18/12/2021
Sukar nak mengatasi masalah madu bergas dan meletup sebab madu tualang mentah asli atau tiada proses mmg begitu.
Melainkan saya bg stok lama kepada Tuan² dan Puan². Stok yg usia lebih 5minggu.
Madu yg dh lebih 2 minggu gas nya dah tak kuat sebab proses penapaian dh berlaku.
Masalah pd sy p**a stok sy majoriti jarang lebih 30hari dah habis dan tuai p**a madu baru 😅.
Dan ada p**a majoriti cust kalau gas kurang atau kurang meletup atau lansung xde gas dan letupan terus di cop madu tiruan.
Tapi bila gas kuat dan letupan kuat ada juga yg marah² 🥲.
Saya sendiri dah bertahun hadapi masalah ni. Apa mampu buat tawarkan yang baru jika mmg sah² pecah sewaktu belum buka atau leaking atau pecah sewaktu postage.
Selain tu, boleh juga kurangkan gas dengan cara kurangkan kadar air dalam madu. Tapi kos madu naik juga.
Contoh sebelum proses pengurangan air dlm madu beratnya 10kg, setelah proses pengurangan air, berat madu akan jadi sekitar 7-8kg.
Jadi 2kg 3kg berat madu yg yg hilang tu kosnya akan masuk ke dalam kos hasil madu selepas proses pengurangan air.
Madu jadi mahal. Biasa market madu tualang dah buang kadar air untuk berat 500g sahaja atas RM150. Harga naik seganda.
Belum cerita ciri² originality madu tualang yg hilang selepas proses pengurangan kadar air.
Jadi isu letupan dan gas ni mahu atau tidak semua penjual madu perlu amik langkah untuk mendidik pembeli. Itu saja jalan yg ada untuk mengekalkan kualiti madu tualang mentah yg asli bebas sebarang proses.
Berkenaan botol pecah p**a ianya berkait dengan gas yg terkumpul dalam madu.
Sejak 5 tahun yg lepas saya dah cari, beli, dan cuba pelbagai jenis baru untuk setiap saiz botol madu.
Di Malaysia ni sangat s**ar nak cari botol yg bersesuaian. Tersangat s**ar. Kalau ada pun harganya mahal melampau.
Untuk pengetahuan Tuan dan Puan, botol 500gram dan 1kilogram yang sekarang ni. Harganya lebih RM5 utk sebotol. Harga yg sangat premium untuk botol kosong sahaja.
Ini saya kongsi terus modal botol madu tualang mufid. Tak rahsia, tak ramai penjual madu jenama lain sanggup pakai botol semahal ni. Besar kosnya.
Sedangkan kos botol lama madu tualang mufid bawah RM1.50.
Disebabkan saya nak mengatasi masalah botol pecah secara tiba² ni, saya leburkan kos packaging yg tinggi.
Namun botol premium pun xmampu menjinakkan keganasan madu tualang mentah. 😩
Saya bukan tak cari jalan, bukan tak cari penyelesaian. Cuma memang s**ar dalam mencari packaging terbaik madu tualang mufid ni. Tambahan saya jual stok madu tualang fresh.
Botol 1kg bulat panjang p**a supplier kehabisan stok. Dalam malaysia ni dia je jual. Katanya ada isu penghantaran dari china so stok takda.
Jadi saya terpaksa guna botol 1kg petak yg sekarang, tapi botol ni kualitinya tak bagus sebab ramai hadapi masalah botol tiba² pecah.
Saya minta maaf sangat² saya tak mahu anda mengalami masalah tersebut. Saya cerita ni supaya anda faham saya sentiasa berusaha yg terbaik.
Sebab itu saya tawarkan jaminan botol pecah ganti baru dan boleh claim.
Ada leaking beritahu saya hantar madu topup.
Memang kena kental jual madu tualang asli ni. Kalau hati saya ni tisu lama dah stop jual sebab makan maki orang serta rugi ganti² madu.
Jadi saya harap juga semua sedia maklum dan memahami isu² ini selama menjual madu tualang mufid.
In shaa Allah saya sentiasa berusaha memperbaiki mana2 kekurangan dalam menyediakan produk kepada anda.
Harap hal isu botol pecah ni tak buat anda kecewa dengan saya. Sebab saya dah ceritakan secara terperinci.
Minta maaf sangat2 😭
Saya cuba mencari botol yang lebih sesuai untuk packaging madu tualang mufid, itu pun kalau² botol tu mampu menahan kekuatan madu tualang mentah.
Sudah lebih 30jenis model botol telah dicuba sejak 5 tahun yg lepas untuk disuaikan sebagai botol madu tualang mufid, namun gagal.
In shaa Allah terus berusaha mencari yg lebih baik.
Saya harap jawapan saya ni mampu membuat Tuan dan Puan faham memang ini antara kes**aran jual madu tualang mentah. Terpaksa hadap, terpaksa mendidik masyarakat.
Jual madu tualang asli ni susah, orang² yg gagah perkasa saja mampu bertahan, Tuan & Puan lah orangnya yg hebat
Terima kasih 😘