17/10/2026
SWEAT IT OUT JKR WPP 2026
Pada 16 Oktober 2026 (Jumaat) telah berlangsungnya Program SWEAT IT OUT anjuran Kelab Sukan dan Ekonomi JKR WP Putrajaya (KESUKE) bertempat di Bilik Taklimat Jabatan, Aras 3, JKR WP Putrajaya. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah JKR WP Putrajaya merangkap Penaung KESUKE iaitu YBrs.Ir.Ts Hajah Sarimah binti Ahmad. Program ini turut dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian dan kakitangan JKR WP Putrajaya seramai 250 orang.
Program Sweat It Out telah diadakan bersempena dengan sambutan Hari Profesional Teknikal Negara (HPTN), Hari Sukan Negara (HSN) dan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera (BMSS) sebagai inisiatif menggalakkan gaya hidup aktif dan sihat dalam kalangan warga kerja JKR WPP. Pelbagai aktiviti kecergasan melalui sesi aerobik telah dilaksanakan dalam suasana yang meriah dan penuh semangat, sekali gus memberi peluang kepada warga kerja JKR WPP untuk meluangkan masa melakukan aktiviti fizikal bersama-sama.
Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan fizikal dan mental, di samping memupuk semangat kebersamaan, mengeratkan hubungan silaturahim serta membina persekitaran kerja yang lebih positif dan produktif.
Semoga program seumpama ini dapat diteruskan pada masa akan datang bagi membudayakan amalan hidup sihat dalam kalangan warga kerja JKR WPP, selaras dengan aspirasi melahirkan kakitangan yang cergas, sihat dan sejahtera.
komkorpjkr