SWCorp Muadzam Shah, Pahang

Call Directions Website Contact the business

SWCorp Muadzam Shah, Pahang Mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam yang teratur dan berkesan bagi meningkatkan kualiti persekitaran yang bersih dan sihat.

22 Ogos 2026 | PROGRAM KEM REMAJA PERKASA ALAM TAHUN 2026 @ TASIK CHINI UNESCO BIOSPHERE RESERVEPerbadanan Pengurusan Si...
23/08/2026

22 Ogos 2026 | PROGRAM KEM REMAJA PERKASA ALAM TAHUN 2026 @ TASIK CHINI UNESCO BIOSPHERE RESERVE

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Negeri Pahang melalui pejaba cawangan Muadzam Shah telah turut serta dalam Program Kem Remaja Perkasa Alam Tahun 2026 yang dianjurkan oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Universiti Kebangsaan Malaysia. Program ini disertai oleh 100 orang pelajar sekolah menengah terpilih.

Antara pengisian program yang dijalankan adalah Taklimat Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R yang disampaikan oleh Tuan Ashraff bin Kaharudin, Penolong Pengarah Seksyen Pendidikan Masyarakat SWCorp Negeri Pahang.

Manakala aktiviti plogging dan pengauditan sisa ini turut dibantu oleh syarikat konsesi, Alam Flora Sdn Bhd cawangan Muadzam Shah. Rekod pengauditan sisa merekodkan sebangak 58.5 kg sampah telah berjaya dikutip oleh peserta program.

Taniah dan syabas kepada warga kerja Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Fasilitator, Guru Pengiring, peserta program dan syarikat konsesi yang telah memberi komitmen serta usaha jitu dalam menjadikan pesekitaran Tasik Chini bersih, indah dan sejahtera.





20/08/2026
20/08/2026

KPKT SEMARAKKAN JIWA MERDEKA

Semarakkan jiwa merdeka, raikan kepelbagaian dan perkukuh perpaduan. Bersama kita pertahankan keharmonian demi Malaysia ...
20/08/2026

Semarakkan jiwa merdeka, raikan kepelbagaian dan perkukuh perpaduan. Bersama kita pertahankan keharmonian demi Malaysia yang lebih sejahtera.





15/06/2026

Peringatan: Tak nampak tak bermakna tak ada!

Jika anda berada di kawasan titik panas, pastikan anda tidak melakukan kesalahan membuang sampah kecil kerana ada pegawai SWCorp yang memerhati.

Sedar-sedar sahaja anda akan diberikan Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) oleh pegawai SWCorp yang menyamar sebagai orang awam.

Operasi penguatkuasaan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) akan menumpukan kepada tabiat membuang sampah kecil (littering) di lokasi yang menjadi tumpuan orang awam seperti pusat bandar.

Mulai tahun 2026, penguatkuasaan lebih tegas telah dilaksanakan melalui pindaan Akta 672 di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Kedah, Perlis serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Jika didapati bersalah membuang sampah kecil merata-rata, pesalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000 dan dijatuhi hukuman Perintah Khidmat Masyarakat sehingga 12 jam.

Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

Adakah anda pencetus perubahan?Jom! Jadi sebahagian daripada 18,000 rakyat Malaysia yang komited untuk perubahan!Pilih k...
15/06/2026

Adakah anda pencetus perubahan?

Jom! Jadi sebahagian daripada 18,000 rakyat Malaysia yang komited untuk perubahan!

Pilih komitmen anda hari ini dan bersama-sama kita jadikan Malaysia lebih bersih dan lestari.

📲 Klik pautan: https://forms.gle/cgg7UHwX67a6QKRM6 atau Imbas kod QR dan sertai sekarang!

“Mencetus Perubahan, Memacu Kecemerlangan”





08/06/2026

Kenapa nak jadi pekerja pembersihan secara percuma disebabkan tabiat buang sampah merata-rata?

Bukankah lebih baik jika masa tersebut digunakan untuk rekreasi bersama rakan-rakan dengan melakukan aktiviti yang anda sukai.

Jika didapati bersalah membuang sampah kecil merata-rata, anda boleh dikenakan denda tidak melebihi RM2,000. Sebagai hukuman tambahan, mahkamah boleh memerintahkan anda menjalani Perintah Khidmat Masyarakat maksimum 12 jam!

Duit lesap. Penat pun dapat. Jom kita sama-sama ubah demi Malaysia yang lebih bersih, indah dan sejahtera.

Ingat, tangan yang mengotorkan, tangan yang sama akan membersihkan.

Address

Pahang Tua
26700

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Telephone

+6094502142

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SWCorp Muadzam Shah, Pahang posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SWCorp Muadzam Shah, Pahang:

Shortcuts

Share