17/12/2019
3 TEKNIK 'POWER' TINGKATKAN KADAR DSR ANDA
Dah ada duit, dan tak sabar nak beli rumah pertama?
Nak beli rumah, bukan setakat kena kumpul duit semata-mata. Ada lagi perkara wajib lain yang korang patut ambil kira.
Antara perkara yang patut dapat perhatian penuh korang, adalah hal berkaitan loan rumah.
Ramai yang tak puas hati bila bank tolak (reject) permohonan loan rumah mereka. Cuma, benda ini akan berlaku hanya bila korang tak cukup bersedia.
Dan kalau tak nak berputih mata, elok sangat korang hadamkan perkongsian ilmu hari ini.
TAPI APA TEKNIK DIA ?
1. Pendapatan sampingan
Kalau korang ada pendapatan sampingan seperti komisyen ejen insuran (unit trust atau sebagainya), dividen saham, sewa rumah, atau yuran pengarah, korang boleh selitkan dokumen ini semasa memohon pinjaman perumahan.
Pastikan korang berikan dokumen yang sah dan kukuh seperti surat perjanjian sewa rumah, penyata komisyen, penyata dividen, dan penyata bank untuk tempoh 3 hingga 6 bulan.
2. Kurangkan Hutang Bulanan Sedia Ada
Kita juga boleh kurangkan hutang bulanan sedia ada. Dengan ini, kadar DSR akan jadi bertambah baik dan buatkan pihak bank senang hati nak luluskan pinjaman korang.
3. Pinjaman Perumahan
Untuk pinjaman perumahan, bank benarkan 2 nama digunakan. Pendapatan daripada 2 penama ini akan dicampurkan semasa mengira DSR, serta komiten dan jumlah hutang juga akan diambil kira.
Kalau nak tinggikan potensi untuk lulus pinjaman, pastikan penama ke-2 itu mempunyai kadar DSR yang baik.
Nak kami bantu untuk Pilih?
wasap.my/60102949303/SEMAKKELAYAKAN.
wasap.my/60102949303/SEMAKKELAYAKAN.
wasap.my/60102949303/SEMAKKELAYAKAN.