PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia

Call Directions Website Contact the business

PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) - Malaysian Town Planners Association Objektif PERSADA ialah untuk :

1.

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia atau ringkasnya PERSADA telah ditubuhkan pada 1991 di Kuala Lumpur [Sijil Bil: 1229/91 (Wilayah Persekutuan)]. Menjaga kepentingan dan kebajikan ahli-ahli;
2. Menyatu dan menyalurkan tenaga ahli;
3. Meluaskan pengetahuan dan pemahaman;
4. Memupuk perasaan berpersatuan di kalangan ahli dan meningkatkan semangat kerjasama antara ahli melalui penganjuran aktiviti-aktiviti sosial dan rekreasi;
5. Meningkatkan lagi imej bidang perancangan bagi memastikan perkhidmatan perancangan bandar dan desa menjadi salah satu bidang yang terpenting dalam pembangunan negara; dan
6. Memupuk kerjasama serta perhubungan erat dengan perkhidmatan atau persatuan lain dalam sektor awam dan swasta yang mempunyai persamaan dari segi dasar dan pertubuhan. Ahli-ahli persada terdiri daripada Pegawai Perancang Bandar dan Desa yang dilantik di bawah Skim Perkhidmatan Pegawai Perancang Bandar dan Desa oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia yang sedang berkhidmat (ahli biasa) serta yang telah bersara (ahli pesara).

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡ΎKepelbagaian kaum, budaya, dan latar belakang adalah kekuatan utama yang meny...
15/09/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ Selamat Menyambut Hari Malaysia 2026! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Kepelbagaian kaum, budaya, dan latar belakang adalah kekuatan utama yang menyatukan kita di bawah satu bendera, Jalur Gemilang.

Sempena Hari Malaysia tahun ini, marilah kita bersama-sama memperkukuh semangat perpaduan, keharmonian, dan saling menghormati demi kebaikan negara tercinta.
"Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni"
Ikhlas daripada:

Presiden & AJK PERSADA Sesi 2025/2027
PerpaduanTerasMalaysia RakyatDisantuni

πŸ‡²πŸ‡Ύ SALAM KEMERDEKAAN | SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡ΎSempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogo...
30/08/2026

πŸ‡²πŸ‡Ύ SALAM KEMERDEKAAN | SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA KE-69 πŸ‡²πŸ‡Ύ

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos 2026, marilah kita bersama-sama menghayati erti kemerdekaan yang sebenar serta mengenang jasa dan pengorbanan generasi terdahulu dalam membina sebuah negara yang aman, berdaulat dan sejahtera.

Semoga semangat patriotisme terus subur dalam jiwa kita, memperkukuh perpaduan serta menyatukan tekad untuk terus menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan Malaysia tercinta.

Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-69.
Merdeka! Merdeka! Merdeka! πŸ‡²πŸ‡Ύ

Ikhlas daripada
Presiden dan Ahli Jawatankuasa PERSADA
Sesi 2025/2027

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan ...
24/08/2026

πŸŒ™ SALAM MAULIDUR RASUL 1448H πŸŒ™

12 Rabiulawal mengingatkan kita kepada kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, insan agung yang membawa rahmat, petunjuk dan teladan terbaik buat seluruh umat.

Semoga kecintaan kepada Rasulullah SAW terus subur dalam jiwa dan diterjemahkan melalui akhlak yang mulia, kasih sayang sesama insan, amanah dalam setiap tanggungjawab serta kesungguhan memberi manfaat kepada masyarakat.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga serta para sahabat Baginda.

Salam Maulidur Rasul 1448H / 2026

πŸ“£ PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR MALAYSIA (PERSADA) menjemput ahli PERSADA yang berstatus aktif untuk menyertai Expl...
08/07/2026

