Dewan Muslimat PAS Petaling Jaya

Dewan Muslimat PAS Petaling Jaya Dewan Muslimat PAS Kawasan Petaling Jaya

07/08/2026
سبحان الله والحمدلله والله اكبر
02/08/2026

سبحان الله والحمدلله والله اكبر

PRN NEGERI SEMBILAN: BUKTI KEKUATAN PENYATUAN UMMAH

Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sewajarnya dianalisis dengan jujur dan objektif. Di sebalik pelbagai naratif yang cuba dibina oleh pihak tertentu, hakikatnya strategi Penyatuan Ummah terus membuktikan bahawa ia bukan sekadar slogan politik, tetapi satu gagasan yang mempunyai kesan besar terhadap landskap politik negara. Gagasan Penyatuan Ummah yang merupakan cetusan kepimpinan Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang apabila beliau melihat jauh melangkaui kepentingan sempit parti politik dengan meletakkan kepentingan Islam, penyatuan umat serta kestabilan negara sebagai keutamaan.

Ketika ada yang masih terperangkap dalam politik permusuhan sesama umat Islam, Tuan Guru telah mengemukakan pendekatan yang lebih besar dan berpandangan jauh. Sejarah membuktikan bahawa strategi inilah yang akhirnya mengubah landskap politik negara sehingga menyaksikan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada tahun 2020. Malah, pendekatan ini turut menyaksikan beberapa tokoh politik yang sebelum ini dianggap kebal berjaya ditewaskan, di samping kubu-kubu kuat lawan tidak lagi kekal utuh seperti yang pernah didakwa.

PRN Negeri Sembilan memperlihatkan bahawa kerjasama yang berasaskan titik persamaan mampu meningkatkan daya saing politik dan menawarkan pilihan yang lebih kukuh kepada rakyat. Ini merupakan bukti bahawa politik matang yang mengutamakan kepentingan agama, rakyat dan negara mempunyai tempat dalam hati pengundi.

Justeru, adalah tidak wajar jasa dan kebijaksanaan strategi ini dipadamkan daripada sejarah. Tokoh yang mencetuskan gagasan sebesar ini sewajarnya diberikan pengiktirafan yang setimpal. Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang telah memperkenalkan satu pendekatan yang meninggalkan kesan besar terhadap politik Malaysia melalui gagasan Penyatuan Ummah.

Dewan Muslimat PAS Malaysia juga ingin mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada seluruh jentera dari seluruh negara yang telah membantu dalam gerak kerja kempen .Kami juga ingin menyeru seluruh ahli dan pendukung supaya terus memperkukuhkan semangat penyatuan, memperluaskan kerjasama yang membawa manfaat kepada rakyat, serta menolak politik kebencian yang hanya menguntungkan pihak-pihak tertentu.

"Penyatuan bukan bererti mengorbankan prinsip, tetapi mengangkat kepentingan Islam dan negara mengatasi kepentingan politik yang sempit."

𝐔𝐬𝐭𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐇𝐚𝐣𝐣𝐚𝐡 𝐍𝐮𝐫𝐢𝐝𝐚𝐡 𝐛𝐭 𝐒𝐚𝐥𝐥𝐞𝐡
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM)
2 Ogos 2026 bersamaan 18 Safar 1448H

سبحان الله والحمدلله والله اكبر
02/08/2026

سبحان الله والحمدلله والله اكبر

سبحان الله والحمدلله والله اكبر
02/08/2026

سبحان الله والحمدلله والله اكبر

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN INI

9,934 undi. Majoriti 3,969.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi N14 Ampangan yang telah memberikan kepercayaan.

Kemenangan ini bukan sekadar angka, tetapi satu amanah besar untuk terus berkhidmat dan membawa suara rakyat Ampangan.

Yang menang bukan seorang calon.

Yang menang adalah seluruh rakyat Ampangan.

Insya-Allah, kini masanya untuk kita bersama-sama Bino Semulo Ampangan.

Dato' Dr Rafie Malek




02/08/2026

TERIMA KASIH ATAS KEPERCAYAAN INI

9,934 undi. Majoriti 3,969.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi N14 Ampangan yang telah memberikan kepercayaan.

Kemenangan ini bukan sekadar angka, tetapi satu amanah besar untuk terus berkhidmat dan membawa suara rakyat Ampangan.

