga barangan perabut di Keramat di mana saya sendiri menjadi jurujual dan juga belajar membuatnya. Akhirnya pada tahun 1990 saya diterima berkerja di Permodalan Nasional Berhad sebagai Pembantu Pengurus Projek bagi mengendalikan projek-projek berkaitan kerajaan. Juga terlibat berurusan dengan pelanggan (kerajaan) yang terkenal dengan istilah protokol dan birokrasi. Ketika itu juga bagi menambahkan pendapatan, saya terlibat dengan perniagaan separuh masa dengan menubuhkan syarikat enterprise bagi membekalkan barangan cenderahati ke syarikat-syarikat yang memerlukannya. Di situ juga pengelibatan saya secara langsung berurusan dengan terma yang berkaitan dengan "selling" berlanjutan. Sehinggalah satu proposal saya untuk menubuhkan satu syarikat yang bernaung di bawah salah satu anak syarikat PNB yang telah diperbadankan ketika itu diterima oleh seorang Dato yang menjadi pemegang saham utama. Maka proses lanjutan berkaitan dengan "selling" untuk melobi projek-projek kerajaan dan swasta masih berlanjutan. Sehingga akhirnya saya diberi kepercayaan untuk mengetuai satu unit di Jabatan Latihan bagi membina latihan berasaskan pembudayaan model bisnes (Business Model) untuk dijadikan pegangan dan amalan pembudayaan, teamwork sebagai pegangan terlaksana. Di situlah bermulanya kerjaya saya sebagai seorang konsultan Latihan di mana saya sendiri merupakan jurulatih latihan dalaman (Internal Trainer). Akhirnya pada tahun 2004 saya membuat pilihan untuk menjadi "be my own boss" sehingga kini..

Menurut Tom Hopkins seorang bekas jurujual ternama dan sekarang seorang jururunding latihan ternama di dalam bukunya yang bertajuk "How To Master The Art Of Selling" keluaran pertamanya (1982), jika kita ingin melipat kali gandakan pendapatan kita "selling" merupakan kerjaya yang tepat. Katanya kita tidak perlukankan modal untuk kaya, modal kita adalah diri kita. "You are your greatest asset. Put your time, effort, and money into training, grooming and encouraging your greatest asset". beberapa kelebihan "selling" yang boleh dikongsi:-

1. Kebebasan untuk melahirkan idea (freedoom of expression)
Kita dapat melahirkan apa yang kita suka dan kita boleh buat dengan apa yang kita nak buat. Tidak ada pekara yang boleh menyuburkan kemakmuran ekonomi kita dan negara kita kecuali "selling"

2. Kebebasan untuk berjaya (Freedoom to become as successful as you'd like to be)
Kita boleh menyatakan berapa pendapatan yang kita mahu di dalam poket kita. Kita boleh tentukan dengan usaha kita dan kepandaian kita untuk menjual. Sebab itu agen-agen MLM, hartanah, insuran dan sebagainya yang berjaya sering mengaitkan kejayaan mereka dengan apa yang mereka nak capai berserta dengan usaha kerja keras dan kepandaiannya melakukan permulaan dan penutupan penjualan (beginning and closing sale)

3. Berani menghadapi cabaran harian (Daily Challenge)
bagi mereka yang sukakan cabaran dan rasa tercabar, "selling" merupakan satu kerjaya yang tepat. Saban hari kita akan berhadapan dengan cabaran yang berbeza. Berjaya menghadapi cabaran tersebut bererti kita berjaya memenuhi sebahagian dari rasa kepuasan yang kita inginkan. Dan ia akan menjadikan kita lebih berani untuk menghadapi cabaran yang lain.

4. Memberi pulangan dari pelaburan yang kecil (Offer high potential return from the low capital investment)
Orang kata jika kita pandai berkata-kata, sebatang mancis kayu kita boleh jual dengan harga yang begitu tinggi sedangkan jika beli di kedai dengan harga RM1 sahaja kita boleh dapt sekotak mancis kayu. Di mana kebenarannya? pastinya dari kata-kata dan kepintaran kita untuk menjual. Perkataan yang tepat ialah "power of words". Hanya bermodalkan mulut dan pengetahuan tenatang produk sahaja seseorang jurujual boleh menjadi kaya raya.

