25/11/2020
Sabtu 21 November 2020
Bingkisan Ziarah
~ Cahaya dari Masjid Ke Pintu Rumah Asnaf ~
Tugasan :
1. Membersih & Mengemas Rumah Seorang Wanita yg kami panggil opah berumur 97 tahun mengikut ic nya dan memberikan beberapa barangan kelengkapan rumahnya
2. Memasang atap zink di kediaman seorang wanita yg kami panggil opah berumur 91 tahun.
Alhamdulillah kami bergerak pagi dari masjid Ansar dalam perjalanan hujan lebat tapi insyaallah x jadi penghalang , sampai depan rumah opah tu , penuh air di halaman rumah dan hujan semakin lebat , kami ikhtiar cari beberapa batang kayu utk jadinya t**i sebagai laluan ke rumahnya ..
Seronok hati opah bilamana tgok kami sampai, bgitau kami nk tolong kemas rumah , nk bagi tilam, bantal, cadar, tikar, kelambu, bekas beras baru yang lama dah x elok , sapu sampah , cuci dapur & tandas.. opah cakap x payah la elok lagi .. nak kena bayar ke . Allahu Kami bgitau xda bayar kami nk tolong opah , opah duduk je biar kami kemas semua , yg elok kami x buang, yg dh x elok je buang. Baru opah tenang. Kami bersihkan rumahnya tgok lantai berlubang dek kerana tikus, rak pinggan dah jadi tempah tikus beranak pinak, b*k makanan dh tamat tarikh luput , beras pun dh penuh bubuk . Kesian opah x larat
Ketika kami sibuk mengemas terlihat di tepian pintu ada periuk kecik diatas kayu api . Rupanya opah x makan lagi tu perangat nasi smlm . Jadinya kebetulan kami ada bawa makanan tanggahari lalu kami berikan sedikit utk opah. Seronok opah dpt mkn selalu mkn ikan masin je katanya
Opah selalu pesan kayu api tu jgn letak luar nnty basah x dpt nk masak nanti .. bahagian luar rumah tgok ada zink lama & kayu lama dh jadi rumah tikus , patut la tikus b*k , dikala hujan lebat kami ambil keputusan susun & kemaskan . Masing² berebut utk bantu , lenjun basah kuyup , semoga menjadi saksi .
Selesai mengemas kami sempat berbual seketika dgn opah sebelum berangkat ke rumah no 2 utk bantu pasangkan atap rumah .
Sayu hati kami tgok opah x henti ucap terima kasih ..
Kami mkn tgh di sebuah surau utk beri tenaga ke rumah no 2 , walaupun baju basah mkn kami tetap berselera mengenangkan nak pasang atap zink p**a selepas ini .
Sampai di rumah no 2 kami tgok laluan ke rumahnya dinaiki air , lori hantar zink x dpt masuk jadinya kami angkat dari jalan utama .
Alhamdulillah kami bergotong royong pasangkan atap jadilah sedikit bantuan ini buat opah . Moga opah gembira .
Terima kasih kepada semua sukarelawan yg sudi infaqkan diri & jutaan terima kasih juga kepada semua penyumbang .
Semoga Allah memberkati kita semua ..
Muhammad Azlan Ridzuan
Pengerusi Gerobok Kongsi Rezeki
Persatuan Pemuda Masjid Jamek Al Ansar