Yang menang bukan seorang calon.

Yang menang adalah seluruh rakyat Ampangan.

Insya-Allah, kini masanya untuk kita bersama-sama Bino Semulo Ampangan.

Dato' Dr Rafie Malek




سبحان الله، الحمدلله، الله أكبر
02/08/2026

سبحان الله، الحمدلله، الله أكبر

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT.

Pilihan Raya Negeri Negeri Sembilan telah selesai. Keputusan telah pun dibuat oleh rakyat.

Bagi pihak Perikatan Nasional, saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada seluruh calon Perikatan Nasional dan Barisan Nasional atas kemenangan yang membolehkan gabungan ini memperoleh majoriti dua pertiga seterusnya membentuk Kerajaan Negeri Sembilan.

Saya juga ingin merakamkan penghargaan yang setulusnya kepada semua calon yang telah menawarkan diri untuk berkhidmat, seluruh jentera parti di setiap peringkat, para petugas, sukarelawan, penyokong serta semua pengundi yang telah melaksanakan tanggungjawab masing-masing dengan penuh dedikasi.

Saya turut menghargai semangat muafakat yang telah dizahirkan antara Perikatan Nasional dan Barisan Nasional. Kesepakatan yang dibina ini lahir daripada hasrat yang sama, iaitu memastikan Negeri Sembilan dipimpin dengan lebih baik demi kesejahteraan rakyat.

Kini tiba masanya untuk kita meninggalkan segala perbezaan yang mewarnai sepanjang kempen dan memberi sepenuh tumpuan kepada amanah yang lebih besar. Negeri Sembilan adalah milik seluruh rakyat.

Semoga Allah SWT mengurniakan petunjuk, kekuatan dan kebijaksanaan kepada semua yang diberikan amanah untuk memimpin, agar setiap usaha yang dilakukan membawa manfaat kepada rakyat serta keberkatan kepada Negeri Sembilan.

سبحان الله، الحمدلله، الله أكبر
02/08/2026

سبحان الله، الحمدلله، الله أكبر

Inilah wajah yang menyatukan semula kuasa politik Melayu-Islam. Alhamdulillah ia direalisasikan di Negeri Sembilan, bahkan formula penyatuan ini menumbangkan dua gergasi utama PH.

Terima kasih Ayah Chik atas bimbingan ini. Insya-Allah kami barisan Pemuda PAS akan terus mengikat penyatuan ummah ini ke hadapan. Kita akan teruskan misi penyatuan ini sehingga kebenaran kembali tertegak, kuasa politik kembali diperteguh.

Misi ke hadapan adalah demi negara tercinta, insya-Allah. Terima kasih warga Nogori. Tahniah kepada wakil rakyat yang diberikan mandat. Ingatlah bahawa amanah ini akan dipersoalkan kelak, jangan sesekali dipersiakannya.

YB Afnan Hamimi bin Dato' Taib Azamudden
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

سبحان الله، الحمدلله، الله أكبر
02/08/2026

سبحان الله، الحمدلله، الله أكبر

KENYATAAN MEDIA

TERIMA KASIH NEGERI SEMBILAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh pengundi Negeri Sembilan atas kepercayaan yang diberikan kepada Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

Keputusan ini merupakan suatu isyarat jelas bahawa rakyat menerima usaha penyatuan ummah yang berteraskan keadilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat majmuk.

Insya-Allah, kejayaan ini akan menjadi pencetus kepada gelombang perubahan yang lebih besar dalam usaha memulihkan negara, di samping membina sebuah pentadbiran yang bersih, prihatin, dan stabil.

PAS menginsafi besarnya tanggungjawab dan kepercayaan ini. Keutamaan adalah untuk mengisi kemenangan melalui agenda berkebajikan, berintegriti dan adil kepada semua.

Saya turut merakamkan penghargaan kepada seluruh kepimpinan Perikatan Nasional dan Barisan Nasional, para calon, petugas serta jentera parti yang telah bekerja dalam satu saf bagi memastikan kejayaan PN-BN pada hari ini.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk dan kekuatan kepada kita untuk menunaikan amanah rakyat dengan sebaik-baiknya.

"KEMBALI KEPADA PENYELESAIAN ISLAM"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 17 Safar 1448 / 1 Ogos 2026

Address

Petaling Jaya

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Dewan Muslimat PAS Petaling Jaya posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share