5. Menjual adalah menyeronokkan (Selling is fun)
Setiap hari kita bertemu dengan pelabagai jenis manusia dan saban hari juga terkadang kita tertawa kerana kesilapan kita menjalankan proses jualan. Setiap hari kita mencipta plot drama kita sendiri. Jika kita suka dengan apa yang kita suka buat... ia menyeronokkan. jangan pandang kesukarannya sebelum mencuba. Jika ini berlaku ia sememangnya ibarat "membunuh diri" sebelum menghadapinya. Jika itu yang berlaku, jangan difikirkan tentang impian yang yang ditulis di mana-mana dan ia sudah pasti tidak tercapai dengan semangat mengalah kita.

6. Kepuasan (Satisfying)
Pasti kita akan merasa puas apabila kita melihat pelanggan yang lalu di depan kita atau di mana-mana sahaja yang menjinjing atau menggunakan produk kita. Kita puas kerana itulah usaha kita. Kita puas kerana di mana-mana sahaja orang memperkatakan tentang kebaikan produk kita dan kita boleh tidur puas kerana usaha kita berbaloi juga.

7. Dan akhir sekali menjadi juara (Being a professional salesperson)
Tiada apa yang lebih membahagiakan apabila berjaya menjadi seorang jurujual yang hebat. Namun semuanya berkat kerja gigih kita. Allah berfirman dalam surah Al-Syarh ayat 6 "Sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. Apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh),maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain); Dan hanya kepada Tuhanmu sahaja lah hendaknya engkau berharap.

Allah suruh kita menyembah-Nya, kemudian berusaha, kemudian berdoa dan akhir sekali bertawakal.. ADIL kan?

Perlu diingatkan lagi sekali pesanan orang-orang yang telah berjaya di dalam perniagaan dan kejurujualan ini (Tom Hopkin) "You are your greatest asset. Put your time, effort, and money into training, grooming and encouraging your greatest asset". Ambil masa untuk mengasah atau mempertajamkan kekuatan yang sudah sedia ada dengan mengetahui rahsianya melalui TRAINING.

"KEPUTUSAN YANG ANDA AMBIL HARI INI MENENTUKAN HALATUJU MASA DEPAN ANDA"PILIHAN? Ya, di dalam kehidupan apa sahaja yang ...
07/12/2016

"KEPUTUSAN YANG ANDA AMBIL HARI INI MENENTUKAN HALATUJU MASA DEPAN ANDA"

PILIHAN? Ya, di dalam kehidupan apa sahaja yang berlaku adalah pilihan yang yang telah putuskan. Apakah kerjaya yang kita ingin ceburi, dengan siapa yang kita ingin berkahwin, di mana kita ingin tinggal, apa yang ingin kita lakukan pada hari ini, apa perancangan kita untuk hari esok dan paling penting APA YANG INGIN JADI PADA MASA HADAPAN adalah pilihan yang kita buat. Ini sahaja kebebasan yang kita ada di dalam hidup iaitu kebebasan untuk memilih. Bagi mengungguli kejayaan dan impian yang ingin kita capai, kita akan menjadi "hamba" kepada apa yang kita pilih. Segala usaha kita akan kita gembling dan pusatkan ke arah pekara yang ingin kita capai dan itu yang dinamakan daya usaha pemusatan (centered efforts).

"TODAY'S DECISIONS FOR THE REST OF YOUR LIFE" (John C. Maxwell, Penulis dan juga Motivator)

Apa yang cuba ingin dikongsi di sini adalah hasil pembacaan dan pengalaman saya sebagai tenaga pengajar korporat (Corporate Trainer). Perkongsian ilmu adalah lebih bermanafaat apabila ia dikongsi dengan orang lain agar ia dapat memberi rangsangan atau panduan (guidance) untuk direnung, diteliti dan diamal jika ia terbukti kebenarannya. Jika diperhatikan beberapa pembuktian di bawah ia sedikit sebanyak boleh membuat kita memahami akan kebenarannya:-

1. SIKAP KITA ADALAH PILIHAN KITA
Kebarangkalian persekitaran kita bukan pilihan kita namun cara dan sikap kita untuk berhadapan dengannya adalah pilihan kita.

