25/07/2024
Harini Sekolah Menerima kunjungan daripada pihak Yakult harini bagi sedikit ceramah dan perkongsian kepada anak anak pelajar Tadika Tahfiz Junior Asy Syifaa tentang kesihatan
Pihak Kami tidak sewenang wenang bagi kebenaran pihak peniaga luar untuk akses masuk ke sekolah kami untuk berniaga tp kami memberi peluang dan lebih kepada support bisnes orang yang berusaha dan bertungkus lumus sebab kami juga pernah merasa dan ada pengalaman seperti mereka
Jika pihak kami menolak atau direct reject pelawaan daripada peniaga, kami pernah merasai perasaan peniaga tersebut tetapi buat masa ini kami cuba menyantuni semua yang datang ke sekolah kami dengan baik.
Tetapi bukan sebarangan produk jugak yang kami benarkan kerana ada peraturan dan keselamatan anak anak serta sekolah kami tetap kami jaga
Kami berbesar hati untuk membantu pihak peniaga peniaga diluar sana yang nak masuk ke sekolah kami untuk bekalkan produk yang mereka jual tetapi dengan syarat win win situation dan ada juga benefit kepada anak anak dan sekolah kami serta perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah