19/03/2016
Bagaimana untuk membaca ukuran pelan rumah?
Bagi seorang yang kurang mempunyai pengetahuan berkenaan dengan senibina, atau pembinaan, atau yang berkait rapat dengannya, seringkali akan menghadapi masalah menganggar bagaimana bentuk dan berapa luas bangunan, atau rumah yang bakal dibina atau dibeli terutama sekali apabila pelan tersebut menggunakan jenis ukuran yang tidak biasa kita gunakan.
Perkara penting yang perlu diketahui umum berkaitan ukuran yang digunakan dalam pelan adalah 'Apakah jenis ukuran yang digunapakai'.Secara umumnya di Malaysia, terdapat 2 jenis ukuran yang dipraktikkan iaitu ukuran Metrik dan Ukuran Imperial.
Unit yang digunapakai untuk Ukuran Metrik dalam pelan adalah milimeter(mm) dan meter(m).
Unit yang digunapakai untuk ukuran Imperial p**a dalam pelan adalah kaki ('), Inchi (")
Setelah mengenal pasti jenis ukuran apa yang digunapakai oleh pelan, langkah seterusnya adalah penukaran ukuran dari sistem ukuran sedia di dalam pelan kepada sistem ukuran yang biasa kita gunakan. Sebagai contoh rujuk rajah pelan dibawah
Ukuran pada rajah pelan dibawah 'sempadan ke sempadan' adalah 9,010 mm dan penukaran kepada unit imperial (kaki) adalah menggunakan formula ini :
(9,010mm / 1,000) x 3.28 = 29.55' @ 30' #.
Ini bererti jarak sempadan tanah pada pelan dibawah adalah 30' dan sekiranya hendak ditukar dari imperial ke metric p**a perlu menggunakan formula ini:
(jarak @ 29.55'/3.28) x 1000 = 9009mm @ 9010mm #.
Selepas ini, kami cuba akan kongsikan cara formula teringkas untuk menukar keluasan dari M2 kepada Kps. Selamat mencuba 😁😁