"Kita tidak boleh membiarkan persekitaran mengawal kita dan kitalah yang yang perlu mengawal persekitaran kerana kita mempunya PILIHAN"

Kita mungkin pernah mendengar alasan bagi orang yang "tidak berjaya" kepada orang yang "sudah berjaya". Mereka mengatakan mereka yang sudah berjaya itu mempunyai "nasib yang baik" (just a luck) sedangkan mereka tidak menyedari bahwa perkataan yang mereka gunakan itu mempunyai implikasi kepada otak dengan mengatakan "tunggu, mungkin belum nasib aku lagi" atau "dah takdir aku". Sebab itu perkataan yang kita gunakan memberi rangsangan dorongan kepada apa yang kita lakukan. Kenapa perkataan "Tidak Berjaya" tidak boleh diganti dengan "Belum Berjaya". Bukankah dengan mengambil kira perkataan "belum berjaya" itu akan mempengaruhi kita untuk berkerja lebih kuat lagi sehingga boleh menjadi seorang yang berjaya. Tiada bezanya si "winner" dengan si "Loser", yang membezakan hanyalah si winner sentiasa mencari ruang dan peluang sedangkan si loser hanya menunggu ruang dan peluang.

Kita kerap membuat ekperimen (experiment) dengan menjadi pemerhati (observer) dan bukan sebagai pelaku (doer) dan kita membiarkan rakan-rakan kita mencuba sesuatu dengan mengatakan "kau cuba dulu, esok bila kau dah berjaya aku ikut". Sikap ini juga ayang akan menentukan antara si winner dan si loser.

2. ADALAH MUDAH UNTUK MENGEKALKAN SIKAP YANG BAIK DARIPADA UNTUK MENDAPATKAN SEMULA.
Kebanyakan permasalahan di dalam mengejar kejayaan adalah dengan adanya sikap negatif di dalam diri manusia. Sering melihat sesuatu usaha atau kejayaan itu dipengaruhi oleh satu faktor sahaja. kajian secara rawak terhadap peserta-peserta yang menghadiri program pembangunan usahawan yang saya jalankan, kebanyakan mereka apabila ditanya kenapa orang kita tidak boleh berniaga? atau kenapa tidak mahu berniaga?, jawapan yang "stereotype" mereka berikan iaitu tiada modal, kerajaan memberi modal terpilih hanya kepada golongan tertentu, tak mahu ambil risiko, tiada pengalaman, malas, dah terlambat, tidak berpelajaran dan sebagainya. Ia merupakan sikap yang tidak baik dan jika ini dikekalkan ia akan menjadi satu halangan yang paling besar untuk kita keluar dari kepompong kemiskinan kita sendiri. Adakah semua perniagaan itu perlukan satu dana yang besar? Sedangkan jika satu dana yang besar diberikan sekali pun jika tidak tahu untuk mengurus ia akan musnah begitu sahaja. banyak jenis perniagaan kecil-kecilan yang boleh dilakukan dan jika ia diurus dengan baik hasilnya lebih hebat dari jenis perniagaan yang besar. Sebagai contoh perniagaan trading, mengambil barang dari orang lain untuk dijual kepada orang lain. Jika kita mempunyai kepakaran perundingan (negotiation skills), malah kita tidak perlukan modal sedikit pun. Menggunakan kelebihan orang lain dan sedikit usaha kita menggunakan ruang dan peluang akan menjadikan kita bergelar usahawan yang membawa pulangan. Apa yang penting membawa satu contoh barangan untuk dibentangkan kepada pelanggan dan apabila pelanggan berkehendak, kita hanya mengambil pesanan dan ambil pembayaran ketika penghantaran atau sebaliknya. Itu yang dinamakan "work smart"...

Di dalam siri catatan saya yang lepas, saya ada berkongsi "RAHSIA KEJAYAAN ORANG-ORANG CINA" di dalam perniagaan. Kebanyakan dari mereka tidak menjadikan halangan sebagai satu sebab musabab untuk mereka tidak berjaya. Namun sikap berani menghadapi cabaran, sentiasa positif di dalam prospek kerjaya sebagai usahawan, sentiasa berusaha, ingin meningkatkan kebanggan diri dan sebagainya membuatkan survival perniagaan mereka berhasil. Jika sikap-sikap positif ini sudah sebati di dalam diri kita, ianya lebih mudah dan sudah pasti akan mengekalkan momentum yang baik di dalam usaha-usaha kita berbanding untuk mencari kekuatan baru.

