Balai Bomba dan Penyelamat Puchong

Directions Website

Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Dirasmikan Pada 01 November 2009 dengan kekuatan seramai 49 anggo

Menjadi sebuah organisasi kebombaan dan penyelamatan yang berprestasi tinggi.

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRAKEBAKARAN JERAGAN MASAKAN DI VISTA LAVENDER APARTMENT,...
18/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

KEBAKARAN JERAGAN MASAKAN DI VISTA LAVENDER APARTMENT, TAMAN KINRARA

PUCHONG, 17 OKTOBER 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian kebakaran jeragan masakan di Vista Lavender Apartment, Persiaran Seksyen 3, Taman Kinrara.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 10.17 malam dan hasil pemeriksaan mendapati benar berlaku kebakaran jeragan masakan. Kebakaran tersebut tidak melibatkan struktur bangunan dan tidak melibatkan sebarang mangsa.

Anggota bomba telah menjalankan pemeriksaan serta memastikan tiada lagi bahaya kebakaran di lokasi kejadian. Setelah keadaan disahkan selamat, jentera bersama anggota telah berangkat pulang ke balai.

Operasi diketuai oleh PBK I Mohd Azri Kamil bin Maarof dengan kekuatan anggota BBP Puchong menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Statistik kejadian:

* Mangsa: Tiada
* Kerosakan struktur bangunan: Tiada
* Balai terlibat: BBP Puchong

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa memastikan peralatan memasak digunakan dengan selamat serta tidak meninggalkan peralatan memasak tanpa pengawasan bagi mengelakkan kejadian kebakaran.



ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRAKHIDMAT KHAS TANAH RUNTUH DI TAMAN PERINDUSTRIAN PUCHO...
18/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

KHIDMAT KHAS TANAH RUNTUH DI TAMAN PERINDUSTRIAN PUCHONG UTAMA

PUCHONG, 17 OKTOBER 2026 – Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Puchong telah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tanah runtuh di kawasan bulatan Jalan Taman Tasik Prima dan Jalan Utama 2/1, Taman Perindustrian Puchong Utama.

Pasukan bomba tiba di lokasi pada jam 11.24 malam dan mendapati kejadian tanah runtuh berkeluasan kira-kira 8 x 20 kaki persegi dengan kedalaman dianggarkan 2 meter. Kejadian turut melibatkan sebuah tiang lampu milik Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Anggota bomba telah menjalankan pemantauan dan pemeriksaan bagi memastikan tiada mangsa terlibat serta tiada kerosakan harta benda lain dilaporkan. Setelah keadaan diperiksa, tindakan selanjutnya telah diserahkan kepada pihak MBSJ untuk tindakan lanjut.

Operasi diketuai oleh PBK I Mohd Azri Kamil bin Maarof dengan kekuatan anggota daripada BBP Puchong menggunakan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan sebuah Emergency Medical Rescue Services (EMRS).

Statistik kejadian:

* Mangsa: Tiada
* Lokasi: Taman Perindustrian Puchong Utama
* Balai terlibat: BBP Puchong

Orang awam dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan yang berisiko berlaku tanah runtuh dan mematuhi arahan pihak berkuasa demi keselamatan bersama.





18/10/2026
πŸš’ UNIFORM OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ”₯ PELINDUNG WIRA, KESELAMATAN DIUTAMAKAN!U...
14/10/2026

πŸš’ UNIFORM OPERASI PEMADAMAN KEBAKARAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA πŸ‡²πŸ‡Ύ

πŸ”₯ PELINDUNG WIRA, KESELAMATAN DIUTAMAKAN!

Uniform operasi pemadaman kebakaran merupakan pakaian perlindungan diri yang direka khas untuk membantu anggota bomba menghadapi risiko dan cabaran semasa menjalankan operasi kecemasan.

πŸ”΄ Ciri-ciri utama uniform:

βœ… Warna merah terang – Melambangkan keberanian dan identiti anggota bomba.

βœ… Jalur pantulan kuning – Membantu meningkatkan keterlihatan anggota dalam keadaan gelap atau persekitaran operasi yang mencabar.

βœ… Topi keselamatan bomba – Memberikan perlindungan kepada kepala daripada risiko tertentu semasa operasi.

βœ… Pelindung muka – Membantu melindungi wajah daripada haba dan percikan tertentu, bergantung pada spesifikasi peralatan.

βœ… Sarung tangan perlindungan – Membantu melindungi tangan daripada kecederaan dan pendedahan kepada haba.

βœ… Seluar operasi dan pelapik lutut – Memberikan perlindungan tambahan serta memudahkan pergerakan anggota.

βœ… But keselamatan – Membantu melindungi kaki daripada risiko kecederaan di kawasan operasi.

πŸ’ͺ Setiap perincian mempunyai fungsinya tersendiri. Uniform ini bukan sekadar pakaian, tetapi sebahagian daripada kelengkapan perlindungan diri yang penting bagi anggota bomba ketika berhadapan dengan situasi berbahaya.

