29/10/2021
Ini gambar saya di hadapan sekolah saya. Sejak form 1 sampai la form 5, saya bersekolah di Sekolah Menengah Lelaki Bukit Bintang. Lebih dikenali sebagai BBBS (Bukit Bintang Boys School) Petaling Jaya.
*Anda sekolah mana? Kongsikan kat ruang komen. Mana la tahu boleh jejak kasih di sini...
Nak kata pandai ketika sekolah tu taklah, just an average student. Tak layak masuk aliran sains (tak cukup pandai), so saya aliran sastera je.
Tak berapa aktif sukan ketika itu, tapi saya adalah presiden kelab seni lukis. Maklumlah, minat sangat melukis. Time cikgu mengajar pun, melukis kat meja!
Yang bestnya, sebagai presiden kelab seni lukis, boleh ponteng kelas selalu. Terutamanya time-time ada pertunjukan, majlis, event, seperti hari guru, hari sukan dan sebagainya, ahli kelab seni lukis la yang boleh ponteng kelas dan sediakan perhiasan/dekor untuk majlis-majlis ni.
Tulisan saya ini bukanlah nak menggalakkan anak2 atau adik2 yang membaca ni ponteng kelas. Tidakkkk....
Tetapi pesanan untuk mak dan ayah anak-anak yang merupakan usahawan dan bakal usahawan sebenarnya untuk jadualkan hari anda seperti jadual sekolah.
Ramai tanya saya bagaimana saya konsisten setiap hari lakukan kerja, perniagaan, hasilkan banyak content, keluarga dan sebagainya?
Jawapannya adalah saya mempunyai jadual seperti jadual sekolah. Contoh:
6:00 pagi - 6:20 pagi - Check & balas email
6:25 pagi - 6:45 pagi - Hasilkan content TikTok/IG/FB
6:50 pagi - 7:10 pagi - Balas komen di media sosial
7:15 pagi - 7:35 pagi - Video call managers/business partners
REHAT 15 minit
7:50 pagi - 8:10 pagi - (seterusnyaaa sampai petang/malam)
Setiap sesi adalah 20 minit sahaja. Teknik ini dikenali sebagai "Pomodoro" anda boleh Google kalau nak tahu lebih lanjut.
Tetapi ya, itulah rahsianya. Dari sekolah, sampailah jadi usahawan, saya tetap mempunyai jadual kerja. Macam jadual sekolah.
Cuma kali ni dah tak boleh nak ponteng macam dulu!
*Dalam perniagaan, tak boleh la ponteng. Jika anda ingin mulakan perniagaan tetapi tak tahu nak jual apa, ikuti webinar percuma bersama saya "Nak Jual Apa? Mulakan Perniagaan dari ZERO". Klik di sini untuk sertai MALAM INI atau ESOK! www.NakJualApa.com
Jumpa di sana!