"Tidak ada seseorang pun yang boleh mengubah nasib kita kecuali diri kita sendiri"

3. SIKAP KITA MENENTUKAN MASA DEPAN KITA

"Apa yang ada pada kita pada hari ini adalah disebabkan sikap kita dan usaha kita kepada kejayaan di masa yang lepas dan apa yang bakal berlaku di masa depan (Sebagai muslim kena percaya semuanya ditangan Allah) juga adalah disebabkan oleh tindak tanduk kita serta sikap kita pada hari ini"

Perjalanan yang jauh bermula dengan langkah setapak dan jika kita tidak melakukan sesuatu pada hari ini bermakna esok juga kita akan melalui pekara yang sama yang ada pada hari ini. Pembuktian kejayaan seseorang itu sebagai seorang usahawan bukan semata-mata disebabkan dari segulung ijazah. Ia banyak diterjemahkan dari sikap seseorang itu terhadap usaha dan kerja keras dan melihat perniagaan itu sebagai sesuatu kerjaya yang meyakinkan.

NOTA PERKONGSIAN: Bagi yang telah berjaya dalam perniagaan jangan lupa:-
1. Terus berzakat perniagaan dan bersedekah kerana rezeki yang ada dan diberi oleh-Nya memang untuk dikongsi kepada mereka yang kurang berkemampuan.
2. Terus menyumbang, menyokong dan membimbing rakan usahawan yang lain dengan pelabagai cara seperti menyalurkan ruang dan peluang yang ditemui kepada rakan-rakan usahawan yang lain jika itu bukan jenis perniagaan kita. Memberi tip-tip berguna kepada rakan usahawan tentang selok belok perniagaan. Atau, ia boleh sahaja dijadikan rakan strategik perniagaan berdasarkan faedah "menang-menang" (WIN-WIN).
3. Sentiasa berkomunikasi dan berhubung dengan rakan usahawan yang lain. Hubungan yang strategik ini sudah pasti melebarkan lagi perniagaan kita di masa hadapan.

~INGAT!!!! KEPUTUSAN YANG KITA AMBIL PADA HARI INI AKAN MENENTUKAN MASA DEPAN KITA~

Fokus MengusahakannyaFokus. Terdapat ramai peserta Pemasaran Rangkaian menyertai kerana mereka diberitahu boleh menjana ...
05/12/2016

Fokus Mengusahakannya

Fokus. Terdapat ramai peserta Pemasaran Rangkaian menyertai kerana mereka diberitahu boleh menjana pendapatan. Mereka menyertainya tanpa menyedari kepentingan pembelajaran, wawasan dan sasaran yang perlu dicapai. Akibatnya, mereka melakukan kerja-kerja seperti kerja pentadbiran yang tidak menyumbang kearah pembinaan rangkaian. Lebih memburukkan keadaan, terdapat TERLALU banyak ‘distraction’ atau perkara yang boleh mengalih perhatian anda di luar sana terutama di online menyebabkan anda perlu fokus yang tinggi kepada bisnes anda.

Bertindak mengikut fokus. Jangan berlengah-lengah. Jika anda suka berlengah dalam tindakan, ia boleh menjadi pembunuh bisnes anda. Ingat! Ini adalah bisnes ANDA dan anda mesti mempunyai perlakuan baik untu mencapai sasaran anda. Berilah segala bentuk motivasi kepada anda tetapi jika anda tidak bertindak betul, anda tidak akan kemana.

Jangan Jadi “Gila Pelbagai MLM”. Terdapat beberapa peserta dalam industri ini yang mempunyai kebolehan bekerja dengan beberapa program. Tetapi, Peserta professional seperti mereka ini tidak ramai. Memandangkan rata-rata pengedar adalah bermula part-time , mereka sepatutnya pilih satu syarikat sahaja dan teguh bersamanya. Sejarah membuktikan bahawa pengedar yang komited jangka panjang akan berjaya dibandingkan mereka yang melompat dari satu syarikat kepada syarikat yang lain. Adalah amat memenatkan untuk fokus satu syarikat ditambah pula beberapa syarikat. Membahagikan masa dan tenaga untuk pelbagai syarikat akan menghasilkan keputusan yang rendah dibandingkan jika anda fokus kepada satu syarikat sahaja.