πŸ“£ PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR MALAYSIA (PERSADA) menjemput ahli PERSADA yang berstatus aktif untuk menyertai Explorace Putrajaya 2026 sempena Hari Tanah Negara 2026 anjuran KEKASS JKPTG, KEBAS KL, Kelab JKPTG Selangor.
πŸ“… Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Lokasi Mula: Dewan Baiduri, PETRA, Putrajaya
πŸ—ΊοΈ Laluan: Sekitar Putrajaya
πŸ‘₯ Penyertaan Wakil PERSADA
βœ… Terhad kepada 2 kumpulan sahaja (8 peserta)
βœ… 4 orang bagi setiap kumpulan
βœ… Keutamaan kepada ahli PERSADA yang berstatus aktif
🎯 Apa yang menanti anda?
🧩 Cabaran teka-teki & clue rahsia
πŸ›οΈ Jelajah lokasi ikonik Putrajaya
🀝 Permainan berkumpulan yang menguji strategi dan kerjasama
πŸŽ‰ Pengalaman yang menyeronokkan bersama warga profesional
🎁 Setiap peserta akan menerima:
πŸ‘• T-shirt eksklusif
πŸ“œ Sijil digital penyertaan
🍽️ Makan pagi & makan tengah hari
⚠️ Pendaftaran dibuka berdasarkan konsep β€œFirst Come, First Served”. Bayaran akan ditanggung oleh PERSADA.
Tempat adalah amat terhad, jadi jangan tunggu sehingga terlambat. Daftarkan penyertaan anda sekarang ke Explorace Putrajaya 2026!
πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
πŸ“± Encik Muhamad Aizuddin – 012-250 9070
πŸ“± Encik Muhammad Naim – 012-630 3745

πŸ“£ PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR MALAYSIA (PERSADA) menjemput ahli PERSADA yang berstatus aktif untuk menyertai Expl...
07/07/2026

πŸ“£ PERSATUAN PEGAWAI PERANCANG BANDAR MALAYSIA (PERSADA) menjemput ahli PERSADA yang berstatus aktif untuk menyertai Explorace Putrajaya 2026 sempena Hari Tanah Negara 2026 anjuran KEKASS JKPTG, KEBAS KL, Kelab JKPTG Selangor.
πŸ“… Tarikh: 25 Julai 2026 (Sabtu)
πŸ•’ Masa: 7.30 pagi – 4.00 petang
πŸ“ Lokasi Mula: Dewan Baiduri, PETRA, Putrajaya
πŸ—ΊοΈ Laluan: Sekitar Putrajaya
πŸ‘₯ Penyertaan Wakil PERSADA
βœ… Terhad kepada 2 kumpulan sahaja (8 peserta)
βœ… 4 orang bagi setiap kumpulan
βœ… Keutamaan kepada ahli PERSADA yang berstatus aktif
🎯 Apa yang menanti anda?
🧩 Cabaran teka-teki & clue rahsia
πŸ›οΈ Jelajah lokasi ikonik Putrajaya
🀝 Permainan berkumpulan yang menguji strategi dan kerjasama
πŸŽ‰ Pengalaman yang menyeronokkan bersama warga profesional
🎁 Setiap peserta akan menerima:
πŸ‘• T-shirt eksklusif
πŸ“œ Sijil digital penyertaan
🍽️ Makan pagi & makan tengah hari
⚠️ Pendaftaran dibuka berdasarkan konsep "First Come, First Served". Bayaran akan ditanggung oleh PERSADA.
Tempat adalah amat terhad, jadi jangan tunggu sehingga terlambat. Daftarkan penyertaan anda sekarang ke Explorace Putrajaya 2026!
πŸ“ž Sebarang pertanyaan:
πŸ“± Encik Muhamad Aizuddin – 012-250 9070
πŸ“± Encik Muhammad Naim – 012-630 3745

πŸ’™ SELAMAT HARI BAPA πŸ’™Seorang ayah mungkin tidak selalu mengungkapkan kata-kata, namun setiap pengorbanan, nasihat dan ka...
21/06/2026

πŸ’™ SELAMAT HARI BAPA πŸ’™

Seorang ayah mungkin tidak selalu mengungkapkan kata-kata, namun setiap pengorbanan, nasihat dan kasih sayangnya sentiasa menjadi kekuatan buat keluarga.

Terima kasih kepada semua insan bergelar ayah yang tidak pernah jemu berusaha, melindungi dan menjadi inspirasi kepada anak-anak.

Semoga segala jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sentiasa diberkati dan dihargai.

β€œAyah, insan yang sentiasa kita pandang tinggi, walau setinggi mana pun kita membesar.”

πŸ‘¨β€πŸ‘§β€πŸ‘¦ Selamat Hari Bapa daripada PERSADA.

✨ Salam Maal Hijrah 1448H ✨Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita terus berhijrah ...
16/06/2026

✨ Salam Maal Hijrah 1448H ✨

Semoga kedatangan tahun baharu Hijrah ini menjadi titik permulaan untuk kita terus berhijrah ke arah yang lebih baik.

Marilah kita memperbaharui azam, memperkukuhkan ukhwah dan memperbanyakkan amal kebaikan demi mencapai keberkatan di dunia dan akhirat.

Semoga setiap langkah yang diambil dipermudahkan dan dipenuhi dengan rahmat serta keberkatan-Nya.

Salam Maal Hijrah 1448H.