🚨 Bukan sekadar berani, tetapi lengkap dengan ilmu, latihan dan perlindungan yang sewajarnya.

JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
πŸ”₯ CEPAT DAN MESRA, BERDISIPLIN DAN BERINTEGRITI πŸ”₯

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRAKHIDMAT KHAS POKOK TUMBANGBALAI BOMBA DAN PENYELAMAT P...
13/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

KHIDMAT KHAS POKOK TUMBANG
BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PUCHONG

Tarikh: 13 Oktober 2026 (Selasa)
Masa panggilan: 6.32 petang
Lokasi: Jalan Tempua 2, Puchong, Selangor.

Pasukan keluaran operasi pasukan A bersama Sebuah jentera FRT bersama enam orang anggota yang diketuai oleh PBK I Mohd Fadzil bin Husain telah digerakkan ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, hasil pemeriksaan mendapati kejadian pokok tumbang tersebut melibatkan dua buah kenderaan, iaitu Perodua Axia dan Isuzu D-Max.

Anggota bomba bertindak menjalankan kerja-kerja pemotongan pokok menggunakan chain saw serta mengalihkan sisa pokok bagi memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut. Setelah kerja-kerja selesai, anggota bomba bertolak balik ke balai.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, khususnya ketika keadaan cuaca tidak menentu, serta mengelakkan meletakkan kenderaan berhampiran pokok yang berisiko tumbang.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,  Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra...
13/10/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia Madani
YS Dato’, Tuan/Puan.

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA BALAI BERSAMA ANGGOTA TERHADAP PEGAWAI BOMBA BBP PUCHONG DI KUATERS BBP DAMANSARA

Dimaklumkan bahawa PBK II ABDUL HAFESZ BIN MAAROF(BBP PUCHONG) patah di bahagian bahu akibat kemalangan jalanraya.

untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan beliau di talian (0162211924).

Sama-sama kita doakan supaya beliau diberikan kesembuhan segera hendaknya dan kembali bertugas.

13.10.2026 Selasa - Pasukan A BBP Puchong menerima Lawatan Tadika Amaging Seed Puchong ke BBP Puchong.
13/10/2026

13.10.2026 Selasa - Pasukan A BBP Puchong menerima Lawatan Tadika Amaging Seed Puchong ke BBP Puchong.

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera,  Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra...
13/10/2026

Assalamualaikum WBT dan Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia Madani
YS Dato’, Tuan/Puan.

LAWATAN KEBAJIKAN KETUA BALAI BERSAMA PEGAWAI TERHADAP PEGAWAI BOMBA BBP PUCHONG DI PPUM

Dimaklumkan bahawa PBK II KUP MOHD AZLAN BIN ABDULLAH (BBP PUCHONG) selesai menjalani pembedahan di bahagian paru-paru dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (Wad 6AU katil 11) .
Update terkini : 13/10/2026
untuk keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan isteri beliau di talian (012-3029737 - Shida)

Sama-sama kita doakan supaya En Azlan diberikan kesembuhan segera hendaknya dan kembali bertugas.

Jentera Bomba bukan sekadar sebuah kenderaan, tetapi aset penting yang menjadi barisan hadapan dalam melindungi masyarak...
09/10/2026

Jentera Bomba bukan sekadar sebuah kenderaan, tetapi aset penting yang menjadi barisan hadapan dalam melindungi masyarakat.
Setiap perjalanan membawa misi, setiap tindakan membawa harapan, dan setiap anggota berkhidmat demi keselamatan semua.
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA
CEPAT DAN MESRA πŸš’πŸ”₯

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRAKHIDMAT KHAS – MEMBANTU MEMINDAHKAN PESAKITPada 6 Okto...
06/10/2026

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM JBPM BERPRESTASI TINGGI, CEPAT DAN MESRA

KHIDMAT KHAS – MEMBANTU MEMINDAHKAN PESAKIT

Pada 6 Oktober 2026, Pasukan A BBP Puchong telah melaksanakan khidmat khas bagi membantu memindahkan seorang wanita yang memerlukan bantuan di Jalan Puteri 10/11, Bandar Puteri, Puchong, Selangor.

Komander operasi : PBK l Mohd Azri Kamil bin Maarof

Anggota bomba telah memberikan bantuan dengan penuh prihatin dan berhati-hati bagi memastikan proses pemindahan dapat dilaksanakan dengan selamat dan lancar.

Khidmat JBPM bukan sahaja ketika berlaku kebakaran dan kecemasan, malah sentiasa bersedia membantu masyarakat yang memerlukan.

Terima kasih kepada anggota yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Address

Jalan Bandar 2, Pusat Bandar Puchong
Puchong
47100

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Balai Bomba dan Penyelamat Puchong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share