Firdaus Alternatives Centre

Firdaus Alternatives Centre Blessed Abundantly.

MASIH BERUBAT KE? Salam hujung ramadan. Jawab disini lebih mudah dibaca kerana hebahan rasmi hanya disini. Saya semakin ...
18/03/2026

MASIH BERUBAT KE?

Salam hujung ramadan. Jawab disini lebih mudah dibaca kerana hebahan rasmi hanya disini. Saya semakin introvert.

Ya saya masih berubat seperti biasa. Sama ada rawatan berdepan atau rawatan jarak jauh masih begitu. Cumanya saya sudah amat kurang bermedia so sial.

Ramai dah berpindah platform dan bertanya saya ada acc TikTok ke? Ada yang mencari saya disana. Kecoh la.

Ada video rawatan ke atau ada buat live ke? Buat masa ini tak ada. Mungkin tak akan ada juga sampai bila-bila. Cari saya di whatsapp cukuplah.

Master ok ke? Ya saya alhamdulillah ok je. Masih hidup belum jadi hantu lagi. Taknak jadi influencer ke Master? TAK NAK.

Master Firdaus
Firdaus Alternatives Centre
013-350 3008

DOKUMENTARI SAMA: TO LISTENSalam buat semua. Moga rahmat-Nya mengiringi buat seluruh yang berurusan dengan saya, yang sa...
17/08/2025

DOKUMENTARI SAMA: TO LISTEN

Salam buat semua. Moga rahmat-Nya mengiringi buat seluruh yang berurusan dengan saya, yang sakit didoakan pulih sembuh dengan izin-Nya. Jadual saya semakin padat, bukan sekadar rawatan. Itu tak tulis pun orang tahu saya memang sibuk selalu dengan rawatan. Keluarga tetap keutamaan. Susunan-Nya alhamdulillah.

Semakin lama semakin menyepi saya dari dunia luar, mudah kata telah pun menyendiri namun kekal tersendiri. Ada fasa sebelum ini aktif dengan hal budaya dan kemelayuan pun kini semakin tak lagi beserta. Memerhati dari kejauhan, watak dan peranan saya dalam hal sebegitu dah pun berakhir. Semangat dah selamat disimpan kemas.

Merenung kembali amanah guru-guru yang dipikul, lebih-lebih lagi amanah ilmu untuk disampaikan diajarkan juga telah saya sempurnakan semampu sedaya yang ada. Pengalaman yang mendewasakan. Saya dah tak lagi mengajar sesiapa dan menyampaikan apa-apa. Kuota dah habis selesai. Nak berguru cari orang lain.

Dalam diam menyendiri dan kekal tersendiri tiba-tiba dihubungi untuk sebuah dokumentari antarabangsa. Semua yang lain terlibat adalah orang handal dalam akademik dan bidang masing-masing. Kecuali saya, hanya marhaen yang menyarung busana melayu tradisional lengkap. Mereka mencari kebenaran..

Dokumentari ini tentang Sufi Music dari Morroco, Turkiye, Fez dan Malaysia. Ini untuk festival-festival muzik dan filem seluruh dunia. Sesi interview saya paling panjang hampir 3 jam, diorang sampai taknak balik. Sekali lagi Firdaus Alternatives Centre diangkat ke peringkat antarabangsa, selepas tahun 2017 dahulu diangkat kali pertama. Iya, saya hanya perawat. Rahsia Allah atas segala susunan-Nya.

Bukan sekadar mereka bertiga mendapat pencerahan yang tak pernah didengar, semua krew dan yang ada disitu turut mendengar dan lapang jiwa raga. Tak terbayang dek akal saya dunia luar p**a melihat dokumentari tersebut, pencari kebenaran mendapatkan kebenaran. Jawapan doa pada yang mahu mendengar-Nya.

