MUDIM Malaysia

Directions Website Contact the business

MUDIM Malaysia MUDIM ZAKARIA FOOD INDUSTRIES SDN.BHD.(1318561-V)
Tarikh Pendaftaran Syarikat
8 NOVEMBER 1987
SSM 201901009233 (1318561-V)
(225)

Perniagaan Mudim Zakaria (MUDIM) telah diasaskan oleh Tuan Haji Zakaria Bin Arshad yang juga dikenali sebagai Mudim Zakaria. Bermula dengan perniagaan ubat-ubatan tradisional secara kecil–kecilan di kampung, perusahaannya bertambah maju dengan usaha gigih yang dilakukannya. Kemudiannya pada tahun 1987, beliau berjaya menambah barisan keluaran produknya dengan menjadi pengeluar kicap dan sos. Perkembangan dan kemajuan MUDIM juga turut dibantu oleh kesungguhan anak beliau iaitu Hj Shaarani Bin Hj Zakaria yang kini telah dipertanggungjawabkan mengambil alih pengurusan syarikat. Walaupun ketika itu perniagaan keluarga yang diusahakan hanya secara kecil–kecilan, beliau tetap berusaha bersungguh–sungguh untuk memajukannya. Beliau begitu komited terhadap setiap kerja yang dilakukan dan berazam untuk berjaya dalam bidang perniagaan. Melihat keyakinan dan kesungguhannya, bapanya memberi galakkan dan sokongan sepenuhnya untuk mengembangkan perusahaan tersebut. Bagi memantapkan diri beliau dalam dunia perniagaan, beliau begitu komitmen menghadiri pelbagai kursus yang dianjurkan oleh pihak yang berkenaan seperti MARDI, MARA, MADA, FAMA dan SIRIM. Bagi memantapkan lagi produk MUDIM di dalam pasaran, Hj Shaarani telah menyertai beberapa ekspo produk makanan anjuran pihak-pihak yang berkenaan. Antaranya Ekspo MIHAS di Melaka, Ekspo IAT di Pusat Dagangan Dunia Putra Kuala Lumpur dan Ekspo MAHA di Serdang, Selangor. Kesan daripada itu, permintaan terhadap produk keluaran MUDIM semakin meningkat. Permintaan kepada produk MUDIM bukan sahaja dari pasaran tempatan malah dari pasaran luar negara juga. Beliau juga berjaya meletakkan jenama ‘MUDIM’ sebaris dengan pesaing yang lain di pasaran. Walaupun begitu beliau masih tekun berusaha memajukan perniagaannya dan berazam untuk menjadi pengeluar kicap dan sos terunggul di Malaysia.

07/09/2026

TERIMA KASIH ❤️
Buat jutaan pengunjung MAHA 2026
TERIMA KASIH penyokong-penyokong MUDIM dari seluruh pelusuk Malaysia.
Hangpa semua memang padu!
InshaAllah, semoga kita bertemu lagi pada tahun 2028 nanti.
"Standby Trolley ya"

Jutaan terima kasih
FAMA Malaysia Expo MAHA
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah - UPUK




"Come on guys" Tinggal beberapa jam sahaja lagi MAHA 2026 bakal melabuhkan tirai.Kasi redah.. kasi pecah..Mai singgah ke...
06/09/2026

"Come on guys"
Tinggal beberapa jam sahaja lagi MAHA 2026 bakal melabuhkan tirai.
Kasi redah.. kasi pecah..
Mai singgah ke "booth" MUDIM di dua lokasi ;
Lokasi Pertama - AGRI BUSINESS HALL (depan Hall B / Sebelah Hall A)
Lokasi Kedua - PAVILION KEDAH

Ayuh kita rakam detik kenangan bersama..
MAHA 2026 rancak habis!!

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah - UPUK
Expo MAHA



[Mohon Kongsikan]PESTA LELONG MAHA 2026 BERMULA!!!(Rujuk harga digambar)Berbaki dua hari sahaja lagi MAHA 2026 bakal mel...
04/09/2026

[Mohon Kongsikan]
PESTA LELONG MAHA 2026 BERMULA!!!
(Rujuk harga digambar)
Berbaki dua hari sahaja lagi MAHA 2026 bakal melabuhkan tirai.

