11/04/2018
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah dengan izinNYA, KKSL berjaya mendapat persijilan EKSA dengan kategori CEMERLANG. Berkat muafakat, saling hormat-menghormati dan saling bekerjasama antara satu lain dalam kalangan warga KKSL, telah mewujudkan sebuah organisasi cemerlang dalam pengamalan EKSA.
Terima kasih kepada warga KKSL yang telah mendoakan kecemerlangan KKSL dalam EKSA. Moga Allah memberi anugerah terbaik buat warga KKSL. Moga warga KKSL terus cemerlang dalam apa jua bidang dan lapangan yang diceburi. Terima kasih kepada semua. Jazakallahu khairan kathira.