Boleh Belajar dan MengajarPerkemaskan diri anda. Laburkan masa dan wang anda terhadap diri anda. Pada setiap hari, ambil...
04/12/2016

Boleh Belajar dan Mengajar

Perkemaskan diri anda. Laburkan masa dan wang anda terhadap diri anda. Pada setiap hari, ambil masa untuk membina diri sendiri. Ramai antara mereka yang telah berjaya dalam industri ini boleh anda contohi. Jika anda ambil masa untuk mempelajari dari mereka, anda akan menjimatkan banyak masa untuk mempelajari selok-belok industri ini. Setiap pengajaran dalam hidup ada harganya yang perlu dibayar. Pengajaran mungkin datang dari pengalaman atau anda boleh belajar dari mereka yang telah berjaya mengatasi cabaran dengan jayanya. Mana yang lebih baik? Anda fikirkan..

Ketahui produk anda. Ketahui pesaing anda. Anda mesti tahu produk anda dengan baik bagi membolehkan anda bercakap mengenainya. Bukan bermaksud kena tahu semua dari hari pertama anda buat bisnes tetapi anda perlu mempelajarinya sedikit demi sedikit sehingga ia lekat di fikiran. Kebolehan ini akan membuatkan anda mempunyai keyakinan terhadap diri anda dan menarik orang untuk menyertai anda. Anda juga perlu tahu produk pesaing agar boleh mengawal bantahan dan persoalan apabila perbandingan produk dilakukan.

Ramai peserta yang terlalu gopoh ingin menjana pendapatan sebelum mereka belajar konsep bisnes ini. Apabila tiada pendapatan masuk, mereka berhenti dan menyalahkan syarikat. Mereka ini tidak mahu membuang masa untuk latihan, membuat persembahan bisnes, membaca risalah syarikat dan mengetahui lebih lanjut berkenaan produk.

Anda juga perlu belajar bagaimana untuk membuat persembahan tentang bisnes anda kepada orang lain. Jangan terlalu bergantung dengan ‘upline’ kerana ia akan menyebabkan bisnes anda gagal.

Apa itu Pemasaran Rangkaian?Pemasaran rangkaian adalah satu model bisnes yang berasaskan sebuah syarikat yang mengedarka...
01/12/2016

Apa itu Pemasaran Rangkaian?

Pemasaran rangkaian adalah satu model bisnes yang berasaskan sebuah syarikat yang mengedarkan produk atau servisnya melalui satu rangkaian kontraktor bebas. Pemasaran rangkaian juga dikenali sebagai multi-level marketing (MLM), pemasaran affiliate atau peamasaran tier. Antara syarikat pemasaran rangkaian bertaraf antarabangsa yang terkenal adalah Amway, Shaklee. Mary Kay, Tupperware, Avon dan XANGO.

Untuk memahami bagaimana pemasaran rangkaian berfungsi, lebih mudah jika kita melihat model bisnes ‘Francising’ yang lebih kita kenali. Dalam bisnes francise, tuanpunya bisnes akan membayar syarikat induk untuk mendapatkan hak menjual produk syarikat dan mengguna nama syarikat induk. Syarikat induk pula akan memberikan tuanpunya bisnes segala latihan, pembangunan, pengiklanan dan sokongan pemasaran. Walaupun nama diluar kedai adalah nama syarikat induk, tetapi lokasinya dipunyai oleh pemilik bisnes yang bebas.

Walaupun pemasaran rangkaian bukan bisnes francis, ia berfungsi dengan cara yang sama, Terdapat syarikat MLM yang besar meletakkan pelan bisnesnya sebagai “Francis Perseorangani”. Dalam pemasaran rangkaian, syarikat mengedar produk atau servisnya melalui Pemilik Bisnes Bebas atau IBO (Independant Business Owner) yang akan memasarkan produk atau servis secara terus kepada pengguna.

