Zaki Prudential Penang

Zaki Prudential Penang risk management & advisory

Assalamualaikum wbtSelamat pagi Masih mencari kerjaya yang memberikan pendapatan bulanan yang tinggi dan stabil? Masih m...
10/10/2023

Assalamualaikum wbt
Selamat pagi

Masih mencari kerjaya yang memberikan pendapatan bulanan yang tinggi dan stabil? Masih mencari bidang yang professional dan berdaya saing?

Ramai yang tidak tahu. Kerjaya sebagai ejen takaful / insurans:-

1) mempunyai sistem latihan, mentor dan jadual yang berkesan
2) bidang yang dikawal selia boleh pihak berkuasa dan badan berdaftar
3) mempunyai kontrak bagi komisyen, bonus dan pendapatan lain
4) mempunyai pangkat dan posisi yang boleh menjadi legasi buat keluarga

Jom hubungi saya bagi permohonan baru

Saya kenal Hj Zol sekitar tahun 2003. Ketika saya baru sahaja bekerja di firma guaman dalam bandaraya Georgetown. Kami d...
12/07/2023

Saya kenal Hj Zol sekitar tahun 2003. Ketika saya baru sahaja bekerja di firma guaman dalam bandaraya Georgetown. Kami diperkenalkan oleh Afzanizam Ibrahim, rakan saya yang juga seorang peguam. Sejak itu, saya panggil Hj Zol dengan panggilan Abang Zol.

Hj Zol ialah graduan sebuah universiti Australia. Tidak silap saya Hj Zol pernah bekerja di syarikat swasta sebentar sebelum menceburi bidang insurans pada 1990. Beliau menyertai Prudential sebagai ejen pada waktu itu.

Ketika saya masih bekerja sebagai peguam, Hj Zol kerap juga datang berbual dengan saya di ofis dan di kedai kopi. Saya tertarik dengan perwatakan beliau yang ramah, kemas dan penuh semangat.

Pernah beberapa kali saya menyuarakan hasrat untuk menjadi ejen Prudential macam beliau setelah kawan saya (salah seorang klien insurans Hj Zol) mengalami leukimia tahap 3. Saya mulai sedar kepentingan insurans pada saat itu (walaupun saya memang salah seorang klien Prudential).

Panjang cerita. Banyak kisah yang berlaku.

Dipendekkan cerita, saya secara tidak dirancang mengenali Kamaruddin Najri (Bain) ketika bekerja di sebuah firma guaman berhampiran Wisma Prudential. Mungkin rezeki saya dan Bain untuk bersama dalam satu agensi. Bain ketika itu telah menjadi Pengurus Agensi dan baru menubuhkan Khalifah Group (KG).

KG ialah nama yang belum dikenali. Ahli kump**an pun tidak ramai lagi. Bain ialah pemimpin organisasi yang dinamik dan dia p**a bekas graduan dari Jepun.

Saya bermula secara separuh masa (part-time) sebagai ejen insurans dan takaful untuk syarikat Prudential di bawah kump**an agensi KG. Setelah beberapa bulan, dan mempunyai klien; saya mengambil keputusan meletakkan jawatan saya sebagai peguam di firma guaman.

Setiap keputusan perlukan tekad. Setiap perjalanan perlukan langkah. Setiap cabaran perlukan pengorbanan. Begitulah realiti kerjaya yang tidak dapat lari dari realiti kehidupan.

Alhamdulillah. Ketika mula menyertai KG saya berkenalan dengan Hamizi Mohd Noor. Beliau banyak membantu saya mengenali dunia ejen. Sampai sekarang beliau masih setia bersama KG. Beliau juga bekas graduan dari Jepun. Dulu pernah menjadi pengurus di sebuah syarikat multinasional.

Dalam Prudential, ramai yang mempunyai latar belakang yang hebat. Ada juga yang unik. Tapi tidak semestinya perlu ada pengalaman kerja dan pendidikan tinggi untuk berjaya. Ada juga yang sekadar belajar ‘cukup makan’ pun boleh berjaya.

