PEMBINA Klang

PEMBINA Klang PERSATUAN BELIA ISLAM NASIONAL Cawangan Puncak Alam VISI
"Menjadi peneraju aktivisme belia Islam melalui pemuliharaan dan pembangunan belia Islam." MISI
1.

Membangunkan jatidiri belia berlandaskan kefahaman Islam yang syumul.

2. Menekankan aspek pembangunan potensi belia ke arah yang positif dan bermanfaat kepada negara.

3. Menghindarkan belia daripada elemen-elemen negatif yang boleh merencatkan potensi dan jatidiri.

4. Menyediakan medan alternatif untuk belia menyalurkan potensi diri.

5. Melahirkan generasi belia yang aktif, prihatin, bermatlam

at dan memiliki kesedaran yang jelas tentang peranan mereka dalam kehidupan. Pengenalan

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) adalah persatuan belia kebangsaan yang ditubuhkan pada September 2006. PEMBINA berdaftar di bawah Pendaftar Persatuan Belia dibawah Kementerian Belia dan Sukan dengan nombor pendaftaran PPBM 2111/09. PEMBINA telah mempunyai 22 cawangan yang aktif di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Matlamat utama penubuhan PEMBINA adalah untuk menggembeleng tenaga golongan belia Islam Malaysia secara positif demi kemakmuran negara, melalui usaha berterusan dalam membangun syakhsiah dan jatidiri belia, serta gerak kerja kemasyarakatan yang mesra, bersepadu dan tersusun. Sejak penubuhannya, PEMBINA secara aktif terlibat dengan aktivisme belia, khususnya dikalangan pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta. PEMBINA optimis bahawa golongan belia Islam di Malaysia secara umumnya memiliki potensi untuk menjadi bangsa yang hebat, walaupun sering dikaitkan dengan masalah-masalah sosial dan krisis identiti. Apa yang perlu dilakukan adalah kembali menghayati Islam sebagai cara hidup, memahami peranan dan tanggungjawab sebagai seorang Muslim, serta bersungguh-sungguh malaksanakan Islam dalam kehidupan. Inilah mesej yang ingin dibawa oleh PEMBINA kepada masyarakat.

20/07/2026

[Sekitar Program Healing Camp | 11–12 Julai 2026 🌊🏕]

Alhamdulillah, program Healing Camp yang berlangsung pada 11 & 12 Julai di Pantai Batu Laut, Banting telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 7 orang pelajar UiTM Puncak Alam.

Sepanjang dua hari satu malam, para peserta berpeluang menikmati suasana alam sambil mengeratkan ukhuwah melalui pelbagai aktiviti seperti memancing, mengisa/memukat, membina dan menikmati suasana campfire, serta sesi pengisian yang disampaikan oleh Shukery Azizan.

Semoga setiap pengalaman, perkongsian dan kenangan yang tercipta menjadi titik permulaan untuk terus membina kekuatan diri, ketenangan jiwa dan semangat kebersamaan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam program akan datang di semester hadapan!

Selamat menjalani minggu ulangkaji dan menghadapi Peperiksaan Akhir Semester!

Jemput like, follow & share⬇️
📘Facebook : https://www.facebook.com/pembinaklang
📷 IG : https://instagram.com/pembinapuncakalam




20/07/2026
[Sekitar Program Healing Camp | 11–12 Julai 2026 🌊🏕]Alhamdulillah, program Healing Camp yang berlangsung pada 11 & 12 Ju...
20/07/2026

[Sekitar Program Healing Camp | 11–12 Julai 2026 🌊🏕]

Alhamdulillah, program Healing Camp yang berlangsung pada 11 & 12 Julai di Pantai Batu Laut, Banting telah berjaya dilaksanakan dengan penyertaan 7 orang pelajar UiTM Puncak Alam.

Sepanjang dua hari satu malam, para peserta berpeluang menikmati suasana alam sambil mengeratkan ukhuwah melalui pelbagai aktiviti seperti memancing, mengisa/memukat, membina dan menikmati suasana campfire, serta sesi pengisian yang disampaikan oleh Shukery Azizan.

Semoga setiap pengalaman, perkongsian dan kenangan yang tercipta menjadi titik permulaan untuk terus membina kekuatan diri, ketenangan jiwa dan semangat kebersamaan.

Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga kita berjumpa lagi dalam program akan datang di semester hadapan!

Selamat menjalani minggu ulangkaji dan menghadapi Peperiksaan Akhir Semester!