Faktor utama yang menjadikan pemasaran rangkaian sangat menarik adalah Pemilik Bisnes Bebas ini bukan sahaja boleh menjual produk atau servis syarikat kepada pengguna, malahan mereka boleh membesarkan bisnes dengan cara membantu orang lain ‘set up’ bisnes yang sama. Ini dikenali sebagai ‘penajaan’ dalam industri MLM. ‘Penajaan’ bukan sahaja menguntungkan jualan terusnya malah ia membolehkannya mendapatkan keuntungan atas jualan mereka yang ditaja.

Contoh bagaimana bisnes MLM berfungsi adalah seperti berikut. Katakan Pemilik Satu adalah IBO yang menjual barangan bernilai RM1,000 setiap bulan. Selain keuntungan jualan terus (retail) yang didapati oleh beliau, syarikat juga memberikan bonus atau komisen berdasarkan jumlah jualan bulanannya.

Seterusnya Pemilik Satu tadi ingin membesarkan perniagaannya dan menaja pula Pemilik Dua. Pemilik Dua juga berjaya menjual barangan bernilai RM1,000 setiap bulan. Seperti Pemilik Satu, Pemilik Dua juga akan mendapat bonus atau komisen atas jumlah jualan bulanannya disamping untung jualan terus yang dilakukannya. Dengan menaja Pemilik Dua, Pemilik satu yang tadi telah menjual RM1,000 setiap bulan akan juga dihargai dari hasil jualan RM1,000 Pemilik Dua. Dengan demikian, jumlah jualan Pemilik Satu akan dikira sebagai mempunyai jumlah jualan kumpulan RM2,000.

Jika Pemilik Dua membesarkan bisnesnya dengan menaja Pemilik Tiga, Pemilik Dua akan dihargai terhadap sebarang jualan yang dilakukan oleh Pemilik Tiga. Oleh kerana, Pemilik Satu yang bertanggungjawab menaja Pemilik Dua, maka Pemilik Satu akan juga dihargai atas jualan Pemilik Dua dan Pemilik Tiga. Keupayaan untuk menjana pendapatan dari pelbagai aliran menjadikan pemasaran rangkaian sangat popular dan menguntungkan bagi mereka yang menyertainya.

Oleh kerana strukturnya, bisnes pemasaran rangkaian seringkali di salah anggap sebagai skim piramid dan semua syarikat MLM adalah haram. Sebenarnya, syarikat pemasaran rangkaian yang sah bukanlah skim piramid. Pandangan bahawa syrikat MLM adalah skim piramid haram telah lama wujud sejak 1975 lagi apabila kerajaan USA menuduh Amway Corporation menganjurkan skim piramid haram. Tetapi, perundangan negara tersebut telah mengesahkan bahawa pelan pemasaran rangkaian yang digunakan oleh Amway adalah sebenarnya sebuah model bisnes yang tidak menyalahi undang-undang. Keputusan mahkamah itu telah menyebabkan banyak syarikat MLM disahkan menurut undang-undang.

Tetapi, ini tidak bermakna semua syarikat MLM adalah bisnes yang sah, Usahawan yang ingin menyertai bisnes pemasaran rangkaian harus berhati-hati memilih organisasi syarikat yang disertai. Banyak faktor yang harus diberikan pertimbangan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Malaysia juga ada mengeluarkan panduan ciri-ciri skim yang diharamkan bagi mengelakkan penipuan dan salah guna dalam sistem bisnes pemasaran rangkaian ini.

Sejarah Bisnes Pemasaran RangkaianBagaimana Pemasaran Rangkaian atau MLM (Network Marketing) bermula dan tumbuh untuk me...
30/11/2016

Sejarah Bisnes Pemasaran Rangkaian

Bagaimana Pemasaran Rangkaian atau MLM (Network Marketing) bermula dan tumbuh untuk memenuhi keperluan pelanggan dan pengusaha. ini adalah persoalan yang sangat menarik!!

Sebuah syarikat yang mencipta sesuatu produk perlu membuatkan produknya dikenali dipasaran dengan seluas-luasnya. Organisasi jualan yang terdiri daripada tenaga penjual individu adalah tulang belakang kepada sesebuah perniagaan.