Ia menjadi satu sesi rawatan yang amat besar tanpa disedari, sesungguhnya yang menghargai itu selalu hadir dalam wajah dan peristiwa yang berbeza. Tulisan kali ini hanya catatan perjalanan dari ribuan perjalanan cerita Firdaus Alternatives Centre. Ada yang saya tulis disini dan terlalu banyak yang terus kekal menjadi rahsia. Ada masa saya kongsikan, tak ada masa saya nak konspirasikan.

Master Firdaus
Firdaus Alternatives Centre
013-350 3008

06/02/2025

PUTARAN HIDUP

Salam hormat semuanya👋. Setelah satu tempoh panjang tidak menulis di mana-mana ruangan media sosial. Alhamdulillah ‘ala kulli hal. Didoakan yang baik-baik buat mereka yang selayaknya memperoleh kebaikan dari-Nya. Aamiin. Semakin meningkat usia kita semua, semakin berbau tanah. Dari tanah, menjalani kehidupan atas tanah dan berakhir kehidupan bawah tanah.

Semuanya dikiaskan ‘sekelip mata’. Merenung gambar dan video lama. Berkelip-kelip mata, berair mata, kering air mata dan begitulah putaran hidup. Kita wujud hanya sebuah cerita, moga kita menjadi sebaik-sebaik cerita. Apapun cerita tetap tinggal cerita dan begitu banyak wujud cerita untuk dibaca. Melihat sekeliling hah kelihatan berkah doa dahulukala menaikkan manusia-manusia. Tunggu putaran hidup seterusnya😊.

Oh ya apa khabarnya saya? Alhamdulillah masih hidup dan meneruskan kehidupan apa ada-Nya. Selesa dibelakang tabir dunia tipu-tipu yang manusia-manusia itu banggakan. Pujian dan kejian menjulang? Masih begitu. Yela menghadapi manusia ada yang setuju dan sebaliknya. Pastinya tetap ada budi jasa tak boleh dinafikan. Kan😊? Tenang-tenang.

Pesan guru tua, ujian bukan bebanan tetapi itu adalah kemanisan. Terus hidup jujur dan ikhlas. Rawatan masih seperti luarbiasa, memang bukan biasa. Tengok aje diri masing-masing yang pernah kudrat ini menumpahkan budi jasa. Luarbiasa kan? Percaya atau tidak, putaran hidup yang seterusnya ini lebih menarik tau🫰. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Muah ciked 💋.

Master Firdaus
013-350 3008

TABAHBab ini memang kena jadi pakaian diri batin masing-masing sebagai manusia. Semua pasti ada badai kehidupan yang per...
21/10/2023

TABAH

Bab ini memang kena jadi pakaian diri batin masing-masing sebagai manusia. Semua pasti ada badai kehidupan yang perlu dilalui. Perlu yakin percaya, badai kehidupan ini adalah umpama baja membentuk siapa kita satu tika nanti yang penuh rahmat-Nya.

Proses pembentukan ini merupakan proses pembinaan diri. Ujian hebat datang kepada manusia hebat. Tak ada manusia yang kini di atas tak melalui pedihnya di bawah. Pedih itu benih rahmat-Nya. Allah itu maha baik. Usaha semaikan pada akal fikiran.

Alah bisa tegal biasa kata melayu terdahulu. Bertabahlah, moga kita dikurniakan merasa senang dengan takdir-Nya selalu. Allah itu maha baik. Umpama anak kecil, tak memahami banyak perkara lalu pertikaian dan persoalan sentiasa hadir.

Akal belum sampai memahami baiknya Allah dalam segala keadaan. Tetapi itu bukan alasan fikiran terus lemah memberontak. Moga kerasnya takdir berubah lembut seiring waktu berlalu. Dari setiap saat ke setiap saat. Permudahkanlah Ya Rabb..

Master Firdaus
013-350 3008

Pulih pagar rumah.
12/02/2023

Pulih pagar rumah.

Address

Firdaus Alternatives Centre, Jalan Bunga Raya 1
Rawang
48300

Telephone

0133503008

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Firdaus Alternatives Centre posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share