Jemput like, follow & share⬇️
📘Facebook : https://www.facebook.com/pembinaklang
📷 IG : https://instagram.com/pembinapuncakalam




[Sekitar Program Beliawanis Ziarah Qudama'🧕🏻🌷]Pada 5 Julai 2026, Beliawanis Pembina Puncak Alam telah menjalankan satu p...
15/07/2026

[Sekitar Program Beliawanis Ziarah Qudama'🧕🏻🌷]

Pada 5 Julai 2026, Beliawanis Pembina Puncak Alam telah menjalankan satu program Ziarah Qudama' yang mengumpulkan ahli Beliawanis Pembina di bawah UITM Puncak Alam bagi mengunjungi rumah qudama' iaitu Ustazah Noriah Bt Yusoh di Kg. Rantau Panjang, Klang.

Melalui program ini, beliawanis dapat menghayati dengan lebih mendalam tentang erti perjuangan dakwah dalam Islam. Selain itu, beliawanis juga dapat berkenalan sesama mereka dengan lebih rapat.

Semoga dengan adanya program sedemikian dapat memberi manfaat kepada peserta untuk membina keperibadian muslim sejati selaras membina kepimpinan nasional di alam universiti.😊👍🏼🌈

Jemput like, follow & share⬇️
📘Facebook : https://www.facebook.com/pembinaklang
📷 IG : https://instagram.com/pembinapuncakalam




🌷🧕BELIAWANIS ZIARAH QUDAMA'🧕🏻🌷Kami menjemput semua Beliawanis Pembina untuk menyertai program Beliawanis Ziarah Qudama' ...
03/07/2026

🌷🧕BELIAWANIS ZIARAH QUDAMA'🧕🏻🌷

Kami menjemput semua Beliawanis Pembina untuk menyertai program Beliawanis Ziarah Qudama' — sebuah program ziarah santai sambil berukhuwah yang penuh makna!

Butiran Program:
📆Tarikh : 05/07/2026 (Ahad)
🕑Masa : 10.00am - 2.00pm
📱Tempat : Sekitar Klang

Apa yang menarik❔
💛 Sesi perkongsian ilmiah secara santai
💚 Ruang ukhuwah dan refleksi diri
🩷 Hidangan istimewa disajikan khas

Jom sertai kami! Mari sama-sama kita perbanyakkan ilmu dan merapatkan ukhuwah antara kita sambil berziarah di rumah qudama' yang penuh dengan ilmu dan amal🌹

📍Untuk pendaftaran➡️Sila rujuk kepada masulah masing-masing

Jemput like, follow & share⬇️
📘Facebook : https://www.facebook.com/pembinaklang
📷 IG : https://instagram.com/pembinapuncakalam




🌊🏕️ HEALING CAMP PEMBINA 🏕️🌊👣MEMBINA NADI DAKWAH👣📅 Tarikh: 11 & 12 Julai 2026📍 Lokasi: Pantai Batu Laut, Banting, Selang...
30/06/2026

🌊🏕️ HEALING CAMP PEMBINA 🏕️🌊
👣MEMBINA NADI DAKWAH👣

📅 Tarikh: 11 & 12 Julai 2026
📍 Lokasi: Pantai Batu Laut, Banting, Selangor
⏰ Masa: 8.00 pagi (11 Julai) – 12.00 tengah hari (12 Julai)
⛺ Penginapan: Khemah di tepi pantai

✨ Aktiviti Menarik
🎣 Memancing & memukat ikan
🔥 BBQ santai di tepi pantai
☕ Sembang santai dan mengeratkan ukhwah
🌅 Solat berjemaah di tepi pantai

Lelaki sahaja 🙋‍♂️
Terhad kepada 10 orang sahaja!!
Pengangkutan disediakan!!
👇 Daftar segera dalam link di bawah 👇
https://forms.gle/SDwcbXcbeZkvWi6J6

Hubungi Bro Hafiz - 0172680104

[SALAM MAAL HIJRAH 1448H]Kami dari PEMBINA Puncak Alam ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah bagi tahun 1448H bagi seluruh...
16/06/2026

[SALAM MAAL HIJRAH 1448H]

Kami dari PEMBINA Puncak Alam ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah bagi tahun 1448H bagi seluruh muslimin dan muslimat! Maal Hijrah mengingatkan kita bahawa perubahan ke arah yang lebih baik sentiasa bermula dengan niat yang ikhlas dan usaha yang berterusan.
Semoga tahun baharu ini membawa sinar harapan, kejayaan, dan keberkatan dalam setiap urusan. Selamat Menyambut Maal Hijrah 1448H!

Mari ikuti media sosial kami untuk mengetahui dengan lebih lanjut:
📘Facebook : https://www.facebook.com/pembinaklang
📷 IG : https://instagram.com/pembinapuncakalam




Address

Jalan Astana D13/D, Seksyen 13
Puncak Alam
45010

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when PEMBINA Klang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share