Bukan apa. Apabila masuk ke industri ini, anggap saja bidang baru. Buka lembaran baru. Tutup buku lama. Kita berfikiran segar. Penuh motivasi untuk berjaya.

Mula belajar bidang jualan. Kemudian mengendalikan latihan. Selepas itu menguruskan agensi. Mentadbir organisasi.

Yang penting jangan sombong. Bercakap penuh adab. Berbicara dengan sopan. Menjaga tatasusila. Begitulah doyens dalam Prudential selalu berpesan kepada saya.

Bagi yang beminat dengan bidang baru atau bosan dengan kerja sekarang boleh cuba bersama kami di KG. Insyaallah berkat kesabaran dan usaha kita boleh berjaya bersama.

Mungkin anak, saudara mara atau kenalan tengah mencari-cari kerjaya. Cuba pm dan mesej saya, manalah tahu. Rezeki di sini!

Notakaki:

Abang Zol baru lepas berkebun. Saya yang baru p**ang, singgah berbual dengan beliau. Kebetulan rumah klien saya betul-betul di hadapan rumah abang Zol.

* kami bergurau memang ‘kasaq’ tapi gergaji pokok itu bukan untuk mencederakan saya tau 😂

Berminat mendapat pendapatan 5 angka sebagai wakil dan perunding takaful?Terbuka untuk temuduga bagi jawatan sepenuh mas...
11/07/2023

Berminat mendapat pendapatan 5 angka sebagai wakil dan perunding takaful?

Terbuka untuk temuduga bagi jawatan sepenuh masa dan part-time.

Hubungi saya segera. Terhad kepada 5 orang sahaja. Lokasi di sekitar Seberang Perai, Pulau Pinang, Kulim, Parit Buntar dan Sungai Petani.

Jom buat temujanji dan temuduga segera!



28/06/2023
NEW HIRINGLocation: Penang (Seberang Jaya)Jobscopes:- engaging with clients - planning business strategies - providing s...
26/06/2023

NEW HIRING

Location: Penang (Seberang Jaya)

Jobscopes:
- engaging with clients
- planning business strategies
- providing services and handling files

Opportunities:
- working in flexible schedule
- promotion based on results
- extra income including bonuses
- overseas trip Incentives

Basic requirements:
- valid driving license (B2, D)
- bachelor degree holder (diploma would be considered)
- working experience is advantage

Vacancies: for 3 successful candidates

Send your resume to: [email protected]

We are hiring.Location: Georgetown / Seberang Perai, Penang.
13/06/2023

We are hiring.
Location: Georgetown / Seberang Perai, Penang.

Peluang jarang datang mengetuk pintu kita, apatah lagi menjengah kita. Jika ada peluang yang datang, bukalah minda dan s...
06/02/2023

Peluang jarang datang mengetuk pintu kita, apatah lagi menjengah kita. Jika ada peluang yang datang, bukalah minda dan sabar mendengar.

Kerana peluang boleh membuka hati kita untuk mula berimpian. Impian itu mahal. Dan ramai yang tidak berani memasang impian. Sebab tiada peluang yang terhidang.

Siapa kata impian itu percuma?

Jom sertai saya sebagai perunding takaful di Khalifah Group dan Prudential.

23/01/2023

risk management & advisory

Happy new year 2023   ❤️
01/01/2023

Happy new year 2023 ❤️

INTERN AND CLERK WANTED!Please contact me for interview session.
22/12/2022

INTERN AND CLERK WANTED!
Please contact me for interview session.

Greenery scene. Beautiful view. We are seeking little refuge in nature.
13/12/2022

Greenery scene. Beautiful view. We are seeking little refuge in nature.

Address

Prudential Seberang Jaya
Prai
13700

Telephone

+60124215878

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Zaki Prudential Penang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Zaki Prudential Penang:

Share

Category