Ayuh singgah ke "BOOTH" MUDIM di dua lokasi;
1) AGRI BUSINESS HALL (Atas Bukit-Sebelah Hall A)
2) PAVILION KEDAH (Belakang Bukit)

Angkut bagi habis, borong kasi licin!
STOK MASIH ADA, NAMUN TERHAD.
Siapa cepat dia dapat!
Terima kasih kepada para pelanggan yang telah dua tiga hari datang berturut-turut bersusah payah memborong produk-produk MUDIM.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah - UPUK
Expo MAHA



BOTOL JUMBO MUDIM DAH MACAM ARTIS MAHA!Tarikan ke "booth" MUDIM sempena MAHA 2026 kali ini adalah saiz jumbo "Mock-up" b...
04/09/2026

BOTOL JUMBO MUDIM DAH MACAM ARTIS MAHA!

Tarikan ke "booth" MUDIM sempena MAHA 2026 kali ini adalah saiz jumbo "Mock-up" botol-botol produk MUDIM.

Rata-rata pengunjung sangat teruja melihat saiznya terutama peminat-peminat dan penyokong tegar jenama MUDIM.

Yang nampak pasti tersenyum, terhibur.. teruja ingin menyentuh, memeluk dan yang pastinya ingin bergambar sebagai kenang-kenangan.

Masih sempat untuk anda yang belum hadir ke MAHA 2026 dan jangan lupa singgah ke "booth" MUDIM.

Dua lokasi MUDIM di MAHA, Maeps, Serdang.
1) AGRIBUSINESS HALL
2) PAVILION KEDAH

Jemput mai semua, rugi siapa yang tak mai.

Expo MAHA
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah - UPUK



03/09/2026

Para pengunjung MAHA2026 yang bakal hadir..
Kami nasihatkan anda untuk datang awal pagi ya..

Dua tahun sekali sahaja kita nak "feel" merentas desa dalam Maeps, Serdang ni.. tua muda, pelbagai bangsa.. beramai-beramai dari seluruh pelusuk Malaysia.. semua "happy & happening" penuhi MAHA2026 walaupun adalah berpeluh dan lenguh sikiiit.. 😁

STOK MUDIM MASIH ADA.
HARGA MEMANG "SPECIAL".
RUGI LAH TAK DATANG!!

Expo MAHA
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah - UPUK



MAHA 2026 | MUDIMBerbaki masa kurang dari lima hari saja lagi..Apa yang ditunggu dan apa yang ditangguh lagi?Siapa tak m...
02/09/2026

MAHA 2026 | MUDIM
Berbaki masa kurang dari lima hari saja lagi..
Apa yang ditunggu dan apa yang ditangguh lagi?
Siapa tak mai memang rugi!
Mai awai.. macam-macam ada..
Harga produk MUDIM sedang promosi kaw-kaw punya..

31/08/2026

Selamat Menyambut
Hari Kebangsaan Malaysia
Yang ke 69 Tahun!
MALAYSIA MERDEKA 1957

Ikhlas daripada
Seluruh warga kerja MUDIM



30/08/2026

Kaki kicap mesti kena hadir ke "booth" MUDIM di MAHA 2026 Maeps Serdang, Selangor.
Karnival sedang rancak.. nak makan pun takdan..
Hadirkan diri anda ke dua lokasi kami,
1) AGRIBUSINESS HALL
2) PAVILION KEDAH
Sapa tak mai rugi!!

Expo MAHA
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Lembaga Kemajuan Pertanian Muda - MADA
Unit Pembangunan Usahawan Negeri Kedah - UPUK



LINTAS LANGSUNG Di MIHAN FRESH MART..Jemput datang semua warga Pendang dan sekitar."Shopping" di MIHAN dan "Claim" hadia...
29/08/2026

LINTAS LANGSUNG
Di MIHAN FRESH MART..
Jemput datang semua warga Pendang dan sekitar.
"Shopping" di MIHAN dan "Claim" hadiah-hadiah di booth MUDIM.
3 hari sahaja tau sempena pembukaan dan wajah baharu Mihan Fresh Mart

MIHAN FRESH MART
Bukit Choras, Pendang, Kedah.



Pakat-pakat mai na..
29/08/2026

Pakat-pakat mai na..



Address

No 26 Kampung Jelutong Mk Tobiar
Pendang
06700

Opening Hours

Monday 08:30 - 17:00
Tuesday 08:30 - 17:00
Wednesday 08:30 - 17:00
Thursday 08:30 - 17:00
Saturday 08:30 - 17:00
Sunday 08:30 - 17:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MUDIM Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MUDIM Malaysia:

Shortcuts

Share