Cendol Lemak Manis

Cendol Lemak Manis Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Cendol Lemak Manis, Taman Putra Perdana, Puchong.

09/12/2025

Sekarang cendol ni dah buka dekat MyKiosk Putra Perdana jalan 5D (depan zat corner). Kiosk no 12.

Apo lagi geng. Jom pegi sebelum kehabisallaziii......

19/09/2025

Mencari pekerja jualan.

1) warung (shoplot) cendol & rojak area pasar malam
2) penjaga gerai (kanopi) area jalan PP9 (menuju la cottage
3) penjaga gerai (kanopi) area brainy bunch cyberjaya
4) penjaga gerai (kanopi) area petronas batu 14 puchong

www.wasap.my/60182100928/kerja_kosong

Pagi tadi, kawan saya datang jumpa saya. Dia kata, hidupnya penuh derita. Selipar putus sebelah, goreng telur kuningnya ...
22/08/2025

Pagi tadi, kawan saya datang jumpa saya. Dia kata, hidupnya penuh derita. Selipar putus sebelah, goreng telur kuningnya pecah, kucing jiran berak merata. Adoilah!

Cerita punya cerita... dia pun jadi dahaga. Apa lagi, saya pun terus offer semangkuk cendol jualan saya. Sekali rasa... jeng, jeng, jeng!

Tersenyum-senyum si kawan sambil menghirup cendol di tangan. Terus hilang semua derita di kepalanya.

Bayangkan — santan pekat likat, gula melaka cair macam cinta pertama dan ais batu segar yang melegakan tekak! Wow, memang gabungan rasa yang menyegarkan!

Tetapi, AWAS! Ada empat kemungkinan besar akan berlaku selepas anda meminum cendol saya.

Pertama:
Anda tersenyum seorang diri.

Kedua:
Anda jatuh cinta dengan cendol saya.

Ketiga:
Anda minta lagi secawan!

Keempat:
Anda datang lagi esok!

Hehehe... tak percaya? Cubalah rasa, tetapi risiko ditanggung sendiri🤭🤭🤭

Selain cendol, saya juga ada menjual rojak, laksa dan nasi minyak! Semuanya sedap insyaAllah, harga pun mantap.

Hah... apa tunggu lagi? Cepat-cepat singgah ke gerai saya yang beralamat seperti di bawah:

Jalan Putra Perdana 9
(Depan kawasan kilang Alam Perdana).
Setiap Isnin hingga Sabtu
11.00 pagi hingga 6.00 petang

Nak datang seorang diri boleh, nak bawa keluarga boleh... nak jemput sekampung lagilah boleh...

(asalkan jangan bawa isteri orang)

Gerai ni dah lama tutup. Sekarang dah buka semula.Menu yg sama : Cendol, Laksa, Rojak, Nasi Minyak.Lokasi yg sama : Pers...
06/08/2025

Gerai ni dah lama tutup. Sekarang dah buka semula.
Menu yg sama : Cendol, Laksa, Rojak, Nasi Minyak.

Lokasi yg sama : Persiaran Cyber Valley 3 (dari Putra Perdana menghala Masreca Condo.

Jemput singgah....

29/06/2025

Sebenarnya burung tu takde kena mengena pun dgn apa yg saya nak cerita. Tapi sebab dia comel, saya masukkan la juga. Dia makan depan warung kami Cendol Lemak Manis area pasar malam ahad.

Harini warung bukak. Meh aa pekena cendol, laksa & rojak.

23/06/2025

Pembukaan warung Cendol Lemak Manis Putra Perdana.
Bersebelahan Restoran Mr Tako.
Jalan Putra Perdana 5D/1 (area pasar malam ahad).
Setentang dengan Segi Fresh.

Menu² yang kami ada ialah
Cendol
Laksa
Rojak
Nasi Minyak
Spaghetti

Boleh juga order di Restoran Mr Tako menu² berikut,
Takoyaki, ramen, nasi ayam gepuk, ayam goreng, dan lain².

Jemput datang.

Nasi panas lebih cepat lapar dari nasi sejuk.Perasan tak kalau kita makan nasi yg dah sejuk, kita lambat lapar?Ni punca ...
20/02/2025

Nasi panas lebih cepat lapar dari nasi sejuk.

Perasan tak kalau kita makan nasi yg dah sejuk, kita lambat lapar?

Ni punca dia : Nasi panas mengandungi kanji biasa yang cepat dihadam dan dipecahkan menjadi glukosa. Jadi kadar gula dalam datah naik.lebih cepat.