Untuk mengetahui sejarah industri ini, kita mesti melihat tempat asalnya perniagaan jualan langsung ini bermula iaitu Amerika Syarikat. Jumlah tenaga jurujual di Amerika Syarikat mulai tumbuh dengan pesat bermula pada akhir 1800-an.

1861: 1,000
1869: 50.000
1885: 100,000
1903: 300,000

1860 – Jurujual bergerak juga dikenali sebagai ‘canvassers’ dan penjaja. Terdapat sebilangan bekas jurujual ini yang telah membentuk organisasi-organisasi jualan yang terlatih. Kalau bukan kerana usaha mereka, banyak nama-nama syarikat yang kita semua kenal hari ini tidak ujud.

– Henry Heinz, seorang bekas jurujual, telah mencipta sebuah organisasi 400 orang jurujual untuk menjual pelbagai produk sayuran seperti kicap dan acar, kepada orang-orang yang tidak menanamnya sendiri.

– Asa Candler, juga seorang bekas jurujual, membina armada jualan untuk menjual sirap Coca-Cola ke restoran-restoran setelah membeli formulanya dari John Pemberton seorang ahli farmasi dengan harga USD2,300 pada tahun 1886.

Akibat dari organisasi-organisasi seperti ini, lahirnya idea untuk syarikat-syarikat membenarkan tenaga jurujual mereka untuk memiliki perniagaan mereka “sendiri”.

1868 – JR Watkins mendirikan JR Watkins Medical Company, salah satu syarikat pertama Amerika yang membenarkan produk kesihatan semulajadinya dipasarkan oleh rakan niaganya terus kepada pengguna.

1890 – David McConnel memulakan syarikat California Perfume, yang berpusat di New York. Pada tahun 1906 ia mempunyai 10.000 wakil jualan menjual 117 produk yang berbeza. California Perfume menukar namanya menjadi Avon Products pada tahun 1937.

1905 – Alfred C. Fuller yang juga merupakan seorang bekas jurujual sangat mempengaruhi masa depan organisasi jualan. Fuller memulakan syarikat Fuller Brush Company dan menggaji 270 dealer di seluruh Amerika Syarikat untuk mengikuti rancangan perniagaannya yang berdasarkan kepada komisen sahaja. Pada tahun 1919, Fuller Brush Company telah membuat jualan sebanyak USD 1 juta; pada tahun 1960 pula adalah USD 109 juta.

1931 – Frank Stanley Beveridge adalah bekas naib presiden jualan untuk Fuller Brush Company. Dia dan Catherine L. O’Brien menubuhkan syarikat Stanley Home Products. Dipengaruhi oleh kesulitan ekonomi disebabkan oleh kegawatan ekonomi sewaktu zaman ‘Great Depression’, Frank dan Catherine membayangkan sebuah peluang bagi orang ramai untuk memulakan perniagaan mereka sendiri dengan pelaburan minimum, dengan menjual produk-produk seharian yang digunakan orang ramai. Visi ini jelas diambil dari Fuller Brush Company. Stanley Home Products menjual pembersih rumah, berus dan mob. Beberapa dealer Stanley mula memberikan demonstrasi untuk kelab-kelab dan organisasi berbanding kepada individu-individu untuk meningkatkan volume penjualan. Dealer-dealer Stanley dengan cepat menggunakan idea ini sebagai cara untuk memaksimumkan jualan. Dealer-dealer ini mengambil konsep “kelab dan organisasi” ke rumah-rumah dengan cara pemilik rumah menjemput rakan-rakan dan keluarga untuk mendengar persembahan jualan … maka lahirlah “home party” (parti rumah).

Stanley Home Products menjadi tempat latihan bagi ramai pemimpin syarikat yang terkenal. Mary Kay Ash, pengasas Mary Kay Cosmetics; Brownie Wise dari Tupperware; Jan dan Frank Day, pengasas Jafra Kosmetik, dan Mary Crowley, pengasas Home Interiors telah menerima latihan awal dealer Stanley Home Products – sekali lagi dipacu oleh syarikat Fuller Brush.