β€œHijrah bukan sekadar perpindahan, tetapi perjalanan menuju insan yang lebih baik.” πŸŒ™πŸ€²

Ikhlas daripada,

Presiden dan AJK PERSADA Sesi 2025/2027

*KURSUS KOMPETENSI PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) 2026 - SIRI 6*Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERS...
15/06/2026

*KURSUS KOMPETENSI PENILAIAN IMPAK SOSIAL (SIA) 2026 - SIRI 6*

Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia (PERSADA) dengan kerjasama Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Malaysian Institute of Plannes (MIP) dan Malaysian Association of Social Impact Assessment (MSIA) akan menganjurkan Kursus Kompetensi SIA Siri 6/2026 bertempat di Avillion Cameron Highlands, Pahang.

Kursus ini bertujuan:

1) Memberi pendedahan kepada semua perunding perancang bandar dan sosial serta pemaju untuk memahami penilaian impak sosial bagi projek pembangunan dengan lebih mendalam.
2) Memberi latihan kepada penyelia dan penilai Laporan SIA untuk memahami proses-proses penyediaan laporan yang terkini.
3) Sesi perkongsian pengalaman daripada pakar yang terdiri daripada penilai, perunding SIA dan penggerak projek.

Maklumat kursus adalah seperti ketetapan berikut :

Tarikh : 30 Jun –2 Julai 2025 (Selasa-Khamis)
Tempat : Avillion Cameron Highlands, Pahang
Yuran : RM 1,400.00 sahaja

Peserta juga akan menerima 1 Naskah Buku PPSIA secara *percuma*.

Pendaftaran kursus adalah *terbuka* dan *terhad* serta melalui qr code di poster atau di link: https://forms.gle/1KTj9R9fQWZjnAZV8

Sebarang pertanyaan mengenai perkara ini boleh menghubungi Puan Fazliana binti Pazin di talian 03-80910173 atau Dr. Siti Fadhlina binti Muhammad Fisal di talian 013-45408535 (maklumat Kursus) dan Puan Azizah binti Wajikan ditalian 012-3385729 (maklumat pembayaran)

03/06/2026

[EPISOD BARU PODCAST RUANG: JOURNEY TO BE A TOWN PLANNER] πŸŽ™οΈβœ¨

β€œDari cita-cita nak jadi abang bomba, akhirnya terjebak jadi Town Planner!” πŸš’ ➑️ πŸ™οΈ

Episod Ruang Naratif Kota dan Desa kali ini cukup bersejarah buat kami di PERSADA sebab kita bawakan official guest pertama, bukan calang-calang orang tau! Penuh eksklusif dari utara tanah airβ€”Dr. Sabri Ahmad, Pengarah PLANMalaysia Negeri Perlis!

Dalam sembang santai kali ini, Dr. Sabri berkongsi corat-coret perjalanan peribadi beliau dalam dunia perancangan bandar selama lebih 32 tahun:

*Zaman Belajar:* Kisah mencabar kena koyak lukisan eco line dengan pensyarah hinggalah tak cukup syarat nak jadi lecturer tetap sebab pointer ... tapi itu semua tak mematahkan semangat beliau!

*Luar Kotak Perancangan:* Dari kerja fotostat hinggalah terlibat dalam merancang benda di atas air (Marine Spatial Planning) dan isu sekuriti makanan negara (KAGUM).

*Misi Khalifah Bumi:* Kenapa Town Planner ni sebenarnya satu tugas besar dalam memakmurkan bumi dan mendepani isu climate change.

Kepada adik-adik yang baru habis SPM/STPM atau sesiapa yang selalu tertukar Town Planner dengan arkitek, korang wajib dengar perkongsian penuh inspirasi ni!

Saksikan bual bicara penuh emosi, perjuangan, dan inspirasi ini sekarang!

πŸ‘‡πŸ”—
https://vt.tiktok.com/ZSxTe4YQM/

PodcastMalaysia InspirasiKerjaya

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™Semoga Aidiladha ini menjadi ruang untuk kita terus menyemai nilai keikhlas...
26/05/2026

πŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H | 2026M πŸŒ™

Semoga Aidiladha ini menjadi ruang untuk kita terus menyemai nilai keikhlasan, pengorbanan dan ukhuwah dalam setiap langkah dan perjuangan.

Semoga segala amal diterima serta dipermudahkan segala urusan buat semua warga PERSADA dan keluarga tercinta.

Ikhlas daripada
Presiden dan AJK PERSADA
Sesi 2025/2027

Address

Putrajaya
62675

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to PERSADA - Persatuan Pegawai Perancang Bandar dan Desa Malaysia:

Shortcuts

Share