Tu sebabnya kenyang tak tahan lama, cepat lapar semula.

Tapi kalau nasi sejuk, lain cerita. Nasi yang dah sejuk, kanji dia berubah jadi ā€˜resistant starch’. Susah sikit badan nak serap. Jadi, gula tak naik mendadak, kenyang pun tahan lebih lama. Tak cepat lapar.

Tapi… Ayam golek tak macam tu.

Ayam Golek tak kira panas ke sejuk ke, dua-dua steady! Lambat lapar. Sebab ayam penuh protein – lambat hadam, buat perut rasa kenyang lama.

Kalau nak cari ayam golek dekat Putra Perdana ni, boleh datang ke Jalan Putra Perdana 9 (Jalan menuju ke La Cottage, depan kawasan kilang).

Ayam golek seekor : rm28
(siap 4 nasi : rm33)

Ayam golek separuh : rm14
(siap 2 nasi : rm18)

Ayam golek suku : rm7
(siap 1 nasi : rm9)

Cendol Lemak Manis : rm5
Rojak : rm6

Dalam gambar ni ialah seekor ayam golek diatas nasi minyak. (Nasi masih panas, jadi cepat lapar hehe).

19/02/2025

Video ni dirakam dekat Cyberjaya pagi tadi. Sebenarnya saya mengaharapkan dapat rakam Burung Puchong. Tapi saya rasa dalam video ni ialah bangau.

Burung Puchong (burung heron) tak beza sgt dgn bangau. Cuma paruh bangau lebih besar. & Bila terbang, leher bangau lurus, manakala leher burung puchong bengkok masa terbang.

Kalau dekat Putra Perdana, saya selalu nampak beberapa ekor burung macam ni lepak dekat jalan antara Kekwa dengan Kiambang petang².

Jalan tu redup & berlopak kan, tu yang diabinatang (sama maksud dengan 'diorang') s**a main situ.

Mungkin dari burung ni lah Puchong dapat nama. & Kalau dekat bukit puchong sana ada apartment nama Heron Apartment, mungkin diambil sempena nama Burung Puchong / Burung Heron.

Burung Puchong halal dimakan. Mungkin kalau digolek atas bara, akan jadi Burung Golek.

Buat masa ni susah nak jumpa burung golek. Kalau ayam golek, banyak la jumpa. Dekat Putra Perdana ni pun ada satu. Dekat jalan 9. Depan kawasan kilang² tu. Kalau dari Rosana Villa, dia menuju ke La Cottage.

Ayam golek tu dimakan dengan nasi minyak. Satu set Ayam Golek Seekor + 4 Nasi Minyak harganya rm33 je. Kalau nak beli untuk sorang makan pun boleh. Rm9 je. (Ayam suku).

Dekat situ ada jual Cendol jugak. Lepas bedal ayam golek, basahkan tekak dengan cendol. Memang best ah..

Jemput singgah. Delivery pun ada.

Malam Ni Makan Ayam GolekBalik kerja nanti singgah Jalan Putra Perdana 9. Sambar ayam golek seekor. Lawankan dengan nasi...
12/02/2025

Malam Ni Makan Ayam Golek

Balik kerja nanti singgah Jalan Putra Perdana 9. Sambar ayam golek seekor. Lawankan dengan nasi minyak.

Lokasi : depan kawasan kilang Alam Perdana
(Jalan menuju ke La Cottage).

Kalau nak delivery pun boleh
wasap.my/60182100928/Delivery.

Apa akan jadi kalau Ayam Golek dihidangkan dekat hotel / restoran mewah?Dia akan jadi lebih kurang mcm dlm gambar ni la....
11/02/2025

Apa akan jadi kalau Ayam Golek dihidangkan dekat hotel / restoran mewah?

Dia akan jadi lebih kurang mcm dlm gambar ni la.. Nampak menyelerakan.

Tapi ni angan-angan je. Kitorang start dekat tepi jalan je dulu. InsyaAllah satu hari nanti ayam golek kitorang boleh capai level restoran mewah.

Kata orang, "think big, start small".

"A journey of a thousand miles begins with a single step".

Selamat pagi Putra Perdana yang indah. Jemput order ayam golek.

Set Jumbo :
Ayam Golek Seekor + 4 Nasi Minyak RM33.

(Boleh delivery dalam Putra perdana)
wasap.my/60182100928

Address

Taman Putra Perdana
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Cendol Lemak Manis posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share