Ahli Majlis MBPJ Zon 21 Puan Rozazitah Ahmad

Ahli Majlis MBPJ Zon 21 Puan Rozazitah Ahmad Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Ahli Majlis MBPJ Zon 21 Puan Rozazitah Ahmad, Tingkat 1, Dewan SS 5a/15 Kelana Jaya, Petaling Jaya.

18/10/2025
Program Jom Sihat, Zumbaria Ahli Majlis Zon 21 kerjasama KRT SS5C, Kelana Jaya, diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia ...
17/09/2025

Program Jom Sihat, Zumbaria Ahli Majlis Zon 21 kerjasama KRT SS5C, Kelana Jaya, diadakan sempena Sambutan Hari Malaysia untuk semarakkan Cinta kepada Negara dengan memperingati sejarah, menghargai jasa pemimpin terdahulu dan memperkukuhkan semangat perpaduan dan patriotik di kalangan rakyat Malaysia.

Aktiviti Zumba & Chair Robic di selitkan juga program “Bual Bicara Gaya Hidup Sihat & Kesedaran Kanser” untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang kepentingan mengamalkan pemakanan seimbang, senaman berkala dan gaya hidup sihat untuk meningkatkan kesihatan fizikal dan mental serta pencegahan, pengesanan awal dan rawatan kanser bagi meningkatkan peluang kesembuhan.

Aktiviti interaktif ini dapat membentuk generasi yang lebih sihat dan cergas.

MBPJ


🇲🇾SELAMAT HARI MALAYSIA 2025🇲🇾Bersama-sama kita meraikan semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta.Pn...
15/09/2025

🇲🇾SELAMAT HARI MALAYSIA 2025🇲🇾

Bersama-sama kita meraikan semangat perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air tercinta.

Pn Rozazitah binti Haji Ahmad, PJK
Ahli Majlis Zon 21

Syukur alhamdulillah, 7 September 2025 Perarakan Maulidur Rasul 1447H / 2025 bertemakan “Membangun Ummah MADANI" menekan...
08/09/2025

Syukur alhamdulillah, 7 September 2025 Perarakan Maulidur Rasul 1447H / 2025 bertemakan “Membangun Ummah MADANI" menekankan usaha membina masyarakat yang beradab dan mengangkat aspek kepimpinan yang berteraskan keadilan dan ihsan telah diadakan.

Program anjuran Ahli Majlis Zon 21 telah di rasmikan oleh Y.B. Tuan Dr. Mohammad Fahmi Bin Ngah, Exco Agama Islam & Pembudayaan Inovasi & ADN Seri Setia.

Terimakasih diucapkan kepada Ustaz Haji Dzulkarnain Hamzah, MPPZon 21, AJK Surau Al-Ittifaqiah, Seni Silat Burung Rajawali Putih, Vision University College, Kariah Surau dan Pasukan Sukarelawan turut serta memeriahkan sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.

MBPJ


24 Ogos 2025 | Perarakan Di Ambang Kemerdekaan 2025 Ahli Majlis Zon 21Program ini diadakan bukan sahaja untuk mengangkat...
03/09/2025

24 Ogos 2025 | Perarakan Di Ambang Kemerdekaan 2025 Ahli Majlis Zon 21

Program ini diadakan bukan sahaja untuk mengangkat aspirasi Malaysia MADANI tetapi untuk memupuk semangat patriotisme, mengukuhkan rasa cinta dan bangga kepada negara, serta mengingatkan rakyat tentang kepentingan perpaduan dan pengorbanan pejuang kemerdekaan.
(maaf kelewatan kongsikan gambar program)

MBPJ

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 6831 OGOS 2025MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!  MBPJ
30/08/2025

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 68
31 OGOS 2025

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!!

MBPJ

19 Julai 2025 | Misi Ziarah Kasih Ahli Majlis MBPJ Zon 21Menziarahi dan menyantuni beberapa  keluarga di sekitar SS5 & S...
21/07/2025

19 Julai 2025 | Misi Ziarah Kasih Ahli Majlis MBPJ Zon 21

Menziarahi dan menyantuni beberapa keluarga di sekitar SS5 & SS 6, Kelana Jaya dengan memberikan sedikit bantuan kepada mereka terutamanya golongan asnaf, warga emas dan juga pesakit terlantar. Diharapkan sumbangan yang diberi dapat meringankan beban yang ditanggung juga menjadi platform mengeratkan silaturahim antara penerima berbilang kaum.

Terimakasih kepada kepada MPP Zon 21 turut sama menziarahi.





゚viralシ

13 Julai 2025 | “Jom Masak Bubur Ayura bersama Ahli Majlis Zon 21” kerjasama AJK Surau Al Ittifaqiah SS5D Kelana Jaya.Se...
15/07/2025

13 Julai 2025 | “Jom Masak Bubur Ayura bersama Ahli Majlis Zon 21” kerjasama AJK Surau Al Ittifaqiah SS5D Kelana Jaya.

Sempena memperingati peristiwa penting dalam Islam (Hari Asyura) dalam bulan Muharram dan juga menjadi amalan tradisi di kalangan masyarakat melayu Masak Bubur Ayura. Agihan Bubur Asyura dapat memupuk amalan bersedekah dan mengeratkan silaturrahim dan semangat kebersamaan dalam masyarakat.

Ahli Majlis Zon 21 mengucapkan terimakasih kepada AJK Surau Al Ittifaqiah SS5D Kelana Jaya, AJK MPP Zon 21 dan komuniti setempat bersama-sama hadir menjayakan program ini.



-Ittifaqiah

11 Julai 2025 | Mesyuarat MPP Zon 21, MBPJ Mesyuarat kali ini memperbincangkan program-program yang akan diadakan sehing...
15/07/2025

11 Julai 2025 | Mesyuarat MPP Zon 21, MBPJ

Mesyuarat kali ini memperbincangkan program-program yang akan diadakan sehingga bulan September 2025. Alhamdulillah masa dan tarikh ditetapkan mengikut persetujuan bersama. Pelbagai isu serta permasalahan berkaitan Zon 21 juga dibangkitkan dan dibincangkan bersama.

Terimakasih diucapkan kepada AJK MPP Zon 21 MBPJ yang memberi sepenuh komitmen untuk hadir mesyuarat kali ini.



7 Julai 2025 | 9:30 PagiPenerangan dari pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di sekitar Jalan SS6/3, Kel...
09/07/2025

7 Julai 2025 | 9:30 Pagi

Penerangan dari pihak Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) di sekitar Jalan SS6/3, Kelana Jaya. Kerja-kerja turapan semula akan dilaksanakan selepas selesai projek penggantian paip di kawasan tersebut.

Turut hadir Pn Rozazitah binti Ahmad, Ahli Majlis Zon 21, wakil Dun Seri Setia dan wakil MPP Zon 21.

Address

Tingkat 1, Dewan SS 5a/15 Kelana Jaya
Petaling Jaya
47301

Opening Hours

Monday 09:30 - 16:30
Tuesday 09:30 - 16:30
Wednesday 09:30 - 16:30
Thursday 09:30 - 16:30
Friday 09:30 - 16:30

Telephone

+60378729415

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Ahli Majlis MBPJ Zon 21 Puan Rozazitah Ahmad posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Ahli Majlis MBPJ Zon 21 Puan Rozazitah Ahmad:

Share