1934 – Carl Rehnborg memulakan California Vitamin Corporation menjual apa yang kini dikenali sebagai suplemen vitamin. Pada tahun 1939 syarikat ini telah bertukar nama menjadi Nutrilite Products Company, Inc

1945 – Nutrilite telah menandatangani kontrak dengan Mytinger & Casselberry untuk melantik merekan menjadi pengedar ekslusif seluruh Amerika bagi produk-produk Nutrilite. Mytinger & Casselberry telah mencipta pelan imbuhan MLM pertama yang didokumentasikan. Ia berbunyi seperti ini: Seorang pengedar Nutrilite membeli produk pada harga yang di diskaun sebanyak 35%. (Contoh: Pengedar A membeli sekotak vitamin pada harga sebanyak USD 13 dan kemudian menjualnya pada harga sebanyak USD 20 dengan keuntungan sebanyak USD7.00)

Untuk menggalakkan pengedar untuk menjual lebih banyak, Nutrilite membayar bonus bulanan tambahan sebanyak 25% dari jumlah keseluruhan jualan. 20 pelanggan x USD13.00 (nilai belian borong) = USD260 x 25% = keuntungan USD65,00.

Setelah pengedar membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan 25 pelanggan, dia akan dibenarkan untuk menjadi pengedar LANGSUNG – yang bererti bahawa dia boleh mencari orang lain yang ingin menjual produk Nutrilite dan kemudian mereka akan membeli produk mereka dari dia. Inti patinya, apabila dia berjaya membuktikan bahawa dia boleh mendapatkan pelanggan-pelanggan, dia akan dinaikkan pangkat dan dibenarkan untuk mencari pengedar lain dan melatih mereka untuk mendapatkan pelanggan. Sebagai insentif untuk melatih pengedarnya dengan baik, apabila dia dan pengedar-pengedarnya mengumpulkan 150 pelanggan, maka dia akan menerima tambahan 2% dari jumlah keseluruhan jualan.

Ini bukan piramid – itu adalah sistem kuota berasaskan pengurusan. Mereka yang menjual paling banyak vitamin akan mendapat insentif yang lebih tinggi daripada mereka yang menjual sedikit. Pelan Imbuhan MLM ini hanyalah satu pembaharuan dari ganjaran pengeluaran Fuller Brush Company. Dengan MLM (Network Marketing), syarikat dapat memotivasi jurujualnya untuk tidak hanya menjual lebih banyak produk, tetapi juga untuk melatih orang lain untuk menjual lebih banyak produk.

1945 – Earl Tupper mencipta sebuah bekas plastik yang ringan, fleksibel dan dengan penutup ketat. Dia mula menjual produk-produknya melalui kedai-kedai runcit konvensional, tetapi dia menyedari produknya memerlukan demonstrasi. Earl Tupper kemudiannya bekerjasama dengan Brownie Wise (dahulunya dengan Stanley Home Products) melancarkan Pelan Parti Tupperware. Sekarang, ia adalah syarikat bilion dollar bertaraf dunia yang beroperasi di 40 buah negara.

1949 – Rich Devos dan Jay Van Andel (teman sewaktu sekolah tinggi dan rakan perniagaan) kembali dari perkhimatan tentera dan menjadi pengedar untuk vitamin suplemen Nutrilite pada tahun 1950. Setelah berlaku dilema singkat dengan Nutrilite pada tahun 1959, kedua-duanya meninggalkan Nutrilite dan membentuk syarikat Amway Corporation. Pada tahun 1972 Amway Corporation membeli Nutrilite.

1956 – Dr Forrest Shaklee mengembangkan kaedah ekstraksi mineral dari sayur-sayuran dan telah menggunakan MLM (Network Marketing) untuk mengedar produk-produknya.

1963 – Mary Kay Ash mencipta Mary Kay Cosmetics. Pada tahun 1996, jualan syarikat adalah lebih daripada 2 bilion dolar setahun.

1975 – FTC (Federal Trade Commission) telah mengemukakan saman terhadap Amway Corporation kerana didakwa mengendalikan sebuah skim piramid.

1979 – Seorang hakim telah memutuskan bahawa program pemasaran multi level Amway adalah sebuah peluang perniagaan yang sah, dan bukannya sebuah skim piramid.

Address

Semenyeh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when TOP Leader Menuju Arah Jutawan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to TOP Leader Menuju Arah Jutawan:

Share