07/07/2026
DS NAJIB tetap menjadi mangsa PROPGANDA POLITIK MURAHAN DAP & PH
Setiap kali menjelang pilihan raya, DAP dan PH seolah-olah tidak pernah kehabisan modal untuk memainkan nama Datuk Seri Najib Razak. Naratif “BN menang, Najib akan bebas” kembali dijadikan bahan kempen bagi membentuk persepsi rakyat.
Persoalannya, mengapa masih bergantung kepada naratif yang sama jika benar mereka yakin dengan prestasi pentadbiran sendiri?
Hari ini rakyat semakin faham apa yang cuba disampaikan oleh PH dan DAP. Rakyat mampu membezakan antara fakta, proses undang-undang dan propaganda politik.
Cubaan memainkan sentimen bahawa kemenangan BN akan membawa kepada pembebasan DS Najib hanyalah naratif politik yang bertujuan mempengaruhi emosi dan persepsi pengundi. Sedangkan urusan berkaitan pengampunan tertakluk kepada proses perundangan dan Perlembagaan, bukannya ditentukan melalui keputusan PRN.
Rakyat hari ini bukan lagi seperti dahulu. Mereka lebih matang, lebih bijak menilai dan lebih memahami situasi politik semasa. Mereka tidak lagi mudah dipengaruhi dengan cerita-cerita yang hanya menimbulkan ketakutan tanpa memberi penyelesaian kepada masalah sebenar rakyat.
Sudah tiba masanya politik Malaysia bergerak ke hadapan. Bukan lagi dengan mengitar semula cerita-cerita lama atau naratif rekaan untuk meraih undi.
Jika benar yakin dengan sokongan rakyat, bertandinglah atas kekuatan dasar, pencapaian dan prestasi pentadbiran. Jangan jadikan nama individu yang sedang menjalani hukuman sebagai modal utama setiap kali pilihan raya.
Rakyat hari ini mahukan jawapan tentang kos sara hidup, peluang pekerjaan, ekonomi dan masa depan negara—bukan lagi cerita dongeng politik yang diulang setiap kali musim pilihan raya.